Terasa benar payahnya tinggal berjauhan dengan keluarga bila berlaku saat-saat cemas dan kematian di kalangan ahli keluarga terdekat. Hanya dapat menatap pusara Atuk kerana tidak sempat tiba sebelum urusan pengkebumian. Namun..hati tidak terkilan kerana 2 minggu sebelum itu, Anim sempat pulang ke kampung dan berkesempatan bergurau dengannya.
"Kenapa bapak nak minta maaf. Bapak tak pernah salah pada anak-anak. Anak-anak yang banyak salah pada bapak.Dulu bapak jaga aku..sekarang aku jaga bapak".
Note :penggunaan "aku" kepada ibu bapa dalam bahasa Jawa tidak dianggap kurang ajar.
Malam sebelumnya abah memberitahu Bonda , dia bermimpikan arwah nenek yang telah meninggal dunia 18 tahun yang lalu. Arwah Atuk juga menyebut nama rakan-rakannya yang telah meninggal dunia. Dan pagi setelah Bonda menyuapkan sarapan pagi jam 9 pagi, Atuk mengangkat kedua-dua tangannya ke atas seperti ingin mencapai sesuatu. Selepas makan, seperti biasa Atuk akan tidur semula. Dan siapa sangka Allah menjemputnya di dalam tidur tak lama selepas itu..Atuk tak bangun-bangun lagi.
Jenazah Atuk dapat disempurnakan dengan segera . Meninggal dunia jam 1 tengahari...selepas Asar jam 5 petang selesai disemadikan. Dan Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.. walaupun arwah Atuk tidak dibawa balik ke rumah kediamannya dan dikebumikan di kawasan tempat tinggal anaknya (Bonda) arwah disemadikan di kawasan tinggi(bukit) dan kuburnya berada paling hadapan, berdekatan dengan pintu pagar. Syukur, itulah rezeki dan bahagian yang Atuk dapat kerana sepanjang hayatnya dahulu sebelum Atuk menghidap Alzheimer...arwah selalu berada di saf paling hadapan...dia seorang Imam.
P/S Bagaimana pulak giliran kita nanti....Ya Allah...matikanlah aku dalam keadaan bertauhid..
Belum ada komen untuk "Alfatihah buat Atuk"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai