Home · About Me · Sitemap ·

Maafkan kami..maafkan kami..


Assalamualaikum wbt...

Entry ini ditujukan khas untuk tuan rumah sewa kami di Sg.Petani (macamlah dia baca!). 4 setengah tahun menyewa rumahnya, kami tak pernah bersua dan mendengar suara. Berhubung melalui SMS sahaja. Yang kami tahu, dia seorang guru, kini bermastautin di Kuantan mengikut suaminya. (Dapat tahu, rumahnya tak terlibat banjir). Menurut cerita tetangga, rumah ini dulu didudukki oleh arwah adik lelakinya . Kemudian bila isteri arwah adiknya pulang ke kampung, bertukar ganti penyewa.

Maafkan kami..maafkan kami kerana buat rumah cikgu macam rumah kami sendiri. Sebenarnya ada beberapa pengubahsuaian dan penambahan yang kami "lakukan" tanpa pengetahuan dan keizinan cikgu. Bukan setakat mengecat semula dinding rumah berwarna shocking pink (khabarnya penyewa sebelum kami ialah perempuan bujang) ke warna putih saja...

Cikgu tau tak kejadian pada tahun 2009, ketika kami baru berpindah masuk? Rumah kami dipecah masuk. Duit raya 2 Abdul dan baki duit raya berjumlah RM 900 yang belum sempat dibank in, 1 digital kamera dan jamtangan Power Ranger si Abdul kecil sudah lesap.

Yang pelik, komputer riba, handphone dan jam tangan berjenama Encik Suami elok je terletak di tempatnya. Kami syak ini kerja budak-budak nakal cari duit raya.

1)Rentetan dari itu, kami pasang pintu bergrill berdekatan pintu dapur. Sebelum tu kawasan ni ternganga sahaja.

2) Buat pintu kat pagar belakang. Senang nak menebas dan meracun lalang di belakang. Takut ada binatang berbisa. Kemudian, kami bina "zoo" bawah pokok buah mata kucing

3)Pasang awning di tepi rumah. Senang nak sidai baju musim hujan.

4) Tukar sinki beserta rak dapur. Yang asal dah nak roboh.

5) Simen sedikit kawasan berumput . Senang nak park motor dan letak buaian di situ. Kawasan porch tu dah sesak benar.

6) Pagar ni dah 2 kali repair. Sudah dua kali tumbang. Kata jiran sebelah, sebelum kami pindah masuk, pernah tumbang hempap anak penyewa. Berjahit juga kepalanya. Aduii...kesiannya. Nasib baik waktu pagar ni tumbang tak hempap 2 Abdul. Tapi...

Hempap body Waja kita tau!. Nampak tak 3 lekuk yang sampai la tak p ketuk...huhu....

Tapi kita percaya Encik Suami tak claimed atau beritahu cikgu. Dia pernah kata, kesian kat cikgu sebab bayaran rumah sewa cikgu yang kami duduk ni, mungkin 1/3 sahaja dari jumlah bayaran pinjaman yang cikgu kena bayar (jangkaan orang makan gaji macam kami).. Maklum..kat SP, harga rumah boleh tahan mahal tapi sewanya rendah.

Kita faham sangat dah. Masa duduk Selangor, ada budak muda langgar kereta dia, bapak budak tu janji nak bayar 2 kali ansuran (tak bagi report) ,tapi separuh bayaran saja diterima. Kita "bising" juga suruh minta baki bayaran tapi dia "malu" nak minta. Orang kita, katanya.

Tu yang kita nak minta maaf banyak-banyak bagi pihak Encik Suami. Kita minta dia maklumkan pada cikgu sebelum kami melangkah keluar dan serahkan kunci rumah akhir bulan ini kat jiran sebelah macam cikgu suruh (tengoklah..senang betul dapat tuan rumah macam cikgu). Tapi dia kata, tak payahlah. Aduiii...kita bukan nak tuntut bayaran, cuma minta halalkan pengubahsuaian dan penambahan rumah yang kami lakukan. 

P/S  Pagi ini , in sha Allah, angkut barang naik lori. Kita ingat nak sms kat cikgu, bagi url blog kita (nak suruh baca) tapi kita serba salah. Senang sebab ada gambar sekali. Kalau kita sms atau bagitau mulut, payah kot cikgu nak faham sebab cikgu tak pernah tinggal di rumah ini. Camne ek?

Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Maafkan kami..maafkan kami.."

  1. Aneem,
    Semoga diberkati penyewa seperti famili Aneem. Dah sms cg tu?

    BalasPadam
  2. Supaya diberkati Aneem n famili. Dah sms cg tu

    BalasPadam
  3. Baiknya dpt penyewa rumah mcm Aneem & suami. Saya ada sewakan rumah di Ampang Indah, KL utk sebuah keluarga dengan kadar sewa RM750 sebulan (jiran sebelah menyebelah kenakan sewa minimum RM1,000 utk rumah 4 bilik tidur dan 3 bilik air itu). Bukan nak ungkit, tapi bayaran jarang2 di bank-in oleh si-penyewa, biasanya sewa dibayar berselang bulan. Dah lah kenakan sewa murah, bayaran pula kaang2 nasuk kadang2 tak masuk, sedang tuan rumah seperti saya perlu bayar pinjaman tiap2 bulan melalui potongan gaji. Kalau rumah sewa ada masalah seperti paip pecah, pintu pagar perlu diganti, malah bebola kontrol air yg harganya tak seberapa itu rosak, semuanya penyewa rumah claim potong bayaran sewa yg jarang2 dia bayar itu. Kerana saya tinggal di Alor Setar, rumah di KL, terimalah ia sebagai takdir. Lagi pun penyewa tu 'org kita' (org Melayu), kalau org bukan-Melayu senang sikit mereka nak faham Bahasa Melayu.

    Minta maaf jika komen agak panjang...

    BalasPadam
  4. salaam anim,

    sedikit ilmu/panduan berkenaan sewa rumah. mcm kebetulan pulak. suami mala forward link ni baru2 ni. semoga bermanfaat.

    http://www.islamqa.com/en/172562

    BalasPadam
  5. Mudahan, sama2 memahami...;)
    seronoknya belakang umah mcm kg

    siap dah kemas kak Anim...;)

    BalasPadam
  6. alangkah senang nya hati kalau dapat penyewa macam kak anim ni..

    yang dok dapat le ni semuanya nak claim...indah water pun nk suruh tuan rumah bayarkn padahal penyewa yang berak...huhu

    BalasPadam
  7. lama tak menjenguk kak anim..rinduuu...
    tuan umah kita sama..jauh tak pernah bersua muka..jauh lagi sampai ke sabah..
    apa jua pengubahsuaian atau repair yg kami buat kami ambil gamba pastu wassap kat tuan umah..suma keje en hubby...:)

    BalasPadam
  8. eh..kak anim nak pindah mane? saya tertinggal ketapi ni...huhu..

    BalasPadam
  9. Bertuahnya dapat penyewa mcm Anim...

    BalasPadam
  10. saya percaya tuan rumah Kak Anim tu bertuah dapat penyewa macam kak. Semoga saling redha..dan selamat berkemas di rumah baru.. ^_^

    BalasPadam
  11. untungnya punya penyewa cam kak anim.. untung jgk punta tkg sewa yg xbnyk songeh. abg kite punya tuan rumah. siap senyap masuk rumah. huhuhu

    BalasPadam
  12. cuba anim call no . tuan rumah . klu diangkat , citer ler baik - baik ...

    BalasPadam
  13. Baiknya dapat penyewa macam ni. Bukannya 'merosakkan' rumah tapi membaiki dan menambah apa yang perlu, tak minta bayaran lagi. Tentu cikgu si tuan rumah sangat gembira dapat penyewa macam Anim sekeluarga. Alangkah baiknya kalau penyewa yang main tinggal lari aje beserta tak bayar sewa rumah berani minta maaf macam ni :)

    BalasPadam
  14. Bertuahnya cikgu dapat penyewa macam ni... Kadang2 kebaikan kita Allah balas dengan kebaika2 dari org lain pada kita...:)

    BalasPadam
  15. bertuah dpt penyewa mcm akk ni... sy tumpang gembira

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai