Surat pemberitahuan kepada waris murid akan pengagihan bantuan persekolahan RM100 seorang diedarkan sebelum balik sekolah.
Terkumat-kamit anak-anak Tahun 1 ni membaca..dan sudah semestinya bukan baca dalam hati!
"Wah, RM100..banyaknya. Duit ni untuk kami ke untuk ayah kami,Madam?"
"Duit tu untuk duit buku, duit baju sekolah awak tahun depan. Tapi budak kecik, tak boleh pegang duit banyak-banyak. Kena beri ayah pegang dulu..."
(Alamak,macam dialog Hj. Bakhil lah pulak...)
Kesian pulak kat GB yang kena bawa keluar wang tunai dari bank. Sekolah kecil cam SKS ni, bilangan Murid Tahun 1-5 takle sampai 400 orang. Fuh....bayangkanlah sekolah yang mencecah bilangan 1800-2000 orang murid. Terpaksalah minta bantuan pihak polis untuk escort. Takkanlah kami ni, cikgu-cikgu kecil tukang escort..penjenayah tak kenal belas...walaupun mungkin wang bantuan persekolahan itu turut diterima anak, adik, anak saudara, anak jiran mereka sendiri.
Diharapkan juga wang bantuan RM100 yang diterima itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa menyiapkan persekolahan 2012 anak-anak mereka.
Janganlah nanti bila naik sekolah, masih ada anak-anak yang tidak mempunyai peralatan menulis yang mencukupi.
Duit bantuan???? Sudah lari ke Giant@buat down payment motor baru (5 anak sekolah..).
Bukan menuduh tanpa usul periksa...berdasarkan pengalaman-pengalaman di sekolah-sekolah sebelum ini.
Diberi bantuan basikal, tak sampai setahun...anak berjalan kaki ke sekolah.
Bila ditanya, "Dah kena jual"....(si ayah kaki botol)
Ada yang menerima wang bantuan KWAMP, hingga ke akhir tahun yuran persekolahn masih tak dijelaskan.
---------------------------------------------------------------
Anim teringat akan 2 murid dari keluarga susah dan ingin diberi bantuan beberapa tahun dahulu...
Murid 1 ~ anak pemandu teksi. Dia layak menerima bantuan kerana pendapatan bulanan si ayah tak sampai RM500 ditambah dengan bilangan isi rumah yang ramai. Tahun pertama, dia menerima RMT , bantuan KWAMP dan basikal (zakat).
Tahun ke2, dia memulangkan borang bantuan yang diterimanya. Alasannya bila ditanya,
"Ayah berniaga pasar malam lepas bawak teksi. Ayah kata tahun ini duit ada lebih sikit. Ayah tak nak saya terima bantuan"
Murid 2~ anak yatim yang tinggal bersama ibunya yang hidup bersendirian. Ibunya mengambil upah menjahit pakaian. Pendapatan ibunya RM450 sebulan dan faktor anak yatim membuatkan dia diberi borang bantuan untuk diisi. Keesokan hari, si ibu datang memberitahu,
"Anak saya sorang saja cikgu. Upah saya jahit baju cukup untuk saya 2 beranak. Pakcik dia pun ada duduk dekat2. Tak apa cikgu, bukan saya saja-saja tak nak bantuan...tapi mesti ada orang yang lebih susah dari saya. "
P/S Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.
fuhyooo...meriah la budak2x sekolah hari ni yee...
BalasPadammemang selalu camtu la anim..
BalasPadamsemoga kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita terima..
anim xde button like ke..? sy teringin nak like entry ni...
Salam Anim ,
BalasPadambagus la kan .dapat bantuan ni,sekurang kurangnya dapatlah la membantu meringankan sikit masaalah ibu bapa yang susah ni..
kazman~meriah, hari ni kita jadi kerani bank pulak..hihi
BalasPadamrozita~manusia ni bermacam ragam, penuh warna warni. saya ni "buta" blog sebenarnya..tak reti nak buat. saya try ya..
BalasPadamk.ros~bebudak skrg beruntung. mau tak mau saja belajaq..banyak yg FREE...
BalasPadamseronok pelajar-pelajar skg, dah la sekolah free, dpt duit lg...
BalasPadamshaiful@bdk sek rendah tak tau apa, waris mai ambil. yg sek menengah ni, tambah yg berada sikit,mak ayah kata..ikut hanglah..itu duit hang.. sekelip mata abih lah...
BalasPadamsungguh murni hati kedua org tua murid itu. lega sy mendengar/mengetahui yg masih ader org jujur n mulia di zaman sekarang...alhamdulillahh!!
BalasPadamakuzle ayu@insya-Allah, masih ada..
BalasPadamtersembunyi...mungkin 1/10, 1/100. 1/1000?...