Home · About Me · Sitemap ·

Rezeki Ramadan dari ALLAH

   RM2 saja sebungkus

Setiap kali nak balik kampung, WAJIB order i k a n  p e k a s a m @K g. K o m o i sebagai salah satu ole-ole kegemaran. Semasa menghantar ikan pekasam Anim ni di sekolah, Pn.Yati sempat bertanya, "Cikgu masukkan ikan pekasam saya ni dalam blog  cikgu, ya". Menurutnya dia terkejut bila salah seorang rakan memberitahu hal ikan pekasamnya ni dalam sebuah blog. Olehkerana tiada kemudahan internet di rumah, dia ke rumah seorang kawannya di Kuala Muda untuk "check" blog yang dimaksudkan...blog I lah. Mau tak terkejut!

"Cikgu nak tahu dalam bulan ni dekat 200kg ikan pekasam depa order. Alhamdulillah walaupun penat badan dibuatnya. Depa mai order dari merata tempat."

Syukurlah Pn.Yati. Bukan kerana blog Anim ni sebenarnya. Itu rezeki yang Allah limpahkan Ramadan ni. Ramadan kan bulan berkat penuh dengan rezeki. Ikan pekasam ni yang terbaik Anim jumpa setakat ni. Kalau digoreng pun tak hancur di kuali. Tak berbau pulak tu. Pembuka selera waktu makan sahur. Kebetulan agaknya depa terjumpa ikan pekasam Kg.Komoi dalam blog Anim.

P/S Mudah-mudahan tercapai hajat En.Din & Pn.Yati untuk membesarkan perniagaan ikan pekasamnya.

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Rezeki Ramadan dari ALLAH"

  1. salam cikgu...selamat pulang ke kg.
    mesti org2 kg duk tunggu ole-ole ikan pekasam dr cikgu.

    BalasPadam
  2. terima kasih..kat johor memang takde pekasam. mana tak menunggu!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai