Home · About Me · Sitemap ·

Kami tak nak cutiiiii....

2 hari lepas, Penolong Kanan edarkan surat siaran dalaman. "Undi demonstrasi"..nak cuti atau tidak Khamis ni (16/8). Maklumlah...cuti tu kena ganti. Dalam 30 lebih bilangan guru, hanya Anim dan Ju (balik Kelantan) je yang undi nak cuti. The rest..depa ni banyak orang Kedah...semua nak bersekolah Khamis ni,tak mau cuti.  So, tertewaslah kami group minoriti. Mau tak kelam kabut bila keesokan hari dapat arahan PPD semua sekolah dalam daerah Kota Muda/Yan WAJIB ambik cuti Khamis. Heeee....jangan mare haaaa....

Majlis Khatam Quran murid Tahun 6 dan sebahagian Tahun 5 yang dijadualkan pada hari Khamis terpaksa di buat di Dataran Perhimpunan. Tak sempat dah nak "buka" dewan. Selepas bacaan Yassin yang diketuai Ustaz Zul, majlis khatam Quran bermula.

Majlis khatam Quran kemudiannya diketuai oleh Ustaz Akmal.

Kemudian doa khatam Quran diperdengarkan. My Abdul (baris 3) pun turut serta tahun ini.  Sebak mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Akmal. Very touching pagi-pagi ni bila khusyuk mendengar isi-isi doa. Bukan takat air mata je keluar...tau ajalah rupa orang menangis. Terbayang usia yang entah bila penghujungnya. Alangkah rugi serugi-ruginya jika sepanjang Ramadan ni, dosa-dosa tak terampun. Tu yang sedih sesangat....

Oopps, ada pulak candid kamera oleh Bang Mad, si cameraman. Ingatkan bila terselit kat celah-celah budak, orang tak terperasankan kita..Well, dah usia meningkat senja ni, hati mudah tersentuhlah. Airmata mudah tertumpah....

Pemberian duit raya agak lumayan untuk p e n g h a f a z  s u r a h  Y a s  i n.  4 murid Tahun 3 dan 2 lagi murid Tahun 5. Tapi....semuanya (7) adalah perempuan . Yang lelaki? Hmmmmm...termasuklah my Abdul...tak taulah.

Tersenyum riang semua murid bila menerima duit raya RM2 (tahun lepas RM1) seorang dari pihak sekolah sebelum pulang. Anak-anak yatim dan murid-murid miskin dapat duit raya extra. Sebahagian duit raya ditampung oleh semua guru Islam sekolah Anim . Tu belum lagi pemberian persendirian oleh guru-guru kelas dan guru-guru tertentu yang nak berkongsi rezeki. Bertuah anak-anak ini.

Tentunya kegembiraan murid-murid ni turut dikongsi oleh semua guru.

Semoga tarbiyah Ramadan kali ini membawa kita kembali kepada fitrah.

P/S SELAMAT HARI RAYA SEMUA...

Artikel berkaitan:

6 Komen untuk "Kami tak nak cutiiiii...."

  1. selamat menyambut hari raya untuk anim dan keluarga dari saya..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama gak ain...selamat hari raya dari saya

      Padam
  2. best jadi cikgu kan anim...hati ita ni teringin sangat nak jadi cikgu..
    selamat balik beraya di kampung ye anim.. hati-hati di jalan raya..
    seronok budak2 dapat duit raya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap kerja ada kelebihan, ada kekurangan..
      terima kerja kita sebagai ibadah, settle semua masalah.
      selamat hari raya....

      Padam
  3. Tingat masa Ita masih keja dulu...time raya kena je paksa cuti.hehehe. Selamat hari raya n maaf zahir batin ya Kak Anim. Ita balik kg sminggu pas raya nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq..takpelah...seminggu pas raya pun masih dalam syawal, heee...janji dapat balik jumpa family kan?

      Padam

Komen anda amat dihargai