Home · About Me · Sitemap ·

Satu rumah...4 kepala, 4 citarasa


Kami 4 beranak menikmati Nasi Kandar Hussain di SP. 2 Abdul dengan ayam goreng + kubis dan telur sotong+ bendi. Anim??? Puyuh goreng dan terung madu...Encik Suami pulak mencapai gulai ikan.
Kemudian, macam biasa, anak-anak mulalah mengorder minuman masing-masing.
4 pinggan, berlainan rasa...berlainan rupa...berlainan harga!

Kemudian satu keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri bersama 4 anak lelakinya yang berusia dalam 2 - 11@12 tahun masuk ke restoran dan duduk selang 2 meja dari kami.
Kemudian...si ayah bersama anak sulongnya (agaknyalah) beratur mengorder makanan.
(Dah namanya Nasi Kandar.....kena beratur punyalah )
6 pinggan nasi putih dan 2 ketul sederhana besar ayam masak merah disusun di atas meja.
Tak lama kemudian...6 gelas air merah dihantar ke meja itu.
Maka....makanlah mereka 6 beranak bersama-sama. Lauk ayam itu dikongsi bersama.

Jujurnya...Anim kagum dengan apa yang dilihat dimata ini.
Anim memberi "isyarat mata" kepada Encik Suami untuk memalingkan muka ke meja depa..
Encik Suami tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala.
"Kita ni 4 kepala...4 rasa... Makan ikut selera masing-masing."
"Agaknya betul kata orang...bela anak ramai lagi senang dari anak sikit, bah. Anak ramai tak memilih. Anak sikit ni layan lebih"

P/S 4 kepala ni sama citarasa bila time raya saja kerana sarung baju kaler sama(atau adakah sebab dipaksa Mem Besar?)

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Satu rumah...4 kepala, 4 citarasa"

Komen anda amat dihargai