Home · About Me · Sitemap ·

Kita yang sering alpa...

Ihsan google

Sabtu malam (malam Ahad) lepas ada kuliah bulanan Ustaz Shahul Hamid di Masjid Taman Keladi. Sejak Ramadhan lalu...baru ini Anim berkesempatan mengikuti kuliah beliau. 
(Selepas Syawal, ada saja aktiviti yang bertembung dengan kuliah bulanan beliau. Walhal dia mai SEBULAN sekali sahaja..Masya-Allah, Anim sibuk dengan urusan dunia.)
Namun entry ini bukan berkaitan dengan isi kuliah tetapi sesuatu yang Anim dan mereka-mereka yang disekeliling Anim juga sering lupakan .
(Isi kuliah next entry....Insya-Allah)
-----------------------------------------------------------
Tidak seperti hari-hari biasa, kali ini selepas solat Maghrib, Imam masjid hanya membaca Al-Fatihah dan berdoa ringkas.
Jemaah kemudiannya dimaklumkan akan diadakan solat jenazah.
Secara jujur, Anim sendiri tidak pernah bersolat jenazah sebelum ini (di Malaysia).
Oh ya...hukum solat jenazah bagi kaum muslimat boleh diperolehi di sini
Pengalaman bersama-sama bersolat jenazah hanya Anim kutip di Masjidil Haram yang boleh dikatakan setiap waktu akan ada solat jenazah.
----------------------------------------------------------------------
 Imam memulakan solat. Jemaah lelaki sudah mengambil tempat.
Dari hampir 3 saf wanita...hanya beberapa jemaah mengambil tempat... adalah dalam 6 orang sahaja.
Masing-masing mengundur ke belakang.
"Tak tau nak solat jenazah" ujar seorang makcik di belakang Anim.
Benar....itu jugalah yang mungkin Anim suarakan jika ianya berlaku kepada Anim beberapa bulan yang lalu.
Anim mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Anim dan kawan-kawan...
Mudah-mudahan kita tak alpa dengan peristiwa ini..
Suatu hari, kita pasti akan kehilangan orang-orang disekeliling kita yang kita sayangi..
Alangkah bahagianya jika kita dapat turut sama-sama dapat menyembahyangkannya sebelum jenazah di bawa ke alam barzakh.

P/S Cara solat jenazah di sini.

Artikel berkaitan:

6 Komen untuk "Kita yang sering alpa..."

  1. betul anim.. bila tak ekna kat ahli keluarga kita.. kita selalu lupa..

    BalasPadam
  2. Salam Anim ,

    Betoi tu Anim.... perkara2 macam ni lah kita selalunya dok terlepas pandang...Bagus Anim kita saling ingat mengingati antara satu sama lain...alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. memang solat jenazah ni di tuntut.... semasa kita solat jenazah tu ada pendapat mengatakan roh si mati akan melihat kita yang menyembahyangkannya....

    masa ni pasti kita sayu kerana suatu ketika kita sama2x gelak ketawa dalam hidup tapi bila kita mati kenkawan itu semua tiada menyembahyangkan kita...

    BalasPadam
  4. rozita@betul tu..bila dah terkena, barulah kita ralat sangat kerana tak belajar..

    BalasPadam
  5. k.ros@pengajaran yg saya dapat..
    lepas ni kena belajar mandi jenazah pulak...

    BalasPadam
  6. kazman@terima kasih kerana berkongsi cerita...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai