Home · About Me · Sitemap ·

Taklimat Haji@Kompleks Pusat Islam UUM

3 tahun tinggal di SP, baru nilah berkesempatan menjenguk UUM Sintok. 2 jam juga dari SP. Aduhai, jauh terpencil nak dengar taklimat..Siaran radio IKIM 89.0 dan Radio Kedah FM 97.5 dalam kereta pun terputus siaran bila sampai sini.

Kompleks Pusat Islam UUM yang dibina dengan kos RM 6,525,680.70 . Baru dirasmikan Ogos 2011 lalu oleh DYMM Sultan Kedah.

Dijemput menghadiri taklimat oleh Tabung Haji Travel di Kompleks Pusat Islam . 9 pagi dah berkampung di sini. Ada jemaah Rayuan (macam kami), ada jemaah Luar Kuota..ada juga jemaah yang dah confirm dapat tunai haji tahun ini. Pagi , ada Ceramah Motivasi oleh Hj Ahmad Shukri Mohamad Amin...next entry kongsi. Pagi-pagi lagi hati dah kena "clorox"..Bergenang juga airmata. Nampaknya bukan Anim sorang saja . Ramai juga yang dok mengesat airmata. Iyalah...panggilan Tanah Suci meruntun jiwa nurani dan hati dapat merasakan panggilan itu semakin hari semakin hampir.

Macam kes kami ni, kami dimaklumkan 50-50. Tunggu kuota tambahan kerajaan Arab Saudi kalau ada. Berdoa sajalah. Bak kata pegawai terbabit, ibadah haji ni hak ALLAH. Bukan hak Tabung Haji. Ada lebih dari 200 jemaah yang hadir ni adalah dari pakej Baiduri, Fairuz, Firdaus dan Nilam sebelah Kedah saja. Pakej Zamrud (yang bermula serendah RM69,990 seorang) dan Pakej Almas ( yang bermula serendah RM119,900 seorang) tak de...mestilah buat tempat lain kan...yang lebih grand..

Kemudian taklimat haji oleh Ketua Pegawai Operasi Pakej Haji dan bersambung pula Ulangkaji Ibadah Haji hingga jam 4.30 petang. Bila lihat yang hadir ramai yang berusia dalam 30an rasa bertuahnya mereka...diusia muda bakal bergelar Haji/Hajjah. Syukurlah...mereka punya kemampuan dari segi wang ringgit dan cukup bertenaga nanti mengerjakan haji . Maklumlah dalam senarai menunggu haji ni ada 950 ribu pemohon. Tambah-tambah sekarang, boleh p haji dengan KWSP. So, jangan tunggu duit banyak dalam akaun..ada RM1300 dah boleh daftar sebab daftar tahun ni, dapat p dekat 40 tahun akan datang. La ni, kalau malas nak p pejabat Tabung Haji, dah boleh daftar kat Bank Rakyat, Bank Islam. Nak daftar online pun boleh (di sini) . 2 Abdul pun Anim dah daftarkan online. Print je slip dan simpan. Depa boleh p masa berusia 35 dan 36 tahun nanti, insya-Allah.

Bukan budak saja suka dapat hadiah...mak budak, nenek budak, atok budak pun suka. Air zamzam dan kurma dari Tabung Haji Travel. Alhamdulillah..

Beg roda 2 in 1 ni di"kecek" oleh 2 Abdul. Sib baik warna..shocking pink ni jadi penyelamat. Depa kata ini warna orang pompuan!

Telekung untuk Anim dan kain ihram untuk Encik Suami berserta buku doa. Ada berbelas item lagi katanya kalau nama kami tersenarai nanti. Kata pegawai Tabung Haji sewaktu sessi pemberian hadiah, "Kalau nama Tuan/Puan tak tersenarai nanti...barang-barang ni kira hadiah saja dari TH Travel"..Sedih je dengar...tak dapat hadiah tak pe, janji dapat pergi!

P/S Minta pada ALLAH...

Artikel berkaitan:

8 Komen untuk "Taklimat Haji@Kompleks Pusat Islam UUM"

  1. Minta pada Allah.....memang tepat kak anim...hanya Dia yang makbulkan segalanya... semoga hajat akak dimakbulkanNya..... Doa jangan putus n jemu.... Insya Allah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq za..memang itulah yang dipohon. mudah2an rezeki kami dijemput Allah ke sana musim haji kali ini

      Padam
  2. Insya Allah.. semoga berjaya masuk senarai jemaah Haji 2012...

    BalasPadam
  3. insya allah anim..
    kalau dah ada rezeki pasti akan dpt kesana jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya-Allah...minta pada Allah saban waktu..

      Padam
  4. Memang betul kata Pegawai Tabung Haji tu, pergi haji ni hak Allah...Hanya Allah yang mengetahui setiap kejadian di muka bumi ini....Terima dengan Redha setiap apa yang berlaku kerana setiap sesuatu ada hikmahnya....Yakinlah dengan itu, hati akan tenang...macam mana pun usaha, kalau Allah tidak izin belum tiba waktunya...InsyaAllah aku doakan utk kor n suami...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq meha..doa dari seorang teman kepada temannya antara doa yang dimaqbulkan Allah.

      Padam

Komen anda amat dihargai