Home · About Me · Sitemap ·

Sambutan Kemerdekaan cum Sambutan Raya

Sambutan 2 dalam 1 ini diadakan lepas majlis bacaan Yassin .Sekolah kecil je...ada dalam 400 murid.

Meriah pagi Khamis tu...macam-macam acara dan warna. Waktu mula2 tiba SP, 3 tahun lalu pelik lihat ada anak-anak beraya dengan kopiah putih (kalau kat Johor, biasanya pak Haji je yang pakai). 

Barisan peserta yang mengambil bahagian dalam basikal berhias sempena kemerdekaan...

The roses..without the thorns. Korum hilang satu. Cikgu Fauziah masih di Hospital Sultan Abdul Halim, SP sejak puasa (dan khabarnya sehingga bersalin). Insya-Allah...Allah pelihara kandungan sulungnya dan semua warga SKS mendoakan kesihatan dan keselamatan kedua-dua ibu dan kandungannya.

Makan time.. Kita kata jalan...depa tetap nak berlari.

Makan free...sapa tak happy kan?

"Pusat pengumpulan biskut raya" murid Tahun 4,5 dan 6. Bawa 2,3 jenis biskut raya dari rumah tapi boleh rasa berpuluh-puluh biskut raya kawan-kawan lain....

Yang ini pulak untuk murid Tahun 1,2 dan 3. Tau ajalah...biskut bersalut coklat@tabur coklat atau apa saja seangkatan dengan coklat memang jadi rebutan..

Juadah raya orang Utara....

Tapai pulut kegemaran depa. Anim pandai makan tapai ubi kayu saja!

Satu lagi special menu depa...ayam kampung gulai batang pisang

P/S Setelah sebulan berlapar....sentiasa kena ingat, bulan ni bukan bulan untuk balas dendam....

Artikel berkaitan:

Doa melembutkan hati...

Doa ni dapat dari ceramah agama radio Kedah FM balik sekolah semalam. Ustaz kata eloklah untuk mereka yang "ke-te-gaq" (bermaksud DEGIL). Tak kisahlah siapa yang ketegaq tu...anak ke, anak murid ke, suami ke, isteri ke..anak menantu ke..

Caranya kita bacakan ayat 30 dari Surah An-Naml pada air (untuk diminum) sebanyak 129 kali.

A030 

Terjemahannya : "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Menurut Ustaz penceramah, sebaik sahaja Puteri Balqis (Raja Perempuan negeri Saba') membaca surat dari Nabi Sulaiman a.s ini.....hatinya menjadi lembut.

~Wallahua'lam~

P/S Ustaz kata boleh baca pada air minuman..tak kisahle kopi ke, apa ke..Pendekata, tak payah jumpa orang alim minta tolong lembutkan hati mereka yang ketegaq tu...insya-Allah, kita pun berupaya melakukannya sendiri.

Artikel berkaitan:

#Rabu Yang Senyap 4: Tersirat disebalik yang tersurat

Dari depan.....

Dari sisi...

P/S Boleh faham kaaa?

Artikel berkaitan:

Marhaban aka Bara'an...

Ada raya adalah marhaban aka bara'an (Jawa kata, heee) ..dah sinonim dengan budaya beraya di Johor. Selagi masih ada lagi baki hari di bulan Syawal...selagi itulah marhaban dari rumah ke rumah di adakan di kampung, di taman perumahan, marhaban sekolah, marhaban kawan sepejabat dan .....

Marhaban keluarga macam kami ni haaa. Lepas sesi bermaaf-maafan, Anim 9 beradik (2 bujang) and the gang ke rumah Pakcik Mail (adik abah) di Kulai. Nasib baiklah Pakcik sendiri. Kalau oranglain, HARUS tutup pintu dan tingkap..heee. Mau taknya..di sini kami menghabiskan 3 jug besar air oren (sampai tuan rumah kehabisan ais), berbalang-balang biskut raya dan "berebut-rebut" melicinkan ketupat dan rendang di meja makan sekali hadap...huhu

Dari Kulai, Encik Suami mengajak ipar dan birasnya ke rumah MIL dan FIL di Kota Tinggi. Terkejut family kecil Encik Suami agaknya bila diserbu rombongan marhaban dari Kluang .Pendekata, ketupat dan rendang MIL kat dapur tu tak berbaki le sampai ke malam...heeee.

Malam Syawal ke 5 ..ada marhaban kaum wanita taman perumahan rumah Mak . Lama tak merasai suasana "marhaban"ni. Mak kata rombongan marhaban ini akan singgah rumah penduduk yang terbuka pintu rumahnya. Kalau tertutup tu bererti tuan rumah tak bersedia menyambut rombongan marhaban ni.  Lepas Maghrib depa mai...dimulakan dengan bacaan Marhaban. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam.

 Ketua rombongan marhaban mengetuai doa ke atas tuan rumah. 

 Ucapan wakil tuan rumah (adik lelaki Anim yang paling tua)..menyatakan penghargaan terima kasih kerana sudi hadir dan memohon maaf andai ada kesalahan bagi pihak ahli keluarga. 

 Kat rumah makan ringan-ringan dulu. Makan dihidang secara kelompok (rumah jiran paling last depa bermarhaban). Kata Mak, nak elak pembaziran. Kalau setiap rumah depa masuk makan..makan.  Alamat tiba rumah ke5, pakat pandang sajalah. Kesian tuan rumah, penat je masak. So, kalau kelompok...ada 2,3 tuanrumah boleh share juadah. Contoh si A buat roti jala, si B buat kari ayam. Buat kami lak..macam tahun-tahun lalu jugak..m a k a r o n i   s u p ; cepat, senang dan mudah.(lupa nak snap gambar). Dan katanya...itulah yang licin dulu :D))

Kanak-kanak juga yang beruntung....banyaklah dapat kutip duit raya.

P/S Sesetengah tempat...disediakan cenderahati tanda ucapan terima kasih kepada tetamu yang sudi berkunjung.

Artikel berkaitan:

Ragam keluarga besar....

Tak terlewat rasanya nak ucap Salam Syawal walaupun sudah 9 hari berlalu. Banyak sebenarnya yang nak dikongsi tapi setiap kali tangan mencapai laptop ada saja halangannya. Rayalah katakan.....

Zaman sekolah dulu...cukup berat mulut nak sebut bilangan adik-beradik bila ditanya sesiapapun. Bukan apa...tak sanggup nak tengok reaksi muka orang yang bertanya. Ada yang senyum, ada yang berkerut, tak kurang yang geleng kepala. Maklumlah...11 orang .

Waktu ni 2 keluarga (7 ahli) belum tiba lagi...

20 tahun berlalu..adik yang bongsu pun dah berusia 19 tahun..syukur sangat atas rezeki keluarga besar ni. Walaupun rumah keluarga bukanlah banglo besar @ punya halaman luas,kami 11 beradik bersama 9 ipar  tetap bersama-sama memenuhkan rumah 5 bilik tidur ini (keutamaan bilik diberikan kepada mereka yang punya anak ramai dan "pengantin baru"..heee). Rekod Syawal 1433H...kesemua 11 anak emak balik beraya tahun ini...

Pastinya suasana ini mengundang kesyahduan Syawal. 

Jujur mengakui...Syawal lah kami berpeluang mencium pipi saudara kandung lelaki (adik ipar jangan jelaous ya..)
 
Tradisi yang diharapkan menjadi ikutan buat kesemua 23 anak saudara (plus 2 Abduls).

P/S Doa Anim supaya kami dapat berhimpun bersama semula satu keluarga di "sana" kelak..

Artikel berkaitan:

Dia yang dilupakan...

Suatu pagi 29 Ramadan di sebuah surau kampung on the way ke Batu Pahat...terpaku melihat sepasang kasut yang ada di situ.

Kami terperasankan seorang lelaki tua duduk termenung menyandar di dinding surau. Kami mengambil kesempatan menegurnya. Kelebihan Encik Suami berbahasa Jawa dengan baik memudahkan komunikasi kami pagi itu..Anim faham sikit-sikit tapi tak reti nak jawab balik

 Wak kata Wak baru beli sedikit keperluan Aidilfitri esok hari di pekan kecil. Wak singgah sebentar di surau untuk melepaskan lelah. Wak yang berusia 85 tahun...panjang usia Wak... tinggal sebatang kara setelah isterinya meninggal dunia. Wak tidak mempunyai anak. Wak pernah jadi Imam, pernah jadi Noja dan kemudian membersihkan surau. Bagaimanapun dek kerana kudratnya kini...Wak tak buat itu semua. Bila ditanya ada tak Wak terima apa-apa wang bantuan, dia menggeleng kepalanya. Wak "makan" hasil kebun yang dibahagi 2 dengan orang yang mengusahakannya.

Nilah kenderaan Wak ke mana-mana. Kami sempat meminta Wak doakan kami supaya dapat tunai haji tahun ini. "Insya-Allah, Wak doakan juga supaya selamat di sana, dapat haji mabrur " . Bergenang airmata Wak dan tersentuh hati bila Wak begitu susah payah mengatur bicara meminta kami doakan untuknya nanti....."Doakan Wak ditetapkan iman"...

P/S Teringat arwah Atok...

Artikel berkaitan:

Selamat tiba kampung.....tazkirah sikit


Macam tak percaya dah tiba Johor. Kami yang paling jauh tapi kami yang tiba dulu!. Rasa macam baru pagi tadi makan sahur di SP. Alhamdulillah, perjalanan 8 jam tanpa henti (tukar driver saja) berjalan lancar tanpa menempuh kesesakan berbanding mereka yang hendak ke Utara. Kami ni melawan arus! Dan tersenyum lebar bila nampak "something" atas meja telefon emak. Wah, dah ada line internet rumah nenek...cayalah. Cucu-cucu tak de alasan nak bising line broadband mereka semput bila balik kampung. Tengok haaa...Mak Ngah try update blog guna streamyx rumah nenek.

Program sebelum Ramadan bersama Ustaz Shahul Hamid. Tahun lepas p r o g r a m  s e n t u h a n  q a l b u dalam bulan Ramadan.

Tazkirah Ramadan malam tadi bersama Ustaz Shahul Hamid

Malam tadi Masjid Taman Keladi buat 4 rakaaat solat terawih. Berhenti  untuk Tazkirah oleh Ustaz Shahul Hamid. kemudian kami sambung 4 rakaat lagi beserta 3 rakaat witir hingga 11.30 malam. Dek kerana tak tahu ada tazkirah, Anim tak sedia mencatat (sempat rakam dalam hp je). Tak cukup masa nak dengar semula untuk berkongsi ilmu semuanya hari ini. Yang Anim ingat kata Ustaz, sepertimana kita melakukan tawaf wida' semasa nak meninggalkan Baitullah, ziarah wida' Rasulullah Sallallahu Alahi Wassalam semasa nak meninggalkan Madinah.  Begitu jugalah dengan Ramadan. Sewajarnya kita ucapkan "Selamat Tinggal" (wida') kepada Ramadan. Banyakkan bertasbih (solat Tasbih) . 

Ustaz buat perumpamaan suami isteri yang tinggal berjauhan, balik sebulan sekali dalam setahun, bila tiba saat nak berpisah....dok berkepit siang malam. Macam tu jugak dengan amalan kita. Di penghujung Ramadan, Allah akan balas apa yang kita lakukan sepanjang Ramadan. Dan selalunya kita terleka dalam persiapan raya dan ralit bersembang dengan adik-beradik...I lah tu...

Ustaz juga kata walaupun  Lailatul Qadar dipercayai pada malam 21 Ramadan yang lalu berdasarkan suasana dan keadaan cuaca pada esok harinya, kita tetap teruskan amalan di malam-malam terakhir. Lailatul Qadar tu rahsia yang hanya Allah SWT saja tau. Manalah tau bukan malam 21 kerana la ni cuaca berjerebu..tu yang nampak mendung saja pagi 22 Ramadan. Mungkin malam 25, mungkin malam 27 @ mungkin malam 29 (malam ni). So, malam ni jangan dok rumah saja. Jom pakat-pakat p masjid....ada banyak masa nak bersembang nanti kan...

Satu lagi kata Ustaz,hari  raya yang wajib disambut cuma sehari. So, hari lain tu bukan hari raya tapi hari dalam bulan Syawal. So, kita yang dah "belajar" ni kena sebut "3 Syawal" @ "10 Syawal" ke..jangan sebut raya ke 3, raya ke 10..nampak sangat kita tak belajar katanya.

P/S Hari lain yang disambut sehingga 30 Syawal tu dah jadi satu adat yang perlu diubah supaya tak jadi tradisi anak-anak kita.Tak salah ziarah menziarahi cuma kat Johor ni ( juga pengalaman tinggal di KL )..ada kala "terlebih sambut". Mana taknya... "31 Syawal, 32 Syawal" depa masih buat open house raya!


Artikel berkaitan:

Balik raya ikut schedule PLUS


Olehkerana Encik Suami masih lagi bertugas hari ni, plan nak balik esok. Nak balik malam ni lepas berbuka..takut mengantuk bila badan letih. Nak harap Encik Suami drive sorang, tak bolehlah...faktor usia dan kesihatan. So...keputusan sepakat dicapai, kami balik pagi Jumaat.

Kalau ikut schedule yang dikeluarkan PLUS (dari Lembah Klang), kami kena keluar sebelum 12 tengahari. Perjalanan dari SP ke KL dalam 4@5jam. Ni bermakna,dari Sg.Petani kami kena bertolak lepas makan sahur dan solat Subuh di perjalanan. PLUS menjangkakan trafik akan meningkat sebanyak 30% iaitu 1.4 juta kenderaan sehari sempena cuti Hari Raya berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.

REBAT TOL

  • Tawaran kepada pengguna yang membayar tol secara letronik via  kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG hanya di Lebuhraya Utara-Selatan, NKVE, Federal Highway Route 2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson , Lebuhraya ELITE , Lebuhraya Linkedua dan Lebuhraya Butterworth-Kulim
  • 20 % rebat tol pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.
  • Bagaimanapun pengguna yang melalui tol plaza Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Jambatan Pulau Pinang dan Bangunan Sultan Iskandar tidak berpeluang menikmati rebat tol ini.

    P/S Nampak macam tak berpeluang je dapat rebat tol ni...

Artikel berkaitan:

Kami tak nak cutiiiii....

2 hari lepas, Penolong Kanan edarkan surat siaran dalaman. "Undi demonstrasi"..nak cuti atau tidak Khamis ni (16/8). Maklumlah...cuti tu kena ganti. Dalam 30 lebih bilangan guru, hanya Anim dan Ju (balik Kelantan) je yang undi nak cuti. The rest..depa ni banyak orang Kedah...semua nak bersekolah Khamis ni,tak mau cuti.  So, tertewaslah kami group minoriti. Mau tak kelam kabut bila keesokan hari dapat arahan PPD semua sekolah dalam daerah Kota Muda/Yan WAJIB ambik cuti Khamis. Heeee....jangan mare haaaa....

Majlis Khatam Quran murid Tahun 6 dan sebahagian Tahun 5 yang dijadualkan pada hari Khamis terpaksa di buat di Dataran Perhimpunan. Tak sempat dah nak "buka" dewan. Selepas bacaan Yassin yang diketuai Ustaz Zul, majlis khatam Quran bermula.

Majlis khatam Quran kemudiannya diketuai oleh Ustaz Akmal.

Kemudian doa khatam Quran diperdengarkan. My Abdul (baris 3) pun turut serta tahun ini.  Sebak mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Akmal. Very touching pagi-pagi ni bila khusyuk mendengar isi-isi doa. Bukan takat air mata je keluar...tau ajalah rupa orang menangis. Terbayang usia yang entah bila penghujungnya. Alangkah rugi serugi-ruginya jika sepanjang Ramadan ni, dosa-dosa tak terampun. Tu yang sedih sesangat....

Oopps, ada pulak candid kamera oleh Bang Mad, si cameraman. Ingatkan bila terselit kat celah-celah budak, orang tak terperasankan kita..Well, dah usia meningkat senja ni, hati mudah tersentuhlah. Airmata mudah tertumpah....

Pemberian duit raya agak lumayan untuk p e n g h a f a z  s u r a h  Y a s  i n.  4 murid Tahun 3 dan 2 lagi murid Tahun 5. Tapi....semuanya (7) adalah perempuan . Yang lelaki? Hmmmmm...termasuklah my Abdul...tak taulah.

Tersenyum riang semua murid bila menerima duit raya RM2 (tahun lepas RM1) seorang dari pihak sekolah sebelum pulang. Anak-anak yatim dan murid-murid miskin dapat duit raya extra. Sebahagian duit raya ditampung oleh semua guru Islam sekolah Anim . Tu belum lagi pemberian persendirian oleh guru-guru kelas dan guru-guru tertentu yang nak berkongsi rezeki. Bertuah anak-anak ini.

Tentunya kegembiraan murid-murid ni turut dikongsi oleh semua guru.

Semoga tarbiyah Ramadan kali ini membawa kita kembali kepada fitrah.

P/S SELAMAT HARI RAYA SEMUA...

Artikel berkaitan:

#Rabu Yang Senyap 3: Satu lagi saintis muda muncul




S a i n t i s   m u d a  kampung 2012 baru berusia 7 tahun...

Artikel berkaitan:

Hadiah raya dari Jeruk Madu Pak Ali

Balik raya ni t a k  b e l i  b o r o n g.. .2 plastik ni je dibawa balik nanti

Satu lagi ole-ole yang dinanti-nanti kaum kerabat di Johor untuk Anim bawa pulang ialah j e r u k   m a d u  Pa  k  A l i. Maklumlah...balik sekali sekala hingga kereta kami ni kalau balik kampung dah tak nampak orang. Bising juga si 2 Abdul sebab adakala tak selesa nak tidur. Maklumlah..perjalanan ambil masa 8 jam (balik raya kena tambah beberapa jam lagilah....). Sabar nak..sabar...

 Dapat payung hijau muda ni...sweet:D))

Kunjungan hari ni bawa rezeki. Pak Ali bermurah hati memberikan hadiah raya kepada pelanggan. Semoga dimurahkan rezeki dan makin maju bisnes Pak Ali nanti..insya-Allah. Yang ada kesempatan ke sini...cepat2 mai....

Sampul duit raya Jeruk Madu Pak Ali

Alamat Kedai : No.4&5, Kompleks Medan Suri, Sg.Nibong, 11900 Bayan Lepas, P.Pinang. Tel: 04-644 7131

Alamat Kilang: Lot 420 & 421, Kaw.Perindustrian IKS, Perda Tasek, 14120 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, P.Pinang. Tel: 04-587 1763

P/S Suka tengok orang suka makan apa yang kita bawa balik..

Artikel berkaitan:

Pecutan 10 malam terakhir...


Qiam= berdiri. Lail= malam  (bangun dan berdiri waktu malam). Dengan ertikata lain, seseorang yang bangun berdiri waktu malam untuk menyembah Allah SWT.

Kata Imam Shafie, ada 5  m a l a m  m u s t a j a b  d o a . Mustajab tu bererti Allah makbulkan doa kita on the spot. Kadang-kadang waktu kita berdoa, bertepatan dengan waktu yang Allah nak tunaikan doa kita.

4 KAEDAH QIAMULLAIL

1. Kita tidak tidur langsung. Masa berbuka puasa, minum Tongkat Ali. Mata segar semacam. Tak boleh tidur. Kalau dah jam 11@12 malam pun tak tidur, boleh mulakan qiamullail.

2. Kita tidur dulu jam 11@12 malam atau lepas Isyak. Pukul 3 pagi kita bangun dan berqiamullail sampai Subuh.

3. Kita berbual kat kedai mamak lepas terawih sampai 12 malam. Balik rumah, kita solat tahajjud. Dalam pukul 2 pagi kita tidur. Kita bangun balik masa Subuh.

4. Kita tidur dulu. Kita bangun tengah malam dalam jam 2@3 pagi dan bersolat malam. Pukul 4 pagi kita tidur balik dan bangun semula untuk solat Subuh.

Kaedah yang paling disukai oleh Allah SWT ialah Kaedah Nabi Daud membangunkan malam (kaedah 4) . Iaitu tidur awal malam, bangun sebahagian malam dan tidur semula sebelum Subuh.

JENIS SOLAT YANG DICADANGKAN (cadangan oleh Ustaz)

1. S o l a t  S u n a t  T a u b a t.
2. Solat Sunat Hajat~ Hajat kena spesifik, kena jelas. Senaraikan 1,2, 3...
~ Contoh :
i-   Ya Allah anak aku nak ambil UPSR, malas baca buku, asyik main game sahaja. Bukakan hati nak tumpu pada pelajaran
ii-  Ya Allah, aku baru berniaga.....bla...bla..
~ Bacalah doa dalam Bahasa Melayu. Kalau nak baca doa Arab, baca dari Al Mathurat, doa dari Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam
3. Solat Tahajjud
4. Solat Tasbih
5. Solat Witir
6. Nak solat qada' pun boleh
# Ini bukannya kemestian@peraturan.#

MACAMANA NAK BANGUN MALAM?

1. Manusia ni kalau penat...memang payah bangun malam.
2. Makan kena jaga. Jangan banyak makan...kenyang sangat susah bangun malam.
3. Taubat...istighfar banyak-banyak sebelum tidur.  Kalau kita ada dosa yang belum Allah maafkan, macamana doa kita nak makbul.
4.  Baca ayat qursi 9 wakaf ( 9 kali berhenti)
5. Niatkan nak bangun pukul berapa
6. Baca " Laa haula wala quwata illa billah..." (kekuatan untuk buat amalan)
7. Surah Hud ayat 52 jadikan amalan (tiup-tiup kat badan)

~ Lailatul qadar bermula Maghrib hingga ke waktu Subuh (fajar siddiq). Apa jua amalan yang kita buat akan digandakan dengan seribu bulan (83 tahun 4 bulan). 
~ Burulah 10 malam terakhir. Itulah waktu ajaib dan adakala rezeki orang tertentu untuk melihat keajaibannya. Tu pernah dengar dulu-dulu orang kata nampak pokok sujud, air jadi batu..Itulah rezeki yang Allah nak tunjukkan.
~ "Salamun hiya hatta mathlail fajr" iaitu malam yang penuh kebaikan hingga terbit fajar.
~ Banyakkan doa "Allahumma innaka 'afu wun tuhibbul 'afwa fa'fun anni"..banyak minta ampun supaya doa mudah sampai.

~Wallahua'lam~

Sumber : Kuliah Ustaz Amin



Artikel berkaitan:

Rezeki Ramadan dari ALLAH

   RM2 saja sebungkus

Setiap kali nak balik kampung, WAJIB order i k a n  p e k a s a m @K g. K o m o i sebagai salah satu ole-ole kegemaran. Semasa menghantar ikan pekasam Anim ni di sekolah, Pn.Yati sempat bertanya, "Cikgu masukkan ikan pekasam saya ni dalam blog  cikgu, ya". Menurutnya dia terkejut bila salah seorang rakan memberitahu hal ikan pekasamnya ni dalam sebuah blog. Olehkerana tiada kemudahan internet di rumah, dia ke rumah seorang kawannya di Kuala Muda untuk "check" blog yang dimaksudkan...blog I lah. Mau tak terkejut!

"Cikgu nak tahu dalam bulan ni dekat 200kg ikan pekasam depa order. Alhamdulillah walaupun penat badan dibuatnya. Depa mai order dari merata tempat."

Syukurlah Pn.Yati. Bukan kerana blog Anim ni sebenarnya. Itu rezeki yang Allah limpahkan Ramadan ni. Ramadan kan bulan berkat penuh dengan rezeki. Ikan pekasam ni yang terbaik Anim jumpa setakat ni. Kalau digoreng pun tak hancur di kuali. Tak berbau pulak tu. Pembuka selera waktu makan sahur. Kebetulan agaknya depa terjumpa ikan pekasam Kg.Komoi dalam blog Anim.

P/S Mudah-mudahan tercapai hajat En.Din & Pn.Yati untuk membesarkan perniagaan ikan pekasamnya.

Artikel berkaitan:

Taklimat Haji@Kompleks Pusat Islam UUM

3 tahun tinggal di SP, baru nilah berkesempatan menjenguk UUM Sintok. 2 jam juga dari SP. Aduhai, jauh terpencil nak dengar taklimat..Siaran radio IKIM 89.0 dan Radio Kedah FM 97.5 dalam kereta pun terputus siaran bila sampai sini.

Kompleks Pusat Islam UUM yang dibina dengan kos RM 6,525,680.70 . Baru dirasmikan Ogos 2011 lalu oleh DYMM Sultan Kedah.

Dijemput menghadiri taklimat oleh Tabung Haji Travel di Kompleks Pusat Islam . 9 pagi dah berkampung di sini. Ada jemaah Rayuan (macam kami), ada jemaah Luar Kuota..ada juga jemaah yang dah confirm dapat tunai haji tahun ini. Pagi , ada Ceramah Motivasi oleh Hj Ahmad Shukri Mohamad Amin...next entry kongsi. Pagi-pagi lagi hati dah kena "clorox"..Bergenang juga airmata. Nampaknya bukan Anim sorang saja . Ramai juga yang dok mengesat airmata. Iyalah...panggilan Tanah Suci meruntun jiwa nurani dan hati dapat merasakan panggilan itu semakin hari semakin hampir.

Macam kes kami ni, kami dimaklumkan 50-50. Tunggu kuota tambahan kerajaan Arab Saudi kalau ada. Berdoa sajalah. Bak kata pegawai terbabit, ibadah haji ni hak ALLAH. Bukan hak Tabung Haji. Ada lebih dari 200 jemaah yang hadir ni adalah dari pakej Baiduri, Fairuz, Firdaus dan Nilam sebelah Kedah saja. Pakej Zamrud (yang bermula serendah RM69,990 seorang) dan Pakej Almas ( yang bermula serendah RM119,900 seorang) tak de...mestilah buat tempat lain kan...yang lebih grand..

Kemudian taklimat haji oleh Ketua Pegawai Operasi Pakej Haji dan bersambung pula Ulangkaji Ibadah Haji hingga jam 4.30 petang. Bila lihat yang hadir ramai yang berusia dalam 30an rasa bertuahnya mereka...diusia muda bakal bergelar Haji/Hajjah. Syukurlah...mereka punya kemampuan dari segi wang ringgit dan cukup bertenaga nanti mengerjakan haji . Maklumlah dalam senarai menunggu haji ni ada 950 ribu pemohon. Tambah-tambah sekarang, boleh p haji dengan KWSP. So, jangan tunggu duit banyak dalam akaun..ada RM1300 dah boleh daftar sebab daftar tahun ni, dapat p dekat 40 tahun akan datang. La ni, kalau malas nak p pejabat Tabung Haji, dah boleh daftar kat Bank Rakyat, Bank Islam. Nak daftar online pun boleh (di sini) . 2 Abdul pun Anim dah daftarkan online. Print je slip dan simpan. Depa boleh p masa berusia 35 dan 36 tahun nanti, insya-Allah.

Bukan budak saja suka dapat hadiah...mak budak, nenek budak, atok budak pun suka. Air zamzam dan kurma dari Tabung Haji Travel. Alhamdulillah..

Beg roda 2 in 1 ni di"kecek" oleh 2 Abdul. Sib baik warna..shocking pink ni jadi penyelamat. Depa kata ini warna orang pompuan!

Telekung untuk Anim dan kain ihram untuk Encik Suami berserta buku doa. Ada berbelas item lagi katanya kalau nama kami tersenarai nanti. Kata pegawai Tabung Haji sewaktu sessi pemberian hadiah, "Kalau nama Tuan/Puan tak tersenarai nanti...barang-barang ni kira hadiah saja dari TH Travel"..Sedih je dengar...tak dapat hadiah tak pe, janji dapat pergi!

P/S Minta pada ALLAH...

Artikel berkaitan: