Home · About Me · Sitemap ·

Dia yang dilupakan...

Suatu pagi 29 Ramadan di sebuah surau kampung on the way ke Batu Pahat...terpaku melihat sepasang kasut yang ada di situ.

Kami terperasankan seorang lelaki tua duduk termenung menyandar di dinding surau. Kami mengambil kesempatan menegurnya. Kelebihan Encik Suami berbahasa Jawa dengan baik memudahkan komunikasi kami pagi itu..Anim faham sikit-sikit tapi tak reti nak jawab balik

 Wak kata Wak baru beli sedikit keperluan Aidilfitri esok hari di pekan kecil. Wak singgah sebentar di surau untuk melepaskan lelah. Wak yang berusia 85 tahun...panjang usia Wak... tinggal sebatang kara setelah isterinya meninggal dunia. Wak tidak mempunyai anak. Wak pernah jadi Imam, pernah jadi Noja dan kemudian membersihkan surau. Bagaimanapun dek kerana kudratnya kini...Wak tak buat itu semua. Bila ditanya ada tak Wak terima apa-apa wang bantuan, dia menggeleng kepalanya. Wak "makan" hasil kebun yang dibahagi 2 dengan orang yang mengusahakannya.

Nilah kenderaan Wak ke mana-mana. Kami sempat meminta Wak doakan kami supaya dapat tunai haji tahun ini. "Insya-Allah, Wak doakan juga supaya selamat di sana, dapat haji mabrur " . Bergenang airmata Wak dan tersentuh hati bila Wak begitu susah payah mengatur bicara meminta kami doakan untuknya nanti....."Doakan Wak ditetapkan iman"...

P/S Teringat arwah Atok...

Artikel berkaitan:

6 Komen untuk "Dia yang dilupakan..."

  1. iyalah shaiful. syawal ni, ada tak saudara mara yg datang menziarahinya agaknya.

    BalasPadam
  2. Sedih baca ttg wak ni...slalunya org macam wak selalu di lupakan kn...moga wak ditetapkan imannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebak dengar permintaannya..bukan minta didoakan sihat, penjang umur, murah rezeki..tapi TETAP IMAN..doa yang sering kita (kak sendiri) terlupa...

      Padam
  3. kesian warga emas tu, apapun kita jg bakal menuju dihari tua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang macam wak ni tak suka meminta-minta..walhal dah terbukti dia yg paling layak dibantu.

      Padam

Komen anda amat dihargai