Home · About Me · Sitemap ·

Mee Bandung Muar yang asli

Dah kata Mee Bandung Muar...kenalah p Muar (Muo kata orang Johor). Kat BP bukan tak ada tapi tak jumpa yang kick macam gambo kat atas nu. Rasa udang kering tak kuat sangat, kacang tumbuk pun yang sedang-sedang saja banyaknya. Kali ni menyinggah sebelum bertolak ke SP...adalah udang seekor, sedikit hirisan daging dan sebiji telur. Bersesuaianlah dengan RM3.50 sepinggan 

Restoran favourite kami ialah di Jalan Tanjung Agas, Muar. Berdekatan dengan Shell dan Petronas di Tanjung Agas sebelum menyeberang Jambatan Sultan Ismail.

Sederet restoran ni ada Restoran Murtabak Singapore..tapi tak pernah menyinggah.Penangan Mee Bandung lagi kuat nampaknya. 

Sejak berpindah ke Utara...terperasanlah banyak perubahan. Lebih ramai pekerja dan tenaga orang muda. Dulu si ayah dan ibu ada bersama....tapi 2,3 kali menyinggah...orang muda yang mengambil alih. Pinggan porceline putih berbunga zaman dulu-dulu pun dah berubah ke pinggan plastik. Tak kisahlah...janji rasa tetap maintain

P/S Resepi Mee Bandung Muar yang asli tak letak sos tomato..tak letak sos tiram. Kemanisannya dari rebusan daging, rebusan udang bersama ubi kentang atau ubi keledek

Artikel berkaitan:

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat


Cuti Krismas baru ni, ada tahlil + bacaan yassin perempuan di rumah MIL di Kota Tinggi. MIL melahirkan kesyukuran kerana cucu sulung yang tenat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan meningtis sembuh sepenuhnya.Si Abdul pula selamat menjalani pembedahan tonsilnya, Encik Suami tiada masalah kesihatan serius semasa terlantar di hospital tempohari dan cucu paling kecilnya pula akan menyambut ulangtahun ke3 pada 29hb ini. Pendekata..majlis 4 in 1.

Dah namanya orang Jawa Johor yang penuh adat....jenuh juga memasak dari pagi. Persiapan bermula sehari sebelumnya dengan menggoreng 20 ekor ayam. Mak...macam kenduri kahwin!!! Nak kata apa...memang dah begitu gayanya. Sama sajalah dengan gaya dan adat mak Anim juga. Kita ni dah berpindah-randah, dah duduk merata tempat bercampur gaul dengan budaya dan adat orang di tempat lain...kadang-kadang rasa "berlebih-lebihan". Ikutkan ajalah.....bukan selalu dapat pulang ke kampung.

Hidangan nasi ambeng , semua mesti lengkap. Dari ayam masak kicap, bihun goreng(mee pun boleh), serunding, ikan masin (namanya ikan ayam), sambal goreng dan urap (keluban kata orang Jawa). Gulai nangka pun ada(untuk makan-makan jiran-jiran yang datang menolong rewang saja)...lepas tu dibungkus bawa balik untuk family mereka di rumah.

Makanan atas dulang yang dah dibahagi 4 ini tidak dimakan. Diberikan plastik untuk dibawa balik ke rumah.(Dulu dibekalkan daun pisang. La ni, kadang2 masuk polisterine juga). Hadirin yang hadir hanya menjamah kuih muih yang disediakan sahaja

P/S  Bapak kata...biar lebih, jangan kurang.....

Artikel berkaitan:

Gerai Belangkas Mahkota@Kota Tinggi

Walaupun Encik Suami orang Kota Tinggi, nilah 1st time dia tahu kewujudan gerai ini. Tupun Anim ajak dia mencuba sebelum balik ke rumah mertua di Air Tawar 1. 

Alahai..wrong informationlah pulak dari Mislia. Patutlah dekat sejam pusing tak dapat cari....last2 singgah di stesen minyak dan bertanya. Bukannya berdekatan Econsave...tapi berdekatan Kipmart. Berhadapan dengan Esso dan stor JPS Kota Tinggi.

Rezeki orang jauh. Actually pekerja dah mengemas gerai ( 2 petang). 

"Tinggal belangkas dan ikan mayong sikit je bang. Abang ber4 aja kan. Ikan lain, siput dan lain-lain habis".

Memang niat nak makan belangkas....keluarkanlah apa yang ada. Dibuka setiap hari kecuali Ahad. Dibuka 11 pagi dan waktu kemuncak 12 tengahari. Syoknya jadi tukang masakkan? Makanan habis cepat. Boleh rehat cepat..huhu

Mula-mula, Anim dan si Abdul kecil je yang berani menyentuh belangkas yang dihidangkan (kami ber2 memang tak tolak rezeki). Si Abdul sulung dan Encik Suami hanya menggeleng kepala. Yang berbiji-biji tu telurnya.Bila dah rasa...depa pulak lebih-lebih. Encik Suami kata isi belangkas lagi sedap, lagi lemak dari ketam. Haaa...tau tak pe!!

Siput gonggong yang dimaksudkan oleh pekerja gerai....tak de rezeki nak rasa.

Hanya belangkas betina sahaja yang ditangkap dan dimasak. Belangkas ni dijual ikut ekor..bukan ditimbang macam ketam! Kalau musim takde belangkas, harga boleh mencecah hingga RM10 seekor..

Berkat kebaikan pekerja gerai...kami dipelawa melihat cara menyiang dan membuang racun di bahagian tengkuk belangkas di dapur .

"Kalau tak pandai siang...boleh mabuk pelanggan nanti"

Semua bahagian belangkas diambil...hanya bahagian berduri sahaja dibuang. Persis ketam cuma...ketam tu lawa le sikit...takle "ngeri" dipandang. Tapi...bila dah siap masak...boleh kalah  ketam dibuatnya

P/S 'Macam belangkas' dalam peribahasa Melayu bermaksud lelaki dan perempuan yang berjalan berdua-duaan ke mana-mana sahaja. Belangkas yang ditemui di laut cetek berjalan dalam keadaan berdua-dua iaitu betina di hadapan dan jantannya di belakang. Agak-agak apa jadi kalau belangkas betina ditangkap tanpa kawalan?

Artikel berkaitan:

Once upon a time@BP

Breakfast ~ Nasi lemak sup tauhu (takua) di Warung Ahmad, Bukit Pasir. 

Dek kerana sup tauhu ni kegemaran kaum Cina, jangan terkejut tengok ramai pelanggan Cina bersarapan di sini. Warung semakin besar dan semakin kemas.Special kan, nasi lemak makan bersama sup tauhu?

Lunch~ Kepala Merah Asam Pedas di Restoran Ali berdekatan sungai

Bukan selalu makan kepala ikan...sekali sekala. Menu biasa yang diorder selain kepala ialah ekor ikan merah (favourite Mem Besar) dan asam pedas pari pilihan 2 Abdul.
 
Dinner ~ Ketupat bersama lauk pauk di Pasar Malam Jln Lau Piak

Ahad petang saja jumpa. Jangan ingat ketupat dan lauk pauk persis raya di Johor time raya je leh makan. Kat pasar malam pun ada.Ketupat nasi + kari ayam + sambal goreng + gulai nangka

P/S Setiap kali balik Johor, bukan setakat sedia duit tol, duit minyak, duit "jajan" kat orang tua tapi kena sediakan sekali duit jalan-jalan cari makan..huhu


Artikel berkaitan:

Pisang Tanduk Goreng@Jln.Rahmat

Lain padang lain belalang. Masa tinggal di Selangor dahulu...pisang  yang banyak digoreng di tepi jalan ialah pisang awak. Di Kedah pula...pisang abu yang diminati. Tapi di Johor, selain dari pisang awak...pisang tanduklah yang paling Anim minat. Kat Kedah...tak jumpa pisang tanduk nih...

Persinggahan wajib Anim kalau pulang ke BP ialah gerai pisang goreng di Jalan Rahmat. Sama saja rasa pisang tanduk gorengnya dari dulu hingga sekarang. Tak terlalu lembik (tak berminyak) dan tak terlalu keras (tak ada rasa). Pisang digoreng panas2 tu...Anim sorang pun boleh habis sepinggan ni tambah2 bila dicicah dengan sambal kicap.

Bawak 2 Abdul dan anak2 saudara singgah sini selesai mandi manda di Wet World. Masing2 muka kuyu dan gelap....baru terasa letih badan bila keluar dari kolam, Haaaa...nak makan pun dah tak lalu...nak lena saja. 

Pisang tanduk RM3.50 sekilo yang dibeli di Muar untuk diangkut ke SP. Dek kerana "kebesaran" dan memikirkan lebih 400km perjalanan mengangkutnya, alamat sehari sebatang sajalah yang digoreng!!!!

P/S Istimewanya pisang tanduk....jantungnya turut menjadi buah!!

Artikel berkaitan:

Wet World@Batu Pahat

Peluang nak jumpa semua adik-beradik dan sanak saudara....selain hari raya (kadang2 terlepas juga) dan kenduri perkahwinan...ialah bila berlakunya kematian dikalangan saudara terdekat.  Masa nilah semua berkumpul. 

Berkesempatan membawa 2 Abdul dan anak-anak saudara ke satu-satunya taman tema yang terdapat di Johor selesai majlis kenduri arwah 3 hari ialah di Wet World Batu Pahat di Bukit Pasir. Tak jauh pun...dalam 8 minit drive dari rumah Anim di Tongkang Pechah.

6 tahun menetap di Batu Pahat, tak pernah sekali pun kami ke sini. 
Ibarat kuman diseberang laut kami nampak, gajah didepan mata tak nampak....bila dah duduk Utara, barulah rasa teringin nak menjengok. 

RM12 untuk kanak-kanak dan RM15 untuk dewasa.....bersesuaian dengan kemudahan dan permainan yang disediakan dibandingkan dengan taman tema terkenal yang lain.

Semua nak dicuba. Dulu..masa anak2 kecil tak sempat nak bermain..kena awasi 24j. La ni, anak2 dah tak perlu dipimpin..mak pulak tumpang sekaki. 

Jom balik jom....petang dah. Nenek dah telefon ni. Banyak kerja di rumah. Depa dah sedia tugas untuk Mak Ngah ni....

P/S Payahnya mengajak budak2 naik untuk makan dan pulang...tak puas-puas. Udahle...Mak Ngah dah terbakar kulit nih...
 

Artikel berkaitan:

Alfatihah buat Atuk

Terasa benar payahnya tinggal berjauhan dengan keluarga bila berlaku saat-saat cemas dan kematian di kalangan ahli keluarga terdekat. Hanya dapat menatap pusara Atuk  kerana tidak sempat tiba sebelum urusan pengkebumian. Namun..hati tidak terkilan kerana 2 minggu sebelum itu, Anim sempat pulang ke kampung dan berkesempatan bergurau dengannya.
Bonda beritahu kami semua, Atuk pernah menangis dan menyuarakan kesedihannya kerana dirinya yang sudah tua dan meminta maaf kerana menyusahkan anaknya (Bonda). Hiba hati kami mendengar jawapan Bonda : 

"Kenapa bapak nak minta maaf. Bapak tak pernah salah pada anak-anak. Anak-anak yang banyak salah pada bapak.Dulu bapak jaga aku..sekarang aku jaga bapak".  


Note :penggunaan "aku" kepada ibu bapa dalam bahasa Jawa tidak dianggap kurang ajar. 

Malam sebelumnya abah memberitahu Bonda , dia bermimpikan arwah nenek yang telah meninggal dunia 18 tahun yang lalu. Arwah Atuk juga menyebut nama rakan-rakannya yang telah meninggal dunia. Dan pagi setelah Bonda menyuapkan sarapan pagi jam 9 pagi, Atuk mengangkat kedua-dua tangannya ke atas seperti ingin mencapai sesuatu. Selepas makan, seperti biasa Atuk akan tidur semula. Dan siapa sangka Allah menjemputnya di dalam tidur tak lama selepas itu..Atuk tak bangun-bangun lagi.

Jenazah Atuk dapat disempurnakan dengan segera . Meninggal dunia jam 1 tengahari...selepas Asar jam 5 petang selesai disemadikan. Dan Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.. walaupun arwah Atuk tidak dibawa balik ke rumah kediamannya dan dikebumikan di kawasan tempat tinggal anaknya (Bonda) arwah disemadikan di kawasan tinggi(bukit) dan kuburnya berada paling hadapan, berdekatan dengan pintu pagar. Syukur, itulah rezeki dan bahagian yang Atuk dapat kerana sepanjang hayatnya dahulu sebelum Atuk menghidap Alzheimer...arwah selalu berada di saf paling hadapan...dia seorang Imam.


P/S Bagaimana pulak giliran kita nanti....Ya Allah...matikanlah aku dalam keadaan bertauhid..

Artikel berkaitan:

Datang dan Pergi Silih Berganti

Bawa 2 Abdul jumpa baby Waffiy di rumah Ju, teman setugas di Taman Kelisa, Tahniah Ju, dapat boy setelah 4 girls. Kongsi bulan kelahiran ngan Cik Anim. Dah ikat Ju ya...so 5 je lah anak. Tak apa...demi kesihatan..itu nasihat doktor (Ju ada darah tinggi). 2 Abdul geram tengok baby..kerap minta dari Ummi dia yang dah pencen niTiba tengahari...ternampak suami Ju di dapur sediakan lunch. Tekun nampaknya tadi memotong brokoli. Beruntung bersuamikan tentera...cuti jaga isteri bersalin dekat sebulan!!!

Muhammad Ammar Wafiy yang dilahirkan secara pembedahan kini berusia 15 hari. Lahir 2 minggu awal...tambah cerdik. Wah...mentang-mentanglah ayah jaga dia waktu malam (Ju kena cukup tidur)..so temankan ayah tengok bola tau. Sekejap sangat dapat belai Wafiy sebab...

Menerima khabar pemergian atuk menemui pencipta-Nya dari adik bongsu Anim  jam 1 tengahari tadi di rumah Ju. "Atuk meninggal dalam tidur."Innalillahiwainnailahirojiun.." Dari Allah dia datang...kepada Allah dia kembali. Semoga roh atuk dicucuri rahmat. dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.  

Bergegas balik ke rumah selepas Encik Suami yang bertugas di Changlun hari ni minta Anim berkemas. "Kita bertolak petang nanti"

P/S Dengan pemergian atuk ke alam barzakh hari ini.....Anim dah tak ada atuk dan nenek lagi baik sebelah abah mahu pun emak.

Artikel berkaitan:

The Boss And 1




When I take a long time -
I am slow
When my boss takes a long time -
He is thorough
When I don't do it -
I am lazy
When my boss doesn't do it -
He is too busy
When I do something without told-
I am trying to be smart
When my boss does the same-
That is initiative
When I please my boss-
That's apple-polishing
When my boss pleases his boss -
He's co-operating
When I do good -
My boss never remembers
When I do wrong -
He never forgets


~ Buat seorang teman yang hampir kehilangan nyawa kerana bekerja sepenuh hati dan bekerja bermati-matian ~
P/S Kena ingat keluarga yang bakal "ditinggalkan"

Artikel berkaitan:

Apa Ada Pada Pangkat

Sarapan pagi kami dengan roti canai bercicahkan sambal sardin agak terganggu pagi tadi bila hp Encik Suami  berbunyi. Tak pasal-padal, pagi-pagi kami mendengar "tazkirah" hampir 20 minit di warung tepi jalan di SP . Agaknya, pelanggan bersebelahan meja kami pun pasang telinga.."Ustaz" ni selalu berceramah kat mana agaknya???

Hujung tahun ..banyaklah rombakan jawatan. Kebetulan ada kekosongan jawatan tertinggi..maka banyaklah nama yang tercalon.  Si Mamat ni, salah seorang kawan yang turut tercalon nama . Keputusan diketahui.

Alkisah nama yang naik semuanya yang tidak disangka-sangka. Pendekata, ramai calon muda terpilih mengatasi si senior menyebabkan ketidakpuasan pihak tertentu. Oooh....luahan perasaanlah ni. Dah gelabah agaknya, hingga dia ingat Encik Suami bekerja hari Sabtu. Telefon Encik Suami di ofis tak dapat-dapat katanya.

"Aku dengar cerita ni dari ustaz Razi tempat aku mengaji. Ni cerita di zaman Rasulullah (SAW). Pada suatu hari, Rasulullah (SAW) membahagi-bahagikan buah kurma kepada para sahabat-sahabatnya. Namun jumlahnya tidak sama antara satu sama lain. Ada yang dapat sedikit, ada yang dapat banyak. Malah dalam banyak2 penerima kurma tersebut, Saidina Ali yang paling sedikit. Dia cuma dapat 3 biji kurma sahaja . Timbullah kehairan dalam hati Saidina Ali dan sahabat-sahabat..."Aku adalah menantu Rasulullah...tapi aku dapat paling sedikit walhal anak-anak aku ramai"

Ketidakpuasan hati tersebut sampai kepengetahuan Rasulullah SAW. Maka dipanggillah semua penerima-penerima kurma itu datang berkumpul di waktu tengahari yang terik. Nabi Muhammad SAW berpesan supaya dibawa sekali kurma-kurma pemberiannya.

Kemudian Rasulullah SAW meminta semua penerima kurma tersebut mengira bilangan kurma yang diterima dari Rasulullah di atas batu yang panas di padang pasir.

Maka seorang demi seorang mengambil giliran...dek kerana batu itu panas maka mereka yang menerima bilangan kurma yang banyak tidak dapat menghabiskan kiraan mereka.

Perkara ini diperhatikan oleh Saidina Ali. Fahamlah dia kini mengapa Rasulullah SAW memberikan sedikit kurma kepadanya berbanding yang lain. Olehkerana dia hanya menerima 3 biji kurma saja, dengan begitu senang dia dapat mengira bilangan kurma yang diterima dengan mudah.

Kalau kita dapat naik pangkat...bererti makin banyak tanggungjawab kita, makin banyak soalan di akhirat tentang tugas kita berbanding dengan oranglain yang berada di bawah.. Tak terjawab kita nanti. Semakin banyak nikmat yang diterima, semakin banyak soalan yang akan ditanya. Kalau dapat naik pangkat, jangan terlalu gembira...kalau tak dapat, jangan bersedih. Bersyukurlah ke atas apa yang Allah kurniakan kepada kita."

P/S Bukan kawan abah je dapat motivasi pagi Sabtu ni...Ummi pun.... (pelanggan berdekatan meja jugak kot!)

Artikel berkaitan:

Pengalaman Misteri 3

Cerita 3


Jam 6 pagi hari ke2...kami serentak terjaga bila nurse melakukan prosedur biasa. Selesai bersolat Subuh, Encik Suami mengambil buku "Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman" oleh Muhd Kamil Ibrahim yang Anim bawa dari rumah dan duduk membaca di sofa bersebelahan. Dalam jam 8.30 pagi, dia mandi dan bersarapan pagi, lengkap berT-Shirt dan berseluar jeans.

Curiga juga melihat kelakuannya. Macam dah confirm dapat discaj aja pagi ni. Bila diajukan kerisauan Anim kerana Anim ada paper (exam OUM) lagi hari ini, Encik Suami mengatakan dia tak sanggup menghidu bau ubat lagi. Kalau tak duduk rumah, duduk hotel pun tak pe. Heran..heran...

10 pagi, doktor mai check dan alhamdulillah doktor izinkan keluar wad. Encik Suami meminta Anim berkemas dan dia turun ke tingkat bawah untuk settle bil. Kemudian kami sama-sama singgah di kafe hospital untuk menemankan Anim minum pagi. 

Anim lihat Encik Suami mengurut-ngurut lehernya. Sudah...peninglah tu. Kenapalah tadi tak beritahu doktor. Dia menjawab, dia tak boleh tidur lena malam tadi. Nak kejutkan Anim, tak sampai hati. Haaah, apa berlaku?

Menurut Encik Suami, dia tak lena kerana ada "benda" yang mengusiknya. Dia terbangun dari tidur kerana terasa tangan kanannya di angkat ke atas. Dia lihat sekeliling...tiada oranglain selain Anim yang tidur di kerusi panjang bersebelahan. Jam di dinding menunjukkan 1 pagi. Ish...takkan nurse datang check. Dia terus sambung tidur. 

Tak lama kemudian, Encik Suami terjaga lagi bila terasa ada benda yang menggoncang badannya dengan kuat (hingga terkujat-kujat). Dia memberanikan diri duduk dan perhatikan sekeliling tapi tak ada apa-apa. Cahaya samar kerana hanya lampu di depan bilik air sahaja yang dibuka.

Sambung tidur lagi. Baru sekejap terlena...badannya digoncang lagi. Kali ni jam tunjuk pukul 2. Ish...Anim masih lena..tak bergerak seinci. Dia tak peduli...sambung tidur lagi


Kemudian, dalam pukul 3 pagi...dia terjaga kerana terdengar bunyi sesuatu di tingkap wad (balcony) . Kali ni kena bangkit dari katil. Dia menjenguk keluar tingkap, mencari punca bunyi. Tapi tak ada apa-apa di situ. Encik Suami tidur semula jam 4 pagi dan tiada gangguan sehinggalah nurse datang check tekanan darah jam 6 pagi
 
Hmmmm...patutlah tak sabar-sabar nak discaj!!!

P/S Kalau Anim berada di tempat Encik Suami...mau terkencing dibuatnya.

Artikel berkaitan:

Pengalaman Misteri 2

Cerita 2


Kalau Anim kata anak ke 2 Anim ini lahir seberat 2.5kg , ramai yang susah nak percaya. Siapa sangka, dia yang sering sakit semasa kecil boleh membesar sebegini rupa. 

Istimewanya si Abdul kecil...tak kenal erti takut akan kegelapan mahupun bersendirian. Kalau ada cerita hantu@seram di TV...budak2 lain pasti akan menjerit ketakutan...tapi dia buat selamba saja. Kalau si abang tutup muka dengan bantal...dia boleh explain jalan cerita kat abangnya. 

Sejak berusia 3@4 tahun, dia tak pernah mengejutkan kami untuk bangun minum air atau pergi ke tandas. Macamana Anim boleh perasan? Seluar yang dipakainya waktu malam...sudah berubah di waktu pagi. Jawapannya : "Tukar sebab basah"

Tahun 2008,  ketika si Abdul kecil berusia 6 tahun, Anim berkesempatan menziarahi seorang sahabat yang baru sahaja melahirkan cahayamata di Johor (pergi dengan anak2 sahaja). Kebetulan suami sahabat Anim (Ustaz N) berada di rumah. Memang payah nak jumpa Ustaz N kerana dia sentiasa sibuk ke sana sini (dia berkebolehan mengubat orang.) Hari itu, keretanya rosak...dia menanti mekanik datang ke rumah. 

Anim minta Ustaz N tolong tengok-tengokkan si Abdul kecil kerana dia suka bercakap sorang-sorang masa tidur malam. Adakala dia akan kira 1 hingga 10.
(2 Abdul tidur berdua sebilik)

Ustaz N pun menyuruh si Abdul kecil duduk menghadapnya dan dalam 5 minit, Ustaz N memberitahu di Abdul kecil ada kawan. Malah, kawan-kawannya ada bersama dengannya waktu itu.

Alamak Ustaz..lain macam bunyinya. Meremang bulu roma.(Tanpa pengetahuan si Abdul  kecil, Ustaz N tunjuk 3 jari kat Anim)
Bila ditanya Ustaz N..si Abdul kecil tunjukkan 3 jarinya!!
Waaa...ada 3 kawan yang mengikutlah..

Ustaz N tersenyum memandang Anim sambil mengangguk-angguk.
Bila ditanya bagaimana rupa kawan-kawan yang mengikutnya,
"Badannya hijau. Telinga dia tajam. Tak pakai baju. Tak ada b****t, tak ada k**e"

Aduh, seram sejuk Anim dibuatnya mendengar dia bercerita dengan Ustaz N

Dengan kemahiran Ustaz N bersoaljawab dengan si Abdul kecil:
1) 3 makhluk kecil itu mahu berkawan dengannya.
2) Suka duduk di perutnya dan ajak bersembang
3) Akan mengira 1 hingga 10 dengan jari...macam kira duit...alamak, toyol ke?
4) Ada di bilik belakang di rumah kami di B.Pahat (bilik tidur mereka ber2) 
5) Turut mengikut kami berpindah ke Selangor
6) Selalu mengikutnya ke bilik air...patutlah seluarnya basah setiap malam
 -------------------------------------------------------
"Deorang cuma nak berkawan dengan anak kak. Tapi kita tak boleh bagi mereka rapat. Akak bawakan saya bla...bla...bla....Nanti saya pisahkan mereka dari sini"

Balik rumah...ternganga Encik Suami dibuatnya. Mana tak terkejut...tanda-tanda pelik dah ada tapi kami tak ambil pusing. Nak kata rumah...sebelum masuk rumah, kami buat kenduri doa selamat. Alhamdulillah dengan izin Allah, Ustaz N dapat memisahkan si Abdul kecil dengan rakan-rakannya itu. Sehingga sekarang, si Abdul kecil kata dia tak pernah jumpa ketiga-tiga "kawannya" itu lagi.

   Inilah rupa "kawan-kawan" yang disketch...
 
P/S Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh manusia disebabkan unsur asal kejadiannya berlainan daripada unsur kejadian manusia.  Andainya Allah SWT memperlihatkan jasad jin dan syaitan dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza, umumnya kekuatan manusia akan lemah . Kes si Abdul kecil? Wallahu'lam.
 

Artikel berkaitan:

Pengalaman Misteri 1


Dalam Surah al-A'raf ayat 27, Allah berfirman,

"..Bahawa mereka itu (makhluk halus) boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka....."

Dek kerana Encik Suami telah melalui pengalaman "diusik" di wad hospital tempohari...hari ni Anim nak cerita mengenai pengalaman misteri yang pernah Anim alami. Bagi Anim dan keluarga yang mengalami sendiri pengalaman diganggu dan "melihat" sendiri mahluk halus yang menyerupai rupa-rupa yang Allah izinkan, sudah tentu pengalaman-pengalaman ini akan menjadi ingatan kami sepanjang hayat.

Cerita 1

Sekitar tahun 1997-1998, waktu itu Encik Suami bertugas di bawah JTR di sebuah pusat latihan di Shah Alam. Dalam beberapa minggu, dia perlu mengadakan kelas Autocad di waktu malam. Dek kerana waktu itu kereta cuma ada sebuah, maka menjadi tugas Anim menghantar dan mengambilnya pulang. (Zaman ber2, lepas habis kelas..boleh p minum-minum, pekena roti sadin di Seksyen 15)

Kereta Proton Saga inilah yang kena goncang 15 tahun lalu

Biasanya, kelas Encik Suami selesai dalam jam 10 malam. Camnapun, satu malam, Anim tiba setengah jam awal. Cepat tiba kerana alan lengang tak seperti biasa. (Klang-Shah Alam). Lalu di  depan bangunan dia mengajar...nampak kelibatnya memberi syarahan. 

Mana nak p pusing? Park ajala kat car park tak jauh dari bengkel berhadapan bangunan Encik Suami berada ni. Dia boleh nampak Anim dah sampai...Ada masa 30 minit lagi...boleh lena ni. 

 Anim pun turunkan kerusi kereta dan melabuhkan badan. 10 minit terlena, tiba-tiba Anim terasa boot kereta digoncang.

Anim buat dek saja. Mati-mati ingat Encik Suami yang mengusik dan sambung tidur. Baru lena 3 minit, digoncang lagi. Kali ni kuat sikit.

"Ish abang ni....tak de kerja lain ke?".

Anim bangun dan tegakkan kerusi..Anim toleh belakang dan memanjangkan leher. Kot-kot Encik Suami menyorok di belakang kereta. Dari sinaran lampu jalan, tak nampak kelibat siapa pun. Anim menjengok ke arah bangunan Encik Suami mengajar. Dia masih di sana!!! Berdiri di depan studentnya. Siapa yang menggoncang kereta Anim tadi???

Tak berfikir panjang...Anim start enjin kereta dan berpusing2 pusat latihan tu 5,6 kali.. Seram sejuk dibuatnya.

Rupa-rupanya gelagat Anim itu diperhatikan Encik Suami dari kelasnya. Bila kelasnya berakhir, Anim tak tunggu panjang bercerita. 

Nak tau apa jawapannya, "Dah kena dah...dah kena. Abang dah agak mesti Anim kena kacau bila tengok kereta Anim dah tak ada kat depan bengkel."

Rupa-rupanya dia maklum dengan kejadian "kacau mengacau" di bengkel itu. Lampu terpasang sendiri lah..tertutup sendirilah. Laaa..dia saja tak beritahu Anim tentang hal tersebut . Biar Anim tau sendiri...Laaa..itu macam kaa? Sib baik tak de sakit jantung!!

Sejak hari tu, Anim akan ambil Encik Suami dari kelas malamnya on time.

P/S Kita digalakkan membaca "A'uuzubillaahiminassyaitoonirrojiim" yang bermaksud "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'.

Artikel berkaitan:

Sup Ayam Kampung


Dah beberapa hari makan dengan bermenu kan makanan hospital dan kafe hospital...hari ni Mr.Hubby menyebut nak makan sup ayam kampung. Pagi2 Anim dah keluar ke pasar...mencari ayam kampung betina. Sup ayam Anim simple le sangat. Best guna ayam kampung ni sebab tak de lemak..so kurang berminyak. Yang nak Anim share hari ini ialah Anim gunakan satu bahan yang Anim lihat sewaktu gotong royong buat korban tempohari. Tukang masak letak bahan ini dalam sup gear box nya.

Percubaan pertama masak sup ayam guna bahan ini.

1 ekor ayam kampung, potong kecil2.
(bersihkan dan rebus bersama sedikit halia potong dan rempah sup bunjut Adabi sehingga empuk)
---------------------------------------
6-7 ulas bawang merah ~ hiris
3-4 ulas bawang putih ~ hiris
seinci halia ~ hiris
b.pelaga, bunga lawang, kayu manis
sedikit lada hitam ditumbuk
Tumiskan semua bahan di atas dengan sedikit minyak. Kemudian angkat dengan sudip berlubang.
Masukkan dalam rebusan ayam tadi. (ayam dah empuk)
Tambahkan 2 sudu besar serbuk Hilal dan sedikit garam
Taburkan d.bawang dan bawang goreng yang dibuat sendiri...memang best!


P/S Seronok bila orang sakit makan berselera...

Artikel berkaitan:

Happy 9th Birthday, Syawal


Impian Syawal nak menyambut birthdaynya dengan dikelilingi rakan-rakan termakbul di ulang tahunnnya yang ke9. Pada mulanya dia merayu kat Anim, nak panggil rakan-rakan sekolahnya (alamak..cuti sekolah la Syawal, payah depa nak mai. Kawan-kawan nu duk jauh di Tikam Batu). Anak-anak jiran sebelah je ada. So, kami plan nak cari orang masakkan angsa, buat pulut kuning, beli kek dan petang selepas anak-anak jiran pulang (mak ayah depa kerja...petang le baru balik rumah pengasuh)..barulah upacara memotong kek dijalankan.
---------------------------------------------------
Namun...kita hanya mampu merancang..Lain pulak ceritanya bila Anim call Cik Pah untuk carikan orang memasak daging angsa. Pertama, Cik Pah offer nak tolong masakkan. Anim datang tolong je dia kat dapur rumahnya. Kedua,  majlis harijadi Syawal tu buat kat rumah dia.
Ketiga, kawan-kawan yang meraikan dia bukan anak2 jiran sebelah dah. Selain 3 anak gadis Cik Pah, anak-anak pakcik Megat ( Mira, Yana, Aiman dan Aisyad) pun ada. Lokman Irfan, anak pakcik Safarul saja tak ada. Dah ibunya bertugas di Arau, Perlis. Jumaat kan kerja di sana. Aktiviti di Holiday Villa Subang 2 hari lepas bersambung di sini...mana tak best!
-------------------------------------

Hidangan oleh ketua chef, Cik Pah. Anim...tolong tengok dan pegang sudip aja..
Sedang-sedang elok siap bila para bapa balik dari sembahyang Jumaat...

Wah...seronok makan ramai-ramai ni kan?

Kek blueberry cheese Ben 10 pemberian Cik Pah dan 2 kek chocolate sponge pemberian Pakcik Megat sekeluarga. Terima kasih kepada semua. Murah rezeki Syawal hari ini.
Selamat Hari Jadi ke 9, Syawal


P/S Cuti Krismas ni, Embah di Johor nak buat kenduri doa selamat untuk dia. Selamat menjalani pembedahan tonsil...selamat ulangtahun...

Artikel berkaitan:

Tiada Lagi Kudengar Suaramu...

Macam lagu Nash pulak tajuk entri. Sedih sebenarnya...Encik Suami sampai demam tak kebah-kebah. Mana taknya...kawan bersembang dia belakang rumah nak kena sembelih. 2 kali sembelih angsa...2 kali dia demam. Haaa...nak kata apa. 

Pagi hari sudah main kejar-kejar dengan si Bapak Angsa. Dah takde siapa tolong pagi-pagi Jumaat ni (2 Abdul lena lagi) . Anim pula diminta tolong tangkap. Takut-takut berani..

Alkisah, dek kerana hari ini birthday si abdul sulung yang ke 9, Anim mencari orang untuk memasak angsa ni. Cadangnya....daging yang dah siap dimasak itu nak Anim agih-agihkan kat jiran-jiran dan rakan-rakan yang tinggal berhampiran. Call kak Pah untuk bantuan. Alih-alih dia kata,

"Tak payah suruh orang masakkan la Nim. Bawa angsa yang dah siap sembelih tu ke sini. Masak rumah kak Pah. Anim datang saja tolong kak Pah"


Inilah peluang Anim nak belajar memasak gulai angsa dari orang Kedah sendiri, Iyalah...resepi memang berlambak di internet...tapi peluang belajar depan mata rugi dilepaskan.

Nak tahu? Angsa tu dihantar ke tempat proses ayam. Proses sembelih tak ambil banyak masa. Kata si penjual ayam, "Kalau itik...lagi lama mati"

Bila dimasukkan ke dalam mesin untuk mencabut bulu, kalau ayam 5 ekor leh masuk 
sekali...tang bapa angsa, dia sekor sajalah.. Kalau ayam, sekali pusing saja habis tercabut bulu. Bapa angsa..., 3 kali pusing baru bersih.

 Proses memotong la pulak. 2 kali penjual ayam mengasah pisaunya. Pertama bila nak memotong bahagian atas badan si angsa. ."Keras tulangnya nih"

Diasahnya pisau itu sekali lagi bila dia memotong bahagian bawah angsa pulak sambil menggeleng-gelengkan kepala.(Tenaga memproses 5 ekor ayam nisbah 1 ekor angsa) "RM 5 bang.."

 Gulai angsa di dalam periuk. Basuh dengan tepung gandum dan perap sebentar. Kemudian tumiskan rempah bersama daun pandan untuk elak bau hamis


P/S Rasa-rasa dah boleh masak itik dan angsa lepas ni. Boleh jamu kaum keluarga dan kerabat di Johor nanti.

Artikel berkaitan:

Belang Dalam Kenangan

Port yang paling diminati Belang untuk lena. Tolak dia dari sofa ini, dia tetap naik...tak makan saman betul. Letak kat kerusi lain...dia cepat2 turun.

Hari ini masuk hari ke5, tiada lagi Belang dalam hidup kami anak-beranak. Sehari selepas tuan Belang, Nazri (jiran sebelah) memberitahu Belang telah mati....anak-anak masih belum merasakan ketiadaannya. Maklumlah...masing-masing berseronok menikmati holiday di Subang. So, bila pulang ke SP...barulah mereka meluahkan kerinduan terhadap kelibat Belang.

Anim masih ingat suara Belang yang kematian ibu sewaktu kecil dibela Nazri di dalam sangkar. Ibarat anak kecil yang keputusan susu ibu...macam tulah keletah Belang waktu itu. Sayu suaranya mengiau seperti mencari ibunya. 

Bila meningkat "remaja"...Belang semakin rapat dengan family Anim. Dia tetap cool bila "dikerjakan" oleh 2 Abdul. Walaupun ada waktunya...dia diperlakukan seperti baby~ didodoikan dan ditidurkan di dalam bakul pakaian atau "disakat" ~ disepit ekor dan telinganya dengan penyepit baju...Belang tetap rela di situ, tidak berganjak atau lari menyelamatkan diri. Pantang anak-anak duduk di sofa...dia dengan selamba akan naik dan tidur di sebelah mereka.

Belang yang penyibuk

Si jantan mula meningkat dewasa....mulalah Belang mencari betina. Tak sangka hayatnya berakhir kerana itu. Tak taulah sama ada kalah dalam "pertarungan" dengan kucing jantan lain @ kegagalan buah pinggang akibat aktiviti mengawan seperti kata tuannya...(walaupun sudah dihantar ke klinik)...Belang pergi jua akhirnya.

P/S Walaupun sedetik cuma...kenangan menumpang kasih kepada Belang tetap diingatan

Artikel berkaitan:

Anak Angkat Si Bapak Angsa

Sejak Si Bapa Angsa kehilangan pasangannya [ di sini ] dan Encik Suami mencarikan teman baru 3 anak itik Mascovy untuknya....pengalaman baru kami perolehi.


Itik-itik Mascovy yang dibeli sejak kecil mungkin menganggap si Bapak Angsa ini ayahnya. Si Bapak Angsa ni pulak mungkin beranggapan 3 ekor itik Mascovy ini adalah anak-anaknya. Bila si Bapak Angsa berdiri.....ketiga-tiga ekor itik ini akan berdiri. Kalau dia duduk berehat-rehat, samalah juga perlakuannya. Pendekata...perlakuan si Bapak Angsa akan ditiru oleh ketiga-tiga anak itik Muscovy ini. Kali ini....si Bapak Angsa tidak lagi mematuk-matuk lagi "anak-anak angkatnya" itu. Wah....seronoknya melihat mereka persis satu keluarga. 

Teringat cerita kanak-kanak the ugly swan yang dieramkan dalam keluarga itik. Bagaimana sedihnya si anak angsa putih yang hodoh dikalangan "saudara" itiknya. Kali ni...si bapa Angsa mesti confuse...awatlah anak2 aku ni putih bebenor compared dengan dia. Maklumlah itik Muscovy ni itik pedaging yang diimport dari Perancis tetapi dibiakkan di India.


P/S Sedih nak beritahu...bapa angsa bakal dikorbankan esok. Bukan tak sayang...tetapi kasihankan dia "menduda" !!! Perangainya berubah 360 darjah. Bising pulak tak menentu (memanggil pasangan yang tak datang-datang agaknya). Anim lalu berdekatan pun dia bising..kesian lak kat jiran-jiran sebelah rumah...


Artikel berkaitan:

Steambot Buffet@Restoran Tupai-Tupai

Dinner malam ke 2 kami di Restoran Tupai-Tupai di Jln. Bukit Petaling , K.Lumpur.

Mana tupainya? Depa kata siang baru nampak. Malam??? Adalah "tupai batu" atas meja pengunjung. (Alamak...silap setting kamera..banyak gambar rosak. Mata masing-masing jadi alien!!!)

Memang special. Harga pun reasonable. Dewasa RM28, kanak-kanak RM15.  Main dishesnya nasi goreng, mee/bihun goreng, bubur nasi, sup cendawan. Ikan bakar pun ada. Pilihan seafood memang banyak. Rambang mata nak memilih. Pencuci mulut...buah-buahan dan aiskrim.

Kuah steambot dia special. Selain sup biasa, ada kuah steambot Tomyam Kelapa yang best sangat. 2 kali rasa macam asam pedas la pulak. Itulah keistimewaan restoran ini nampaknya . (Nampak tupai batu atas meja?)

Peringatan supaya tidak membazir. "Kompaun" RM10 untuk setiap 100g. Nak membendung nafsu makan terlampau le gamaknya...almaklum, bila sebut hidangan buffet ni...kita terdorong untuk merasa semua hidangan. Lepas tu kita rasa kita dah bayar untuk semua...rugi kalau tak makan.. 


P/S Restorannya selesa dikunjungi . Style kampung...di celah pepohon dan beratap rumbia.

Artikel berkaitan:

Holiday@Holiday Villa Subang

Bersesuaian dengan namanya..para ibu memang "berholiday" di Holiday Villa Subang. Apataknya...macam-macam aktiviti yang boleh dibuat anak-anak tanpa perlu keluar dari hotel. Ibu tak pening nak mengawal anak-anak di luar, si ayah senang hati p training.

Boleh cam tak mana ibu mana anak?

 Berendam la lama mana..pilihlah pool mana. Ada 3 pools ~ bayi, yang baru belajar berenang dan kanak-kanak . Ada juga 1 jakuzi open air untuk orang dewasa.  Olimpic-sized swimming pool pun ada

Bebudak memang pantang jumpa air

 Petang...bawa anak-anak bermain bowling pulak di tingkat 2

Si Abdul dengan gaya seorang amatur (1st time main)



P/S Rezeki bukan hanya dinilai dengan wang ringgit. Gembira juga satu rezeki...

Artikel berkaitan: