Home · About Me · Sitemap ·

10 tip untuk ibu bapa


Assalamualaikum wbt...

Petang semalam, sewaktu nak "bye bye", si Abdul sulung menangis. Dia kata nanti dia rindukan kita.
Kita cepat2 lari masuk kereta...

Malam tadi tak lena tidur. Teringat komen BM dalam entry semalam, "Akak kut yang nangis dalam bilik tu"..Haaah, bila terpandang satu kerusi kosong masa dinner kat warung Tomyam berdekatan, cepat pulak airmata ni jatuh. Dulu baca pengalaman orang. La ni, terkena diri sendiri. Duhai hati...tabahlah.

Semalam juga terima tips berguna dari perkongsian WhatsApp. Macam tahu-tahu pulak kita ni asyik teringatkan anak. Katanya lagi, 10 tip ini untuk yang nak jadi mak ayah, dah jadi mak ayah dan yang baru jadi mak ayah semula. 

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang! Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) .Ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya , [kenapa kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam orang tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

P/S  Dah janji dengan si Abdul sulung semalam...in sha Allah, datang jengok dia setiap Sabtu . Tahun depan bermula rutin kami (dengan si Abdul kecil) naik bas ke Ipoh. Tol naik tahun depan..sure tambang bas express naik. 

Artikel berkaitan:

19 Komen untuk "10 tip untuk ibu bapa "

  1. semoga menjadi anak yg soleh
    doa ibu diberkati

    BalasPadam
  2. Salam Kak Anim...sebagai mak kenalah kuatkan hati. Aina dah lalui semua tu bezanya cuma anak dok dengan mak tapi sedih berpisah hanya Allah yg tahu.

    Kebanyakan petua kat atas memang Aina amalkan sebab mak yg ajar. No 2, 5, 6, 7 menjadi amalan setiap hari yg no 10 tu selalunya Aina selawat dan niat lembutkan hati ja.

    Nak pergi kerja Aina akan cium anak2 dan bisikkan kat telinga 'jadi anak soleh dan jgn tinggalkan solat'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguslah aina..tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. semua ni pengalaman pertama kak anim berpisah dengan anak masuk asrama

      Padam
  3. Salam kak..
    terima kasih berkongsi ni..sy copy nak simpan..insyaAllah nak amalkan buat putera sy tu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. silalah. kak pun ada yang send di WhatsApp..

      Padam
  4. thanks for the nice sharing Anim.. i mmg sangat risau dengan hal anak2 ni.. esp i have 3 boys. but ALHAMDULLILAH.. mereka anak2 yg mendengar kata.. biasa lah kan bebudak.. but still masih mendengar kata.. sama2 kita berduaa for the best kan anim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukurlah yan...bukan senang budak sekarang nak dengar kata mak bapak. masing2 ada pendapat sendiri

      Padam
  5. sangat2 bermanfaat ilmu ni kak.. ada jugak yg saya amalkan..

    sabar ye kak anim.. bukan ibu lah kalau tak menangis dah pisah gitu.. demi ilmu dunia akhirat dia.. moga bertabah lah wahai ibu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah2an mell...cabaran jdi ibu di zaman millineum

      Padam
  6. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian yg berguna nih..hal2 anak memg kite akn riso kan kak..xkire kecik beso

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum wbt,

    Kak, Abdul sulong di skolah mana?
    BTW, good luck yer abglong.... heheheee...
    Ummi, jangan nanges2....
    berjauhan menuntut ilmu...
    nanti dah kawen, laaaagi jauh dia pergi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah kawen...haha, kita buat rumah untuk dia dekat2 dengan rumah kita...kehkeh...

      p/s sek menengah agama di Ipoh

      Padam
  8. Seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja kepada anaknya. Jadi, anak-anak haruslah menghargai jasa ibu bapa.

    BalasPadam
  9. Tu dia...kerinduan seorang ibu, xboleh nak sorok2 dah.
    Tapi saya tahu...akak pasti dapat mengatasinya...Insyaallah. Berpisah utk menuntut ilmu...berjihad juga tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe...pandai BM...

      p/s last ayat tu....touching

      Padam
  10. Salam kak, mohon utk kopipes tips ni utk di share di shananablog.blogspot.com ye.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai