Syawal 1431H kali ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan berganda buat keluarga sebelah Anim. Mana taknya...tahun ini kami dapat berkumpul kesemua 11 beradik, 6 menantu , 21 cucu ditambah dengan 3 adik beradik emak bersama pasangan dan 12 sepupu .
Tahun-tahun sebelumnya walaupun semua dapat pulang beraya di Johor tetapi tak dapat berkumpul semua. Maklumlah...ipar2 dari merata negeri..Selangor, Terengganu, Sarawak, Perak, Pulau Pinang. Aduh...riuh, gawat dengan suara budak2..nak berjalan pun tak nampak lantai kosong.. penuh dengan manusia!
Anim memanjatkan kesyukuran dan berbangga kerana punya seorang emak yang sanggup menjaga ayahnya yang mempunyai masalah pembuangan air kecil dan Alzhemier. Dimandikan, dicucikan najisnya, disuapkan makannya dan dilayan kehendaknya Tinggi betul kesabaran emak melayan ayahnya.
Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan kesihatan untuk emak. Atok yang berusia hampir 93 tahun kini menghabiskan masanya dengan terlantar di katil. Mudah-mudahan anak-anak Anim juga mempunyai rasa kasih mendalamnya terhadap Anim dan Encik Suami.
Dan ini pula sebab ke2 kami semua dapat berkumpul semua...
Majlis pertunangan Radzuan (adik ke9) bersama pilihan hatinya, Shila di Tmn Sri Sulong, Bt Pahat pada hari raya ke 6
Bapa saudara yang setia menyiapkan barangan hantaran sehingga tengah malam. Sejak majlis kahwin Anim hinggalah adik ke9 ni...dialah yang menyiapkan barangan hantaran kami. Apa nak buat...tangan Manager Toshiba yang baru bersara ini cukup berseni dibandingkan dengan "keras tangan" Anim.
Tengoklah hasil tangannya
Sepupu sepapat sebelah emak, anak sedara je dah dekat 40 orang. Olehkerana emak (anak sulong) mendapat adik ke2nya semasa berusia 11 tahun...sepupu2 Anim masih muda belia, anak remaja lagi. Tak pe..tak pe...yang penting, sama kepala!!!
Ini kuih unik ditemui. Apam yang dibungkus dengan daun rambai. Tak sempat interview tuan rumah - (keluarga pihak perempuan asal NS - makanan tradisi sana kot!)
Selamat datang ke keluarga besar Hj Rahmat & Hjh Jariah buat Shila
P/S Bila dah ramai2...part yg paling best time makan...kuar lah apa saja dari dapur, sekelip mata habis. Time mandi, kena tunggu depan bilik air macam cerita P.Ramlee Nak tidur??? Tak boleh ikut couple, rumah 5 bilik je.....kena tido ikut jantina...silap2 kena cari port sendiri nak tido..atas kerusi, bawah kerusi, depan tv..pagi2 bangun, silap2 boleh terpijak!!
Tahun depan InsyaAllah kita buat gatering Bani Masom ye kak! Mana-mana yang ada dan dapat hadirlah... Mohon cadangan dan saranan kak anim untuk tercapainya matlamat sementara generasi pertama Hj Masom dan Hjh Safiah masih ada iaitu Ayah (Hj Ismail), Wak Sekak (Hj Rahmat), Wak Bani dan Cik Noh serta menantu-menantu mereka...
BalasPadamSokong penuh hasrat murni ini. Mana2 bantuan akan dihulurkan sedaya upaya. Mudah2an dapat menyambung ukhwah generasi ke3, ke4 yang tak pernah mengenali antara satu sama lain.. walaupun mungkin berselisih bahu di jalan.
BalasPadam