Home · About Me · Sitemap ·

Mee Bandung Muar yang asli

Dah kata Mee Bandung Muar...kenalah p Muar (Muo kata orang Johor). Kat BP bukan tak ada tapi tak jumpa yang kick macam gambo kat atas nu. Rasa udang kering tak kuat sangat, kacang tumbuk pun yang sedang-sedang saja banyaknya. Kali ni menyinggah sebelum bertolak ke SP...adalah udang seekor, sedikit hirisan daging dan sebiji telur. Bersesuaianlah dengan RM3.50 sepinggan 

Restoran favourite kami ialah di Jalan Tanjung Agas, Muar. Berdekatan dengan Shell dan Petronas di Tanjung Agas sebelum menyeberang Jambatan Sultan Ismail.

Sederet restoran ni ada Restoran Murtabak Singapore..tapi tak pernah menyinggah.Penangan Mee Bandung lagi kuat nampaknya. 

Sejak berpindah ke Utara...terperasanlah banyak perubahan. Lebih ramai pekerja dan tenaga orang muda. Dulu si ayah dan ibu ada bersama....tapi 2,3 kali menyinggah...orang muda yang mengambil alih. Pinggan porceline putih berbunga zaman dulu-dulu pun dah berubah ke pinggan plastik. Tak kisahlah...janji rasa tetap maintain

P/S Resepi Mee Bandung Muar yang asli tak letak sos tomato..tak letak sos tiram. Kemanisannya dari rebusan daging, rebusan udang bersama ubi kentang atau ubi keledek

Artikel berkaitan:

5 Komen untuk "Mee Bandung Muar yang asli"

  1. Salam Ziarah..
    Harap Kak anim n family sihat.
    Seronok baca n3 Kak anim..santai n pasal makan haha..tu yg paling best. Tak tahu ada blog perasan dalam abg Fariz nye blog ada link. Lama dah tak jumpa insyallah ada rejeki jumpa. Salam pada semua...

    BalasPadam
  2. terima kasih .....
    kerana ada org muda yg baca cerita kak anim.
    suke suke awalnya...lama2
    seronok pulak nak bercerita..
    tak jumpa di luar,
    kita jumpa di blog

    BalasPadam
  3. Teruskan menulis..
    Ada cerita makanan hati n cerita makanan perut..kombinasi yang menarik.hehe.biasanya jadi silent reader je sekali sekala ngomen..

    BalasPadam
  4. hihi...cerita fasal perut
    tu yg best..

    BalasPadam
  5. yg terbaik ialah mee bandung central arwah pak hussen..warung depan pintu masuk sekolah sains..kalo org muor sendiri akan prefer kedai pak hussen..sultan pnh makan situ walaupun kedai xcantik. pnh masuk rancangan tv..warna mee bandung kedai mee bandung muar ni serupa dgn kedai mee bandung hanipah jln abdullah..tp pak hussen punya warna merah lg xpucat. real garang..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai