Qiam= berdiri. Lail= malam (bangun dan berdiri waktu malam). Dengan ertikata lain, seseorang yang bangun berdiri waktu malam untuk menyembah Allah SWT.
Kata Imam Shafie, ada 5 m a l a m m u s t a j a b d o a . Mustajab tu bererti Allah makbulkan doa kita on the spot. Kadang-kadang waktu kita berdoa, bertepatan dengan waktu yang Allah nak tunaikan doa kita.
4 KAEDAH QIAMULLAIL
1. Kita tidak tidur langsung. Masa berbuka puasa, minum Tongkat Ali. Mata segar semacam. Tak boleh tidur. Kalau dah jam 11@12 malam pun tak tidur, boleh mulakan qiamullail.
2. Kita tidur dulu jam 11@12 malam atau lepas Isyak. Pukul 3 pagi kita bangun dan berqiamullail sampai Subuh.
3. Kita berbual kat kedai mamak lepas terawih sampai 12 malam. Balik rumah, kita solat tahajjud. Dalam pukul 2 pagi kita tidur. Kita bangun balik masa Subuh.
4. Kita tidur dulu. Kita bangun tengah malam dalam jam 2@3 pagi dan bersolat malam. Pukul 4 pagi kita tidur balik dan bangun semula untuk solat Subuh.
Kaedah yang paling disukai oleh Allah SWT ialah Kaedah Nabi Daud membangunkan malam (kaedah 4) . Iaitu tidur awal malam, bangun sebahagian malam dan tidur semula sebelum Subuh.
JENIS SOLAT YANG DICADANGKAN (cadangan oleh Ustaz)
1. S o l a t S u n a t T a u b a t.
2. Solat Sunat Hajat~ Hajat kena spesifik, kena jelas. Senaraikan 1,2, 3...
~ Contoh :
i- Ya Allah anak aku nak ambil UPSR, malas baca buku, asyik main game sahaja. Bukakan hati nak tumpu pada pelajaran
ii- Ya Allah, aku baru berniaga.....bla...bla..
~ Bacalah doa dalam Bahasa Melayu. Kalau nak baca doa Arab, baca dari Al Mathurat, doa dari Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam
3. Solat Tahajjud
4. Solat Tasbih
5. Solat Witir
6. Nak solat qada' pun boleh
# Ini bukannya kemestian@peraturan.#
MACAMANA NAK BANGUN MALAM?
1. Manusia ni kalau penat...memang payah bangun malam.
2. Makan kena jaga. Jangan banyak makan...kenyang sangat susah bangun malam.
3. Taubat...istighfar banyak-banyak sebelum tidur. Kalau kita ada dosa yang belum Allah maafkan, macamana doa kita nak makbul.
4. Baca ayat qursi 9 wakaf ( 9 kali berhenti)
5. Niatkan nak bangun pukul berapa
6. Baca " Laa haula wala quwata illa billah..." (kekuatan untuk buat amalan)
7. Surah Hud ayat 52 jadikan amalan (tiup-tiup kat badan)
~ Lailatul qadar bermula Maghrib hingga ke waktu Subuh (fajar siddiq). Apa jua amalan yang kita buat akan digandakan dengan seribu bulan (83 tahun 4 bulan).
~ Burulah 10 malam terakhir. Itulah waktu ajaib dan adakala rezeki orang tertentu untuk melihat keajaibannya. Tu pernah dengar dulu-dulu orang kata nampak pokok sujud, air jadi batu..Itulah rezeki yang Allah nak tunjukkan.
~ "Salamun hiya hatta mathlail fajr" iaitu malam yang penuh kebaikan hingga terbit fajar.
~ Banyakkan doa "Allahumma innaka 'afu wun tuhibbul 'afwa fa'fun anni"..banyak minta ampun supaya doa mudah sampai.
~Wallahua'lam~
Sumber : Kuliah Ustaz Amin
Terima kasih. Info yg menarik.
BalasPadamshaiful, pecut tetap pecut walaupun ada yg kata lailatul qadr sudah berlalu (mlm 21). 10 Ramadan terakhir jangan dilepaskan..Allah Maha Mengetahui...
Padam