Home · About Me · Sitemap ·

Bila bantuan RM100 jadi kontroversi.....


KUALA LUMPUR 17 Nov. - Sebuah sekolah rendah di Keramat di sini yang didakwa memotong RM50 daripada wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan kepada pelajar telah diarah untuk memulangkan wang itu dengan segera.
Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Datuk Khairil Awang berkata, beliau telah menghubungi guru besar sekolah itu semalam yang bersetuju untuk memansuhkan pemotongan dan akan segera mengembalikan wang itu.
"Apabila mengetahui hal itu yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, saya terus menghubungi pihak sekolah untuk segera mengembalikan wang bantuan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
"Tidak boleh sesiapa pun, mahupun guru besar sekolah membuat potongan wang bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelajar,” katanya. - Bernama
--------------------------------------------------------------------
 Hmm...tak maule komen tindakan yang dilakukan oleh sekolah lain. Buat warga SKS pula, setelah taklimat dan penjelasan ringkas oleh pentadbir sekolah...

Rata-rata waris bersetuju dan menyokong tindakan sekolah menyediakan buku tulis 2012 lebih awal. Tak perlulah mereka beratur dan datang ke kedai sekolah di bulan 12.

"Baguslah cikgu, tak payahlah kami fikir tentang buku...tinggal cari baju sekolah saja"

"RM100 bukannya banyak mana cikgu, sekejap aja dah habis. "

Bayar tunai buku tulis anak-anak dari kocek sendiri ....namun 95% waris memilih untuk "memotong" dari duit BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 yang diterima mereka semalam (termasuklah saya)

P/S  Takkan ada kontroversi kalau kedua-dua pihak iaitu sekolah dan waris mempunyai hubungan baik...

Artikel berkaitan:

6 Komen untuk "Bila bantuan RM100 jadi kontroversi....."

  1. kalau 2-2 pihak faham dan diterangkan dengan jelas terutama yang beri kebaikan mesti takde masalah timbul..

    BalasPadam
  2. kami esok baru nak pergi ambik kat sekolah rendah cyberjaya...

    Agaknya kan... malam ni kalau kami rompak sekolah tu kaya kami jadinya......

    ada 1200 murid X RM100 = RM120 ribu..

    Fuuuh...pak cik kayoo!!! haaa3x

    BalasPadam
  3. rozita@betul tu..adalah silap dimana2 tu. samada tanpa penerangan jelas@satu pihak tu asyik nak membangkang saja apa tindakan yg satu lagi

    BalasPadam
  4. kazman@duit takleh simpan byk kat sek. pagi jumaat tu br gb ambil dr bank dan diescort polis. mu jgn wat pasal..tak sanggup kawan nak tgk berita nanti!

    BalasPadam
  5. ahkak, ini sy setujuk. ada parents yg suka bikin kontrobesi neh biasanyer yg liat bayo yuran skola n liat gaks g meeting PIBG. tp, kalo nk glemer, bole ajer terus g opis press. tp, kdg2 pentadbir n pihak skola pon ado salah. yg depa x handle leklok tuh saper suruh kan? pepandailer...

    BalasPadam
  6. akuzle ayu@penjelasan dan persetujuan perlu sebelum apa2 tindakan diambil..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai