Dalam Surah al-A'raf ayat 27, Allah berfirman,
"..Bahawa mereka itu (makhluk halus) boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka....."
Dek kerana Encik Suami telah melalui pengalaman "diusik" di wad hospital tempohari...hari ni Anim nak cerita mengenai pengalaman misteri yang pernah Anim alami. Bagi Anim dan keluarga yang mengalami sendiri pengalaman diganggu dan "melihat" sendiri mahluk halus yang menyerupai rupa-rupa yang Allah izinkan, sudah tentu pengalaman-pengalaman ini akan menjadi ingatan kami sepanjang hayat.
Cerita 1
Sekitar tahun 1997-1998, waktu itu Encik Suami bertugas di bawah JTR di sebuah pusat latihan di Shah Alam. Dalam beberapa minggu, dia perlu mengadakan kelas Autocad di waktu malam. Dek kerana waktu itu kereta cuma ada sebuah, maka menjadi tugas Anim menghantar dan mengambilnya pulang. (Zaman ber2, lepas habis kelas..boleh p minum-minum, pekena roti sadin di Seksyen 15)
Kereta Proton Saga inilah yang kena goncang 15 tahun lalu
Mana nak p pusing? Park ajala kat car park tak jauh dari bengkel berhadapan bangunan Encik Suami berada ni. Dia boleh nampak Anim dah sampai...Ada masa 30 minit lagi...boleh lena ni.
Anim pun turunkan kerusi kereta dan melabuhkan badan. 10 minit terlena, tiba-tiba Anim terasa boot kereta digoncang.
Anim buat dek saja. Mati-mati ingat Encik Suami yang mengusik dan sambung tidur. Baru lena 3 minit, digoncang lagi. Kali ni kuat sikit.
"Ish abang ni....tak de kerja lain ke?".
Anim bangun dan tegakkan kerusi..Anim toleh belakang dan memanjangkan leher. Kot-kot Encik Suami menyorok di belakang kereta. Dari sinaran lampu jalan, tak nampak kelibat siapa pun. Anim menjengok ke arah bangunan Encik Suami mengajar. Dia masih di sana!!! Berdiri di depan studentnya. Siapa yang menggoncang kereta Anim tadi???
Tak berfikir panjang...Anim start enjin kereta dan berpusing2 pusat latihan tu 5,6 kali.. Seram sejuk dibuatnya.
Rupa-rupanya gelagat Anim itu diperhatikan Encik Suami dari kelasnya. Bila kelasnya berakhir, Anim tak tunggu panjang bercerita.
Nak tau apa jawapannya, "Dah kena dah...dah kena. Abang dah agak mesti Anim kena kacau bila tengok kereta Anim dah tak ada kat depan bengkel."
Rupa-rupanya dia maklum dengan kejadian "kacau mengacau" di bengkel itu. Lampu terpasang sendiri lah..tertutup sendirilah. Laaa..dia saja tak beritahu Anim tentang hal tersebut . Biar Anim tau sendiri...Laaa..itu macam kaa? Sib baik tak de sakit jantung!!
Sejak hari tu, Anim akan ambil Encik Suami dari kelas malamnya on time.
P/S Kita digalakkan membaca "A'uuzubillaahiminassyaitoonirrojiim" yang bermaksud "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'.
P/S Kita digalakkan membaca "A'uuzubillaahiminassyaitoonirrojiim" yang bermaksud "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'.
Belum ada komen untuk "Pengalaman Misteri 1"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai