Home · About Me · Sitemap ·

Dari kerana..... MATA


"Dari kerana mata...yang mempunyai kuasa
Oh...aku tergoda..aku tergoda, terkecewa"

Ni bukan nak cerita lagu R.Azmi dan turut dinyanyikan oleh Sudirman Hj Arshad.
Tapi tergerak nak bercerita mengenai ilmu baru yang diperolehi sewaktu kuliah bulanan Ustaz Shahul Hamid di Masjid Taman Keladi tempohari.
Kuliah Ustaz Shahul yang menggunakan Kitab Syamail Muhammmadiyah (Imam Tirmizi) menyelitkan mengenai bisa pandangan mata @'ain sewaktu selingan.
---------------------------------------------------------
Terkejut juga bila Ustaz menerangkan bagaimana dengan pandangan mata atau 'ain ini boleh memudaratkan dan menyebabkan seseorang itu sakit. Ia boleh terjadi apabila orang yang memandang itu kagum dengan sesuatu yang dimilikki atau nikmat yang diperolehi oleh oranglain...lalu dia menginginkan kebinasaan atau kemudaratan ke atas orang itu.
Kita perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dengan 'ain supaya tidak menimpa diri kita dan keluarga dan 'ain kita juga tidak menimpa orang lain.

'Ain juga boleh terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman walaupun tidak disertai perasaan iri hati atau hasad dengki. Pendekata 'ain itu tidaklah semestinya dari seseorang yang jahat..bahkan dari orang yang menyukainya, yang rapat ataupun orang baik.
Dalam perhubungan adik-beradik sendiri boleh terjadi 'ain. Contohnya, si abang balik ke kampung membawa kereta mewah dan baru. Pandangan mata si adik membawa ke hati.
"Amboi, kereta baru...banyaknya duit dia." Timbul satu perasaan di hati si adik.
Kita dituntut supaya segera mendoakan kebaikan padanya jika melihat sesuatu yang mengagumkan kerana itu merupakan pengubatan baginya.
Si adik boleh menghindarkan 'ain nya menimpa si abang dengan mengatakan
"Tahniah bang. Wah...satu hari nanti saya pun nak pakai kereta macam ni jugak"

Kerana itu kata Ustaz, jika kita memperolehi kenikmatan atau menerima sesuatu rezeki, janganlah dihebahkan atau diberitahu kepada oranglain melainkan kepada al habib (isteri, suami, ayah, ibu) dan al labib (orang yang boleh dipercayai) .

Kisah yang terjadi di zaman Rasulullah SAW;
Seorang sahabat bernama Sahi bin Hunaif sedang mandi di kawasan terbuka. Lalu seorang sahabat yang lain, 'Aamir bin Rabi'ah pula berjalan melewatinya dan ternampak tubuh kulit Sahi yang putih dan cantik berbanding dengan dirinya.
Beliau kagum dengan apa yang dilihatnya dan berkata "Demi Allah, aku tak pernah lihat sesuatu seperti yang aku nampak hari ini hatta tidak seperti kulit hamba perempuan" lalu Sahi terus jatuh pengsan.
Lalu Nabi SAW datang kepada 'Aamir dan dengan marah Nabi SAW berkata;
"Untuk apa kamu hendak membunuh saudaramu? Apakah kamu tidak mendoakan keberkatan baginya?"

Teringat pesan orang-orang tua dahulu, kalau pergi menziarahi bayi yang baru dilahirkan, jangan dipuji montellah, comellah...kerana bimbang bayi itu sakit. 

Kesimpulannya....lindungilah diri kita dan keluarga kita dari bisa 'ain ini. Jangan ditonjolkan segala nikmat dan kemewahan rezeki yang diperolehi kepada oranglain...
Bukan hanya pandangan mata insan-insan yang mempunyai perasaan iri dan PHD, tetapi pandangan mata mereka yang baik dan kagum dengan apa yang dilihatnya juga memberi mudarat.
Dan sudah semestinya...janganlah pula 'ain kita menimpa dan memudaratkan oranglain.
Biasa-biasalah diri kita mendoakan kebaikan dan keberkatan mereka yang dianugerahkan kenikmatan dan kemurahan rezeki dari Allah SWT.

 ~Wallahu'alam~

P/S Al Imam Ibn al-Qayyim r.a mengibaratkan 'ain seperti anak panah yang keluar dari jiwa orang yang berperasaan dengki dan ditujukan kepada orang yang didengkinya itu. Adakalanya ia mengena dan adakalanya tidak mengena. Apabila ia mengenakan seseorang dan orang itu tidak melindungi dirinya dengan zikir dan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW, maka ia akan terkesan oleh 'ain. Jika dia mempunyai perisai yang melindunginya, maka dia tidak akan terkesan.
(Ibn al-Qayyim, Zaad al-Ma'ad, 4/153-154)

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Dari kerana..... MATA"

  1. tu la kan...berbagai fungi dan kejadian disebabkan mata ni kannn....

    BalasPadam
  2. kazman@dari mata turun ke hati... tu sebab dinpadang masyhar...mata yg ditanya dulu

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai