Home · About Me · Sitemap ·

Ipoh Mali Talak Sombong Pt 3

 Ipoh yang bergelar Bandaraya pada 1988 ini mempunyai nama lain.."Bandaraya Bougainvillea"

Tu haaa....deretan pokok bunga kertas. Laluan dari hotel ke Ipoh Parade. Tujuan utama mencari sesuatu for lunch selepas 2 hero ni berendam dalam pools.  Menapaklah kami ber3...taklah jauh sangat.

Handbag yang dibeli di Sogo 6 bulan lalu (naik lunyai dah...) tapi "NEW ARRIVAL" di Ipoh Parade. Walaaaaaaa.....no discount walaupun ada SALE di Parkson.

 Tak sangka Hang Tuah bukan 5 bersaudara sepertimana yang kita sangkakan... Tu ha, Hang Ten tersesat kat Ipoh...

 Syawal punya...
 Uddin punya..
Ummi punya...

Hati si Ummi ni cair bila anak-anak kata "Kat Sg Petani tak de pun restoran ni kan Ummi. Last makan masa kita duduk Klang dulu (2 tahun lalu)"

Terpandang Kedai "100yen" ni sebaik keluar dari Ipoh Parade. 
"Jomlah Ummi...takkan tak beli apa-apa. Penat je jalan-jalan" 
Amboi hangpa 2 orang ni...mengalahkan orang perempuan.
Lebihkurang konsep kedai RM2 lah dia ni cuma 100 yen = RM4.90. 
Bila ditanya, salesgirl beritahu...barangan dibuat di China kemudian dihantar ke Jepun.
(Patutlah kualiti barangan boleh tahan bagus dari kedai RM2)
Beli jugalah 2,3 barang dapur buat syarat...

P/S Ipoh Mali punya orang...ada tatak tahu cakap Melayu....haiyooo...

Artikel berkaitan:

Restoran Nasi Padang Simpang Tiga@Ipoh

Jam 6.15 petang sampai di Kellie's Castle. Tak berpeluanglah nak tour dalam castle. Dengar khabar ada terowong rahsia dan bilik-bilik rahsia dalam istana misteri 6 tingkat ini.  Perjalanan dalam hujan lebat dari hotel sebaik Encik Suami habis kerja mengambil masa around 45 minit. Kellie's Castle ni dibuka 9 a.m hingga 6.00 p.m (tiket RM4 untuk pelancong tempatan).

Teringat cerita di zaman kanak-kanak dulu. Istana di atas bukit..dikelilingi sungai. Hero kena seberang sungai nak selamatkan tuan puteri. Sewaktu berhenti di stesen Petronas dan bertanyakan seorang pakcik arah ke Kellie's Castle,  dia sempat bertanya "Dah petang-petang macam ni...nak cari apa kat sana?"
Haaa....lain macam bunyinya tu!! Misteri istana unik ( yang dibina antara 1906-1926) kepunyaan William Kellie Smith, seorang hartawan berbangsa Scotland yang kaya raya ini. Pembinaannya terhenti apabila kematian mendadak pemiliknya.

Hujan-hujan ni...ingat nak makan aja. Dibawa oleh Encik Suami ke Greentown Square. Restoran Simpang Tiga yang terkenal dengan masakan Padang. Memang sudah lapar nasi.....
Olehkerana ini kunjungan kali ke3 buat Encik Suami dan pertama kali buat kami 3 beranak...Mem Besar duduk sajalah. Pilihan Encik Suami jarang mengecewakan kerana dia faham dah apa yang Mem suka..telur itik masak lemak, perut lembu (babat), sambal udang..

Ni wajib ada...ayam kampung goreng panas-panas..

Pucuk ubi tumbuk


P/S Sambil menunggu makanan tiba di meja, baru terperasan di "papan iklan menu"...ada ikan terbang, pecal, rendang dendeng, ayam penyet....waaaaa...bila nak try rasa pulak?

Artikel berkaitan:

Ipoh Mali Talak Sombong Pt 1

 Carian google

Semalam Encik Suami kata dia mesyuarat+kursus di Ipoh selama 2 hari. Bukan jauh sangat pun SP-Ipoh so jarang ikut kalau hari-hari biasa (bukan cuti sekolah). Tapi, dah cuti sekolahkan..


Dengan lemah lembut dan berbudi bahasa kita pun minta izin nak ikut. Jawapan 'ya' diberi Encik Suami tetapi BERSYARAT.


"Abah kerja tau...bukan pergi makan angin...kerja macam biasa..keluar pagi, balik petang, makan  semua kena sendiri" 


Tak pe..tak pe....sepantas kilat Anim pack baju. Hujan lebat, hujan renyai...highway jammed dek orang KL nak balik kerja esok (Selasa) agaknya@menghadiri Perhimpunan UMNO di PWTC, sikit pun tak merungut.

Keesokannya, pagi-pagi Encik Suami dah keluar. Anim kena urus 2 Abdul ni. Kalau anak bujang, senang sangat. Anim boleh berulit-ulit atas katil@sambung tido@layan blog (free WIFI kat bilik)@baca buku@tengok TV (mewah channel ASTRO). Ini bujang 9 dan 10 tahun, haiyooo...kena lak jenis tak leh duduk terperap di bilik (maklumlah, spesis ayam kampung) kenalah berkorban. (Anim dah "free" 10 tahun sebelum depa ada!)


Waktu breakfast..dah pesan. "Makan pelan-pelan..makan bagi kenyang. Meal seterusnya lunch nanti."


Belum sempat makanan "turun"...diheretnya Anim ke sini.


Lepas mandi, laparlah. Alhamdulillah, sib baik depan hotel ada tempat nak isi perut. Anim ajak pekena restoran mamak opposite hotel (makan nasi, kenyang perut...tahanle sampai petang) tapi depa tunjuk satu restoran bersebelahan hotel. "Makan kat sini je lah Ummi. Senang, tak payah lintas jalan". Haah...iyalah tu...

Abdul sorang ni memang HANTU western. Tapi Anim tak risau sebab sepinggan prawn macaroni cheese ni dia mampu bertahan sampai petang...

Abdul yang ni apapun boleh. Tak taulah berapa lama pan dory ni mampu bertahan dalam perut dia.

Tak tahu macamana Anim boleh "terorder" menu ini walhal perut Anim pun jenis "cari nasi"

P/S Anak-anak ajak shopping di  Ipoh Parade tak jauh dari hotel. Waa...tak larat nak menapak, bagilah chance Ummi relax sat atas katil..

Artikel berkaitan:

Mee Rebus Ramli@Ipoh

 Dinner malam tadi....

Siapa lagi yang introduce...kalau bukan Encik Suami kita.
Mee Rebus Ramli ni ada rasa macam mee bandung Muar pulak tapi tak berkacang (tekak  I la..)
Terkenal kat Ipoh katanya sampai ada 3 cawangan.
Kami makan di tengah bandar....aduh..berpusing 3 kali cari parking.
Nasib baik malam...kalau siang tak taulah...
Tak berbaloi rasanya duit minyak dibandingkan dengan semangkuk mee rebus RM3.90 semangkuk nih.

P/S Tu payahnya kalau restoran sudah dah ada nama. Orang tetap cari!!!

Artikel berkaitan:

Melindungi diri dari Al-'Ain

 Anim pernah post entry mengenai penyakit 'ain sebelum ini. Dan secara kebetulan...sewaktu membelek-belek buku " Keajaiban 350 Ayat" keluaran Al-Hidayah yang baru dibeli petang semalam ini (dah tiba rumah pun!)..terpandang tajuk "Melindungi diri dari Al-'Ain" . Ada 11 cara yang ditulis bagi merawat penyakit Al-'Ain ini.
Gejala-gejala penyakit 'ain dapat dibahagikan kepada 2:

A.Akibat yang dicetuskan penyakit 'ain pada tubuh, sama ada sebelum dibacakan ayat Al-Quran ataupun ketika dilakukan ruqyah iaitu:
  • Wajah berwarna kuning dan pucat
  • Merasakan adanya himpitan yang kuat pada bahagian dada
  • Berasa pening-pening, lebih2 lagi ketika dilakukan ruqyah sayr'iyyah
  • Berasa amat panas
  • Berpeluh terutama pada bahagian punggung dan banyaknya bergantung kepada besarnya kekuatan gangguan 'ain yang dideritai
  • Merasa sakit pada seluruh badan
  • dan 8 lagi gejala................

    B. Akibat sosial yang dicetuskan penyakit 'ain bagi penderita iaitu:
  • Kehilangan perniagaan atau harta benda
  • Membenci keluarga, kerabat mahupun sahabat
  • Kehilangan jawatan atau profesion pekerjaan

P/S  Menurut Ibn Qayyim ; penyakit 'ain merupakan salah satu bahagian yang keluar daripada hasad

Artikel berkaitan:

Kerana haiwan...nak syurga ke neraka?

Si bisu yang menjadi anak angkat baru kami sejak 2 minggu lalu. Tau-tau saja muncul di muka pintu pada suatu pagi. Pertama kali berjumpa dengan anak kucing yang bisu...aksi mengiaunya ada...tapi tak keluar suara.
(Ada orang buang depan rumah kami kot...)
Bila dah bisu...maka kesianlah kami semua padanya. Nak beri makan pun bagi makan isi ikan...tulang-tulang tolak tepi. "TamTeh" nama glamernya yang diberikan oleh Encik Suami.

"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur dari suku Bani Israil melihatnya lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu"
(Shahih Al-Bukhari, No.3467)

"Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah"
 (Shahih Al-Bukhari, No.3218)

Nampaknya kami ni tak ubah macam tok nenek di kampung. Cukup risau nak berjalan jauh...kerana bimbangkan siapa nak beri makan kat anak-anak angkat di rumah.

P/S Bagi pembela binatang...kalau tak mampu nak bagi makan, silalah lepaskan...

Artikel berkaitan:

Bila pisang serupa kiwi...

Sudah "rongak" 3 dibedal 3 Abdul...

Selepas pulang makan kenduri anak Chot (Mansor) di Bukit Selambau...ternampak gerai menjual pisang, jagung dan labu di tepi jalan ke Kuala Ketil.
PISANG???? Buah tempatan kegemaran kami anak-beranak.
------------------------------------------------------
Nampaknya harga pisang dah sama taraf dengan buah kiwi. 
Harga seikat pisang berangan ini RM7. Wah....mahal lagi dari limau dan epal. Hampir sama taraf dengan buah kiwi.

"Apasal mahal sangat pisang ni?"

 "Payah nak dapat pisang sekarang bang. Abang kalau ada tanam pisang...cukuplah 5 relung bang..Bang jual kat saya. Saya ambik semua"

"Mana p semua pisang?"

"Mana lagi bang...depa eksportlah"

Ya tak ya jugak...pernah bertanya dengan Encik Suami ...dari mana datangnya pisang yang kami makan di Mekah tempohari....

Permintaan melebihi penawaran....barang tak ada, yang nak makan ramai!!

P/S Teringat goreng pisang tanduk di Johor...waaaaa...terliur!

Artikel berkaitan:

Satu rumah...4 kepala, 4 citarasa


Kami 4 beranak menikmati Nasi Kandar Hussain di SP. 2 Abdul dengan ayam goreng + kubis dan telur sotong+ bendi. Anim??? Puyuh goreng dan terung madu...Encik Suami pulak mencapai gulai ikan.
Kemudian, macam biasa, anak-anak mulalah mengorder minuman masing-masing.
4 pinggan, berlainan rasa...berlainan rupa...berlainan harga!

Kemudian satu keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri bersama 4 anak lelakinya yang berusia dalam 2 - 11@12 tahun masuk ke restoran dan duduk selang 2 meja dari kami.
Kemudian...si ayah bersama anak sulongnya (agaknyalah) beratur mengorder makanan.
(Dah namanya Nasi Kandar.....kena beratur punyalah )
6 pinggan nasi putih dan 2 ketul sederhana besar ayam masak merah disusun di atas meja.
Tak lama kemudian...6 gelas air merah dihantar ke meja itu.
Maka....makanlah mereka 6 beranak bersama-sama. Lauk ayam itu dikongsi bersama.

Jujurnya...Anim kagum dengan apa yang dilihat dimata ini.
Anim memberi "isyarat mata" kepada Encik Suami untuk memalingkan muka ke meja depa..
Encik Suami tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala.
"Kita ni 4 kepala...4 rasa... Makan ikut selera masing-masing."
"Agaknya betul kata orang...bela anak ramai lagi senang dari anak sikit, bah. Anak ramai tak memilih. Anak sikit ni layan lebih"

P/S 4 kepala ni sama citarasa bila time raya saja kerana sarung baju kaler sama(atau adakah sebab dipaksa Mem Besar?)

Artikel berkaitan:

Benda yang zaman sekolah kita dulu2 tak buat ....

Geleng kepala tengok gelagat bebudak sekarang sambut tamat persekolahan 2011.


Mentang-mentanglah tahun depan naik Form 1...
amboi..amboi.....tudung sekolah pun dah jadi tempat signature kawan2...

P/S Bebudak sekarang ni buat sesuatu, bukan setakat 100X...10X pun entah ada entah tidak difikir

Artikel berkaitan:

Dari kerana..... MATA


"Dari kerana mata...yang mempunyai kuasa
Oh...aku tergoda..aku tergoda, terkecewa"

Ni bukan nak cerita lagu R.Azmi dan turut dinyanyikan oleh Sudirman Hj Arshad.
Tapi tergerak nak bercerita mengenai ilmu baru yang diperolehi sewaktu kuliah bulanan Ustaz Shahul Hamid di Masjid Taman Keladi tempohari.
Kuliah Ustaz Shahul yang menggunakan Kitab Syamail Muhammmadiyah (Imam Tirmizi) menyelitkan mengenai bisa pandangan mata @'ain sewaktu selingan.
---------------------------------------------------------
Terkejut juga bila Ustaz menerangkan bagaimana dengan pandangan mata atau 'ain ini boleh memudaratkan dan menyebabkan seseorang itu sakit. Ia boleh terjadi apabila orang yang memandang itu kagum dengan sesuatu yang dimilikki atau nikmat yang diperolehi oleh oranglain...lalu dia menginginkan kebinasaan atau kemudaratan ke atas orang itu.
Kita perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dengan 'ain supaya tidak menimpa diri kita dan keluarga dan 'ain kita juga tidak menimpa orang lain.

'Ain juga boleh terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman walaupun tidak disertai perasaan iri hati atau hasad dengki. Pendekata 'ain itu tidaklah semestinya dari seseorang yang jahat..bahkan dari orang yang menyukainya, yang rapat ataupun orang baik.
Dalam perhubungan adik-beradik sendiri boleh terjadi 'ain. Contohnya, si abang balik ke kampung membawa kereta mewah dan baru. Pandangan mata si adik membawa ke hati.
"Amboi, kereta baru...banyaknya duit dia." Timbul satu perasaan di hati si adik.
Kita dituntut supaya segera mendoakan kebaikan padanya jika melihat sesuatu yang mengagumkan kerana itu merupakan pengubatan baginya.
Si adik boleh menghindarkan 'ain nya menimpa si abang dengan mengatakan
"Tahniah bang. Wah...satu hari nanti saya pun nak pakai kereta macam ni jugak"

Kerana itu kata Ustaz, jika kita memperolehi kenikmatan atau menerima sesuatu rezeki, janganlah dihebahkan atau diberitahu kepada oranglain melainkan kepada al habib (isteri, suami, ayah, ibu) dan al labib (orang yang boleh dipercayai) .

Kisah yang terjadi di zaman Rasulullah SAW;
Seorang sahabat bernama Sahi bin Hunaif sedang mandi di kawasan terbuka. Lalu seorang sahabat yang lain, 'Aamir bin Rabi'ah pula berjalan melewatinya dan ternampak tubuh kulit Sahi yang putih dan cantik berbanding dengan dirinya.
Beliau kagum dengan apa yang dilihatnya dan berkata "Demi Allah, aku tak pernah lihat sesuatu seperti yang aku nampak hari ini hatta tidak seperti kulit hamba perempuan" lalu Sahi terus jatuh pengsan.
Lalu Nabi SAW datang kepada 'Aamir dan dengan marah Nabi SAW berkata;
"Untuk apa kamu hendak membunuh saudaramu? Apakah kamu tidak mendoakan keberkatan baginya?"

Teringat pesan orang-orang tua dahulu, kalau pergi menziarahi bayi yang baru dilahirkan, jangan dipuji montellah, comellah...kerana bimbang bayi itu sakit. 

Kesimpulannya....lindungilah diri kita dan keluarga kita dari bisa 'ain ini. Jangan ditonjolkan segala nikmat dan kemewahan rezeki yang diperolehi kepada oranglain...
Bukan hanya pandangan mata insan-insan yang mempunyai perasaan iri dan PHD, tetapi pandangan mata mereka yang baik dan kagum dengan apa yang dilihatnya juga memberi mudarat.
Dan sudah semestinya...janganlah pula 'ain kita menimpa dan memudaratkan oranglain.
Biasa-biasalah diri kita mendoakan kebaikan dan keberkatan mereka yang dianugerahkan kenikmatan dan kemurahan rezeki dari Allah SWT.

 ~Wallahu'alam~

P/S Al Imam Ibn al-Qayyim r.a mengibaratkan 'ain seperti anak panah yang keluar dari jiwa orang yang berperasaan dengki dan ditujukan kepada orang yang didengkinya itu. Adakalanya ia mengena dan adakalanya tidak mengena. Apabila ia mengenakan seseorang dan orang itu tidak melindungi dirinya dengan zikir dan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW, maka ia akan terkesan oleh 'ain. Jika dia mempunyai perisai yang melindunginya, maka dia tidak akan terkesan.
(Ibn al-Qayyim, Zaad al-Ma'ad, 4/153-154)

Artikel berkaitan:

50 soalan paderi dan 50 jawapan Abu Yazid Al Bustami

Abu Yazid Al Bustami yang berguru dengan Imam Hanbali telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang menyuruhnya pergi ke gereja Sama'an. Dia memutuskan untuk pergi setelah mimpinya berulang sebanyak 3 kali.
Bila ketua paderi menyedari kehadiran seorang umat Nabi Muhammad SAW di dalam gereja, keadaan menjadi gempar, kehadiran Abu Yazid dikesan dan ada yang mencadangkan Abu Yazid dibunuh.

"Aku akan bertanya 50 soalan terus-menerus kemudian kamu mesti menjawabnya satu per satu dengan tepat. Jika kamu tidak dapat menjawabnya ataupun salah memberi jawapan maka kamu akan dihukum bunuh," 
kata ketua paderi itu lalu mengemukakan 50 soalan tersebut.

~Psss.... Anim hanya mampu ambil 3 soalan sahaja~

Soalan ke 22
Ketua Paderi : Kubur yang berjalan dengan penghuninya?
Abu Yazid Al Bustami : Ikan besar yang menelan Nabi Yunus. Ikan itu membawa Nabi Yunus sebelum dimuntahkan di pantai dengan izin Allah.

Soalan ke 24
Ketua Paderi : Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi?
Abu Yazid Al Bustami : Air yang dikirim oleh Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman di dalam botol iaitu air peluh kuda.

Soalan 38
Ketua Paderi : 4 jenis air yang lain rupa dan rasa tetapi sumbernya satu?
Abu Yazid Al Bustami : Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

50 soalan telah dapat dijawab oleh Abu Yazid Al Bustami dengan tepat.
Subhanallah...akhirnya bila Abu Yazid Al Bustami mengambil giliran bertanya kepada ketua paderi apakah kunci syurga dan neraka.....
Ketua paderi itu akhirnya mengaku kunci syurga dan neraka tidak lain tidak bukan ialah ucapan Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

P/S Bacaan lanjut kena cari buku ini

Artikel berkaitan:

Budaya tapau ini jangan diikut...


Dari Abu Hurairah berkata, Rasullullah SAW bersabda:

"Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada 6 iaitu, menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi jemputan, memberikan nasihat dan mendoakan ketika bersin"
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
------------------------------------------------------------
Anim menghadiri satu majlis perkahwinan.
Selain nasi minyak bersama 3 jenis lauk pauk, disediakan juga bubur lambuk, tapai pulut, kuih muih  dan air minuman bermacam jenis kaler. Ada purple, oren, merah dan hijau. Pendekata....membuka selera. Rata-rata tetamu duduk lama dibangku masing-masing.

NASIHAT Anim....jangan lakukan budaya tapau yang Anim perhatikan dalam majlis perkahwinan ini. Bukan saja tak manis dipandang mata tetapi juga dari segi hukum. Kan tuan rumah undang kita untuk makan...bukannya untuk ditapau...

1) Membawa balik kuih muih yang disediakan untuk anak-anak yang tak dibawa bersama.
Beli lah kuih di mana-mana gerai...depa tak kisah punyalah....

2) Walaupun ada air mineral botol besar untuk dimeja tetamu (memudahkan tetamu yang tidak minum minuman berais) janganlah dikosongkan dan dipenuhkan dengan air berkaler yang disediakan tuan rumah untuk dibawa pulang

Fikirlah berapa sangat harga kuih dan sebotol air berperisa di kedai dibandingkan dengan pertanyaan yang bakal kita jawab nanti...
Janganlah kita sebagai ibu bapa mengajar atau memerhatikan saja kelakuan anak-anak kita..
 
Teringat peristiwa tahun lalu sewaktu menghadiri open house hari raya seorang teman. Tuan rumah meminta maaf dan meminta kami dan beberapa orang tetamu "tunggu sat" kerana menanti hidangan (katering) baru yang akan tiba. "Depa (sanak saudara) kata lauk sedap dan minta sikit bawa balik...tu yang tak cukup. Kena tunggu lauk baru lah"... Bukankah itu menyusahkan tuan rumah?


P/S Boleh tapau tapi kena minta izin...minta dihalalkan....

Artikel berkaitan:

Wa silapla ikut lu...sape suruh???

 Dari google

Singgah di salah sebuah bank di SP tadi. Ada 2 ATM machines hak "cucuk" keluar duit itu. Ramai yang beratur di salah satu mesin manakala satu lagi tak ada orang. Bertanyakan budak muda di depan Anim. "Kenapa dengan mesin yang satu ni, dik?" 
"Rosak kak, duit tak mau keluaq" 
-----------------------------------------
Ok fine..cik kak ni dah dengar penjelasan. Tak payahlah mencuba nasib. Apalagi...sambung barisanlah
(ada 4 orang depan Anim)
Kemudian, masuk sorang nyonya . Riuh mulutnya bertanyakan Anim sambil menunding jari ke ATM machine yang kosong tu. 

" Tak taulah...depa kata duit tak keluar..nya (nyonya) u cubalah". 
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya...
"Tak maulah. Sudah beratur panjang, haiyaa...nanti kena duduk belakang semula". 

Masuk sorang lagi. Kali ni turn si nyonya tadi ulang jawapan Anim tadi. Kemudian masuk lagi..dan sekali lagi nyonya dengan berbesar hati memberikan penjelasan bila ditanya. Barisan 4 orang di depan Anim kini bertambah 3 lagi di belakang.

Tiba-tiba masuk seoang lelaki yang terus menuju ke ATM machine yang kosong itu tanpa menoleh atau bertanyakan apa2 . 

Tak semena-semena pandangan semua yang beratur panjang (termasuk I le!) tertumpu ke arah Mamat tadi. Kami semua terlopong bila dia dengan jayanya dapat mengeluarkan wang dari mesin itu. Laaa...padan muka aku!! Ada yg tepuk dahi lagi.. tak kurang yang tersengih (malu ke geram!) tak pasal-pasal kena beratur panjang.

"Haiyaa, wa silap ikut lu..kalau tak, dah lama boleh bawa keluaq duit"

"Sorrylah nya (nyonya)..wa pun sulah silap ..wa tatak check sendili..wa ikut cakap olang"
-------------------------------------------------
Boleh jadi si punca masalah memang jujur mengakui...duit tak keluar (duit dia tak ada baki!)
Si pendengar 1 pulak beranggapan mesin tu yang tak ada duit...huhuhu

P/S Moral of the story....jangan dengar khabar angin jugak!


Artikel berkaitan:

Kita yang sering alpa...

Ihsan google

Sabtu malam (malam Ahad) lepas ada kuliah bulanan Ustaz Shahul Hamid di Masjid Taman Keladi. Sejak Ramadhan lalu...baru ini Anim berkesempatan mengikuti kuliah beliau. 
(Selepas Syawal, ada saja aktiviti yang bertembung dengan kuliah bulanan beliau. Walhal dia mai SEBULAN sekali sahaja..Masya-Allah, Anim sibuk dengan urusan dunia.)
Namun entry ini bukan berkaitan dengan isi kuliah tetapi sesuatu yang Anim dan mereka-mereka yang disekeliling Anim juga sering lupakan .
(Isi kuliah next entry....Insya-Allah)
-----------------------------------------------------------
Tidak seperti hari-hari biasa, kali ini selepas solat Maghrib, Imam masjid hanya membaca Al-Fatihah dan berdoa ringkas.
Jemaah kemudiannya dimaklumkan akan diadakan solat jenazah.
Secara jujur, Anim sendiri tidak pernah bersolat jenazah sebelum ini (di Malaysia).
Oh ya...hukum solat jenazah bagi kaum muslimat boleh diperolehi di sini
Pengalaman bersama-sama bersolat jenazah hanya Anim kutip di Masjidil Haram yang boleh dikatakan setiap waktu akan ada solat jenazah.
----------------------------------------------------------------------
 Imam memulakan solat. Jemaah lelaki sudah mengambil tempat.
Dari hampir 3 saf wanita...hanya beberapa jemaah mengambil tempat... adalah dalam 6 orang sahaja.
Masing-masing mengundur ke belakang.
"Tak tau nak solat jenazah" ujar seorang makcik di belakang Anim.
Benar....itu jugalah yang mungkin Anim suarakan jika ianya berlaku kepada Anim beberapa bulan yang lalu.
Anim mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Anim dan kawan-kawan...
Mudah-mudahan kita tak alpa dengan peristiwa ini..
Suatu hari, kita pasti akan kehilangan orang-orang disekeliling kita yang kita sayangi..
Alangkah bahagianya jika kita dapat turut sama-sama dapat menyembahyangkannya sebelum jenazah di bawa ke alam barzakh.

P/S Cara solat jenazah di sini.

Artikel berkaitan:

Bila ulat dah naik buku....

Kisah 4 Imam Mazhab

3 hari tak update blog. Bukan balik kampung...bukan merayap makan angin...
Tersekat dan terikat dengan novel sejarah Islam di atas.
(Psst...ulat dah naik daun tu bawa maksud si tua gatal tapi bila ulat dah naik buku...spesis ulat buku!)
Buku 690 m.s tulisan penulis novel sejarah no.1 di Malaysia, Abdul Latip Talib ini menghimpunkan cerita 4 Imam iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Minggu lalu turn Encik Suami membaca. Ralit betul melihat gelagatnya. Lepas tengok berita, capai buku ini. Sementara menunggu kami bersiap ke sekolah. duduk mengadap lagi. Tu yang bila dia khatam...Cik Bini tak tunggu peluang...tu dia, sayang nak tinggalkan cerita....sanggup tangguh update blog.
----------------------------------------------
Seperti yang tertera di belakang naskhah novel ini

"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham.Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barang siapa mengambil warisan tersebut dia telah mengambil bahagian yang banyak.."
(Hadith riwayat At-Tirmidzi)

Percayalah....kita tak sabar menunggu cerita kisah mereka hingga ke muka surat terakhir.

P/S Muhasabah diri...

Artikel berkaitan:

Awas Untuk Kaki "Pancing"

Ditujukan bukan untuk si kaki pancing ikan di laut, di sungai dan sebagainya.
Ini amaran untuk si kaki pancing tabung masjid atau surau.
Kan biasa kita dengar....ada kaki "pancing" yang merembat duit tabung masjid atau surau.
Macam-macam cara mereka gunakan.....biasanya dawai atau hanger besi lah..

Maghrib tadi menyinggah solat di Masjid Abd Rahman, Sg.Petani.
Terpandang tabung unik yang dah diubahsuai begini rupa di ruangan solat muslimat.
Kreatif...kreatif...
Awas si kaki "pancing".....baju lecun dek peluh, hang sure tak dapat bawa balik "tangkapan"


P/S Kalaulah si kaki "pancing" insaf Allah memerhatikannya....pasti pihak masjid atau surau tak pening kepala cari idea....

Artikel berkaitan:

Bila bantuan RM100 jadi kontroversi.....


KUALA LUMPUR 17 Nov. - Sebuah sekolah rendah di Keramat di sini yang didakwa memotong RM50 daripada wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan kepada pelajar telah diarah untuk memulangkan wang itu dengan segera.
Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Datuk Khairil Awang berkata, beliau telah menghubungi guru besar sekolah itu semalam yang bersetuju untuk memansuhkan pemotongan dan akan segera mengembalikan wang itu.
"Apabila mengetahui hal itu yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, saya terus menghubungi pihak sekolah untuk segera mengembalikan wang bantuan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
"Tidak boleh sesiapa pun, mahupun guru besar sekolah membuat potongan wang bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelajar,” katanya. - Bernama
--------------------------------------------------------------------
 Hmm...tak maule komen tindakan yang dilakukan oleh sekolah lain. Buat warga SKS pula, setelah taklimat dan penjelasan ringkas oleh pentadbir sekolah...

Rata-rata waris bersetuju dan menyokong tindakan sekolah menyediakan buku tulis 2012 lebih awal. Tak perlulah mereka beratur dan datang ke kedai sekolah di bulan 12.

"Baguslah cikgu, tak payahlah kami fikir tentang buku...tinggal cari baju sekolah saja"

"RM100 bukannya banyak mana cikgu, sekejap aja dah habis. "

Bayar tunai buku tulis anak-anak dari kocek sendiri ....namun 95% waris memilih untuk "memotong" dari duit BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 yang diterima mereka semalam (termasuklah saya)

P/S  Takkan ada kontroversi kalau kedua-dua pihak iaitu sekolah dan waris mempunyai hubungan baik...

Artikel berkaitan:

Duit tu untuk kami ke untuk ayah?

Surat pemberitahuan kepada waris murid akan pengagihan bantuan persekolahan RM100 seorang  diedarkan sebelum balik sekolah.
Terkumat-kamit anak-anak Tahun 1 ni membaca..dan sudah semestinya bukan baca dalam hati!

"Wah, RM100..banyaknya. Duit ni untuk kami ke untuk ayah kami,Madam?"
"Duit tu untuk duit buku, duit baju sekolah awak tahun depan. Tapi budak kecik, tak boleh pegang duit banyak-banyak. Kena beri ayah pegang dulu..." 
(Alamak,macam dialog Hj. Bakhil lah pulak...)

Kesian pulak kat GB yang kena bawa keluar wang tunai dari bank. Sekolah kecil cam SKS ni, bilangan Murid Tahun 1-5 takle sampai 400 orang. Fuh....bayangkanlah sekolah yang mencecah bilangan 1800-2000 orang murid. Terpaksalah minta bantuan pihak polis untuk escort. Takkanlah kami ni, cikgu-cikgu kecil tukang escort..penjenayah tak kenal belas...walaupun mungkin wang bantuan persekolahan itu turut diterima anak, adik, anak saudara, anak jiran mereka sendiri.

Diharapkan juga wang bantuan RM100 yang diterima itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa menyiapkan persekolahan 2012 anak-anak mereka.
Janganlah nanti bila naik sekolah, masih ada anak-anak yang tidak mempunyai peralatan menulis yang mencukupi. 
Duit bantuan???? Sudah lari ke Giant@buat down payment motor baru (5 anak sekolah..).
Bukan menuduh tanpa usul periksa...berdasarkan pengalaman-pengalaman di sekolah-sekolah sebelum ini.
Diberi bantuan basikal, tak sampai setahun...anak berjalan kaki ke sekolah. 
Bila ditanya, "Dah kena jual"....(si ayah kaki botol)
Ada yang menerima wang bantuan KWAMP, hingga ke akhir tahun yuran persekolahn masih tak dijelaskan.
---------------------------------------------------------------
Anim teringat akan 2 murid dari keluarga susah dan ingin diberi bantuan beberapa tahun dahulu...

Murid 1 ~ anak pemandu teksi. Dia layak menerima bantuan kerana pendapatan bulanan si ayah tak sampai RM500 ditambah dengan bilangan isi rumah yang ramai. Tahun pertama, dia menerima RMT , bantuan KWAMP dan basikal (zakat).
Tahun ke2, dia memulangkan borang bantuan yang diterimanya. Alasannya bila ditanya,
"Ayah berniaga pasar malam lepas bawak teksi. Ayah kata tahun ini duit ada lebih sikit. Ayah tak nak saya terima bantuan"

Murid 2~ anak yatim yang tinggal bersama ibunya yang hidup bersendirian. Ibunya mengambil upah menjahit pakaian. Pendapatan ibunya RM450 sebulan dan faktor anak yatim membuatkan dia diberi borang bantuan untuk diisi. Keesokan hari, si ibu datang memberitahu,
"Anak saya sorang saja cikgu. Upah saya jahit baju cukup untuk saya 2 beranak. Pakcik dia pun ada duduk dekat2. Tak apa cikgu, bukan saya saja-saja tak nak bantuan...tapi mesti ada orang yang lebih susah dari saya. "

P/S Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.

Artikel berkaitan:

Tak Dapatlah Nak Sedekah...

Google mari...

Setiap kali singgah ke surau atau masjid di mana sekalipun, si Abdul kecil pasti meminta duit untuk dimasukkan ke dalam tabung yang ada di situ.
Dia tak kisah berapa yang kami beri...asalkan hajatnya dipenuhi...
------------------------------------------------------
Sabtu lepas selesai solat di carpet tebal di Masjid AlBukhary......
dia menjengok ke ruang solat muslimat (5 petang...takde jemaah lain di situ)

Dah puas dia mencari tabung. Kawasan lelaki tak de, kawasan perempuan pun takde. Mana nak masukkan duit ni, katanya

Laaa...cari tabung masjid rupanya.
Nak, masjid ni dibina oleh hartawan Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary.
Hartawan ke 7 terkaya di Malaysia dan ke 32 terkaya di Asia.
Memang takkan jumpalah tabung sumbangan untuk masjid!

"Tak pe..tak pe...sedekah tu bukan dengan duit saja... tolong lipat sejadah kat sana tu, lepas tu tutup suis kipas, kutip tisu ...tu pun sedekah jugak."
--------------------------------------------------------------
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 "Setiap anggota badan manusia wajib atasnya bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit.Engkau mendamaikan antara dua orang yang berkelahi adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah kaki menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. ”
(Sumber : Hadith 40)

Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Setiap orang Islam yang menanam tanaman atau tumbuhan kemudian dimakan oleh manusia, burung atau haiwan, semuanya itu menjadi sedekah baginya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Artikel berkaitan:

Dari Masjid Al Bukhary ke Teluk Kechai

 Singgah di Masjid Al Bukhary, Jalan Langgar selesai menjengok Iman di Hospital Sultanah Bahiyah.
Jauh juga menapak ke ruang bersolat dari tempat parking kereta.
Tapi....kawasan masjid yang luas dan indah ini melenyapkan keletihan kami...

Pohon tamar di hadapan masjid

Cantikkan Masjid Al Bukhary ini...
----------------------------------------------------------------------------
Laparlah pulak...lamanya tak pekena laksa Kedah..Jom ke Teluk Kechai (jalan ke Kuala Kedah)
Tu dia....berderet kereta di luar gerai...ramai jugak orang cari laksa Kedah petang-petang ni..
Zakaria Laksa Teluk Kechai ni memang menjadi gerai laksa favourite kami sejak hampir 8-9 tahun lalu bila nak ke Langkawi. Dari rumah asal yang kecil bersebelahan gerai kini berubah menjadi mahligai indah. Kini anak-anak turut menggemari laksa lain dari yang lain ni...

Rasa kuah dan rupa biasa-biasa saja tapi bila dicampur sambal nyok (kelapa yg kuning tu!) dan hirisan ulaman (daun putat dan dan gajus agaknya) tu yang menambat selera kami. Tambah dengan telur rebus sebiji...habis kuah dihirup.

P/S Setiap laksa ada kelainannya sendiri

Artikel berkaitan:

Senyuman dalam kesedihan..

 Putera Ahmad Iman Sufi yang berusia 4 bulan

Tersentuh hati menjengok Iman di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar petang tadi.
Matanya merenung kami..merengek seolah-olah mengadu yang dia kehausan..
Bergerak-gerak lidahnya cuba menjilat bibirnya nampak kering..
Tangannya yang bersarung dihisap-hisap..Aduhhh...hampir menitik airmata ini...
Sesekali dia merengek..mungkin kerana kesakitan akibat kesan pembedahan ..
Hanya tidur saja yang mampu menenangkannya...

 Iman yang tinggal di Kuala Kangsar dibawa dengan ambulans Hospital Taiping bersama ibunya ke Alor Setar kerana di Hosp.Sultanah Bahiyah sahaja ada pakar bedah bayi (kawasan Utara)
Terharu bila lihat ramai lagi kanak-kanak dan bayi yang senasib dengan Iman di dalam wad surgical tadi. Ada yang menjalani pembedahan kerana tiada lubang dubur, ada yang menjalani pembedahan kerana lubang zakar terletak ditempat yang bukan sepatutnya...yang kita tak pernah terfikir kalau tak kerana berada di wad hospital!

 Sudah 6 hari anak kecil ini berpuasa setelah menjalani 2 pembedahan usus sejak 4 hari lepas. Masuk air sahaja melalui lehernya..(Mula-mula letak di kaki, kemudian kakinya menyepak-nyepak, tercabut dan berdarah) . Walaupun mamanya hanya membasahkan bibirnya dengan air...Iman akan termuntah.
--------------------------------------------------------------
Dalam kes seperti Iman, ada bayi yang dikesan mempunyai masalah usus sejak awal apabila tidak "berak" selepas dilahirkan. Iman pula...yang lahir seberat 4.3kg tidak bermasalah dari kecil.
Anak yang montel dan sudah boleh meniarap diusia 2 bulan ini hanya dikesan pada Hari Raya Haji Selasa lalu bila dia muntah-muntah bila disusukan (susu ibu). Badannya menjadi lesu dan kemuncaknya pada malam Selasa (Raya ke3) bila darah keluar dari lubang duburnya.
Keesokan harinya...dari Hospital Taiping dia dirujukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Sabarlah Laili dan Joe..Ini semua ujian tanda Allah sayangkan kita. Ujian yang diberi ini lebih mendekatkan kita padaNya. Berdoa kehadratNya semoga pembedahan kali ke3 nanti berjalan lancar. Semoga Iman cepat pulih...dapat pulang berjumpa kakak dan abang serta Tok dan Tok Wan.
Insya-Allah...Ummi Anim akan menjengok Iman lagi...

P/S Laili Amir ialah teman setugas di SKBB, Klang 2 tahun lepas. Dia "balik kampung"nya di Taiping manakala Anim "balik kampung" orang di Sg.Petani.

Artikel berkaitan:

Pintu kereta yang dapat diselamatkan

Terlihat adegan yang tak mahu ditengok on the way nak ke Alor Setar.

Dekat 50m jugak kami mengekorinya.
Berat rasanya pintu kereta tu ...mahu kebas peha dibuatnya..

P/S Ni mesti ada orang order pintu kereta...

Artikel berkaitan:

Cerita jiran tengah hari Jumaat

Jiran depan rumah, petani kaya di Fulda Hammerz, Germany, sedekad yang lalu

Ceramah agama Radio Kedah FM tengahari Jumaat hari ini berkisar tentang hak jiran yang dituntut oleh Islam.
Jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah , sebelah kiri atau kanan,depan atau belakang.

Doa Nabi Daud a.s minta dijauhkan dari 3 perkara:

1- "Jauhilah aku dari mendapat jiran yang berdukacita ketika aku mendapat nikmat tetapi bergembira ketika aku mendapat musibah"
(Kadang2 tengok jiran sebelah beli TV baru, kereta baru pun muka si polan dah lain macam)

2- "Jauhilah aku dari mendapat anak yang memerintah ibu bapanya"
(La ni...ibu bapa tak berani tegur anak-anak, takut lari dari rumah)

3- "Jauhilah aku mendapat makanan yang haram"
(Begitu juga dengan sumber yang haram)

Jiran tepi rumah di Fulda Hammerz

7 golongan yang dibenci Allah SWT dan akan dihumban ke dalam neraka:

1- Golongan yang mengamalkan homoseksual, lesbian
2- Golongan yang mengeluarkan air mani dengan tangan
3- Golongan "haruan makan anak"
4- Golongan yang berzina dengan isteri orang/ isteri jirannya
5- Golongan yang melakukan seks luar tabii dengan isterinya
6- Golongan yang melakukan seks dengan haiwan
7. Golongan yang menyakiti hati jiran tetangganya

~ Lihatlah, betapa besarnya hak jiran hinggakan sebaris sama dengan golongan yang dianggap kotor dan dibenci oleh Allah SWT ini~

4 keselesaan hidup yang disebut dalam sabda Nabi SAW:

1- Isteri yang solehah
2- Tempat tinggal yang lapang (bukan semesti besar)
3-Kenderaan yang selesa
4- Jiran yang baik budi

"Boleh ke kita dapat tidur dengan nyenyak jika kita hidup dikelilingi jiran yang kelaparan melainkan kita tidak beriman?"

P/S 12 kali hidup berjiran...boleh Anim jadikan tajuk next entry...

Artikel berkaitan: