Anim pernah post entry mengenai penyakit 'ain sebelum ini. Dan secara kebetulan...sewaktu membelek-belek buku " Keajaiban 350 Ayat" keluaran Al-Hidayah yang baru dibeli petang semalam ini (dah tiba rumah pun!)..terpandang tajuk "Melindungi diri dari Al-'Ain" . Ada 11 cara yang ditulis bagi merawat penyakit Al-'Ain ini.
Gejala-gejala penyakit 'ain dapat dibahagikan kepada 2:
A.Akibat yang dicetuskan penyakit 'ain pada tubuh, sama ada sebelum dibacakan ayat Al-Quran ataupun ketika dilakukan ruqyah iaitu:
- Wajah berwarna kuning dan pucat
- Merasakan adanya himpitan yang kuat pada bahagian dada
- Berasa pening-pening, lebih2 lagi ketika dilakukan ruqyah sayr'iyyah
- Berasa amat panas
- Berpeluh terutama pada bahagian punggung dan banyaknya bergantung kepada besarnya kekuatan gangguan 'ain yang dideritai
- Merasa sakit pada seluruh badan dan 8 lagi gejala................
- B. Akibat sosial yang dicetuskan penyakit 'ain bagi penderita iaitu:
- Kehilangan perniagaan atau harta benda
- Membenci keluarga, kerabat mahupun sahabat
- Kehilangan jawatan atau profesion pekerjaan
P/S Menurut Ibn Qayyim ; penyakit 'ain merupakan salah satu bahagian yang keluar daripada hasad
Belum ada komen untuk "Melindungi diri dari Al-'Ain"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai