Dari Abu Hurairah berkata, Rasullullah SAW bersabda:
"Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada 6 iaitu, menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi jemputan, memberikan nasihat dan mendoakan ketika bersin"
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
------------------------------------------------------------
Anim menghadiri satu majlis perkahwinan.
Selain nasi minyak bersama 3 jenis lauk pauk, disediakan juga bubur lambuk, tapai pulut, kuih muih dan air minuman bermacam jenis kaler. Ada purple, oren, merah dan hijau. Pendekata....membuka selera. Rata-rata tetamu duduk lama dibangku masing-masing.
NASIHAT Anim....jangan lakukan budaya tapau yang Anim perhatikan dalam majlis perkahwinan ini. Bukan saja tak manis dipandang mata tetapi juga dari segi hukum. Kan tuan rumah undang kita untuk makan...bukannya untuk ditapau...
1) Membawa balik kuih muih yang disediakan untuk anak-anak yang tak dibawa bersama.
Beli lah kuih di mana-mana gerai...depa tak kisah punyalah....
Beli lah kuih di mana-mana gerai...depa tak kisah punyalah....
2) Walaupun ada air mineral botol besar untuk dimeja tetamu (memudahkan tetamu yang tidak minum minuman berais) janganlah dikosongkan dan dipenuhkan dengan air berkaler yang disediakan tuan rumah untuk dibawa pulang
Fikirlah berapa sangat harga kuih dan sebotol air berperisa di kedai dibandingkan dengan pertanyaan yang bakal kita jawab nanti...
Janganlah kita sebagai ibu bapa mengajar atau memerhatikan saja kelakuan anak-anak kita..
Teringat peristiwa tahun lalu sewaktu menghadiri open house hari raya seorang teman. Tuan rumah meminta maaf dan meminta kami dan beberapa orang tetamu "tunggu sat" kerana menanti hidangan (katering) baru yang akan tiba. "Depa (sanak saudara) kata lauk sedap dan minta sikit bawa balik...tu yang tak cukup. Kena tunggu lauk baru lah"... Bukankah itu menyusahkan tuan rumah?
P/S Boleh tapau tapi kena minta izin...minta dihalalkan....
Salam cikgu,
BalasPadamperkara macam ni dah berkali2 saya tulis dalam blog saya...
Kadang2 malu ngan perangai orang macam ni..ada yang dah tua...yang di hidang kan habis di makan, bila balik siap bawak bekas plastik ambik makanan balik...pastu selamba jer balik...tak terfikir ke perbuatan tu haram...Astagfirullah
bila kita makan benda yang haram...40 hari amalan kita tak diterima, takut sangat2..
BalasPadamuish... ade ke kak orang curik2 tapau kat kenduri kawin? dasat ne... hehehe...
BalasPadamslalunya sedara mara jer yang tapau bila dah hujung2 kalau ada lebih...
open house pun depa tapau ke? adeiii...
open house selalunya mmg masak tak banyak sangat... huhuhuhuhu
nilah yang tak sedap dipandang, huda...
Padam