Home · About Me · Sitemap ·

50 soalan paderi dan 50 jawapan Abu Yazid Al Bustami

Abu Yazid Al Bustami yang berguru dengan Imam Hanbali telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang menyuruhnya pergi ke gereja Sama'an. Dia memutuskan untuk pergi setelah mimpinya berulang sebanyak 3 kali.
Bila ketua paderi menyedari kehadiran seorang umat Nabi Muhammad SAW di dalam gereja, keadaan menjadi gempar, kehadiran Abu Yazid dikesan dan ada yang mencadangkan Abu Yazid dibunuh.

"Aku akan bertanya 50 soalan terus-menerus kemudian kamu mesti menjawabnya satu per satu dengan tepat. Jika kamu tidak dapat menjawabnya ataupun salah memberi jawapan maka kamu akan dihukum bunuh," 
kata ketua paderi itu lalu mengemukakan 50 soalan tersebut.

~Psss.... Anim hanya mampu ambil 3 soalan sahaja~

Soalan ke 22
Ketua Paderi : Kubur yang berjalan dengan penghuninya?
Abu Yazid Al Bustami : Ikan besar yang menelan Nabi Yunus. Ikan itu membawa Nabi Yunus sebelum dimuntahkan di pantai dengan izin Allah.

Soalan ke 24
Ketua Paderi : Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi?
Abu Yazid Al Bustami : Air yang dikirim oleh Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman di dalam botol iaitu air peluh kuda.

Soalan 38
Ketua Paderi : 4 jenis air yang lain rupa dan rasa tetapi sumbernya satu?
Abu Yazid Al Bustami : Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

50 soalan telah dapat dijawab oleh Abu Yazid Al Bustami dengan tepat.
Subhanallah...akhirnya bila Abu Yazid Al Bustami mengambil giliran bertanya kepada ketua paderi apakah kunci syurga dan neraka.....
Ketua paderi itu akhirnya mengaku kunci syurga dan neraka tidak lain tidak bukan ialah ucapan Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..

P/S Bacaan lanjut kena cari buku ini

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "50 soalan paderi dan 50 jawapan Abu Yazid Al Bustami"

  1. kalau kami nak jawab... jangan kata 50 soalan.. 1 soalan pun dah ternganga dahhh...

    BalasPadam
  2. kazman@jawapan Abu Yazid itu diajar oleh lelaki dalam mimpinya

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai