Home · About Me · Sitemap ·

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat


Cuti Krismas baru ni, ada tahlil + bacaan yassin perempuan di rumah MIL di Kota Tinggi. MIL melahirkan kesyukuran kerana cucu sulung yang tenat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan meningtis sembuh sepenuhnya.Si Abdul pula selamat menjalani pembedahan tonsilnya, Encik Suami tiada masalah kesihatan serius semasa terlantar di hospital tempohari dan cucu paling kecilnya pula akan menyambut ulangtahun ke3 pada 29hb ini. Pendekata..majlis 4 in 1.

Dah namanya orang Jawa Johor yang penuh adat....jenuh juga memasak dari pagi. Persiapan bermula sehari sebelumnya dengan menggoreng 20 ekor ayam. Mak...macam kenduri kahwin!!! Nak kata apa...memang dah begitu gayanya. Sama sajalah dengan gaya dan adat mak Anim juga. Kita ni dah berpindah-randah, dah duduk merata tempat bercampur gaul dengan budaya dan adat orang di tempat lain...kadang-kadang rasa "berlebih-lebihan". Ikutkan ajalah.....bukan selalu dapat pulang ke kampung.

Hidangan nasi ambeng , semua mesti lengkap. Dari ayam masak kicap, bihun goreng(mee pun boleh), serunding, ikan masin (namanya ikan ayam), sambal goreng dan urap (keluban kata orang Jawa). Gulai nangka pun ada(untuk makan-makan jiran-jiran yang datang menolong rewang saja)...lepas tu dibungkus bawa balik untuk family mereka di rumah.

Makanan atas dulang yang dah dibahagi 4 ini tidak dimakan. Diberikan plastik untuk dibawa balik ke rumah.(Dulu dibekalkan daun pisang. La ni, kadang2 masuk polisterine juga). Hadirin yang hadir hanya menjamah kuih muih yang disediakan sahaja

P/S  Bapak kata...biar lebih, jangan kurang.....

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Biar Mati Anak Jangan Mati Adat"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai