Jiran depan rumah, petani kaya di Fulda Hammerz, Germany, sedekad yang lalu
Ceramah agama Radio Kedah FM tengahari Jumaat hari ini berkisar tentang hak jiran yang dituntut oleh Islam.
Jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah , sebelah kiri atau kanan,depan atau belakang.
Jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah , sebelah kiri atau kanan,depan atau belakang.
Doa Nabi Daud a.s minta dijauhkan dari 3 perkara:
1- "Jauhilah aku dari mendapat jiran yang berdukacita ketika aku mendapat nikmat tetapi bergembira ketika aku mendapat musibah"
(Kadang2 tengok jiran sebelah beli TV baru, kereta baru pun muka si polan dah lain macam)
2- "Jauhilah aku dari mendapat anak yang memerintah ibu bapanya"
(La ni...ibu bapa tak berani tegur anak-anak, takut lari dari rumah)
3- "Jauhilah aku mendapat makanan yang haram"
(Begitu juga dengan sumber yang haram)
Jiran tepi rumah di Fulda Hammerz
7 golongan yang dibenci Allah SWT dan akan dihumban ke dalam neraka:
1- Golongan yang mengamalkan homoseksual, lesbian
2- Golongan yang mengeluarkan air mani dengan tangan
3- Golongan "haruan makan anak"
4- Golongan yang berzina dengan isteri orang/ isteri jirannya
5- Golongan yang melakukan seks luar tabii dengan isterinya
6- Golongan yang melakukan seks dengan haiwan
7. Golongan yang menyakiti hati jiran tetangganya
~ Lihatlah, betapa besarnya hak jiran hinggakan sebaris sama dengan golongan yang dianggap kotor dan dibenci oleh Allah SWT ini~
4 keselesaan hidup yang disebut dalam sabda Nabi SAW:
1- Isteri yang solehah
2- Tempat tinggal yang lapang (bukan semesti besar)
3-Kenderaan yang selesa
4- Jiran yang baik budi
"Boleh ke kita dapat tidur dengan nyenyak jika kita hidup dikelilingi jiran yang kelaparan melainkan kita tidak beriman?"
P/S 12 kali hidup berjiran...boleh Anim jadikan tajuk next entry...
Belum ada komen untuk "Cerita jiran tengah hari Jumaat"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai