Walaupun Encik Suami orang Kota Tinggi, nilah 1st time dia tahu kewujudan gerai ini. Tupun Anim ajak dia mencuba sebelum balik ke rumah mertua di Air Tawar 1.
Alahai..wrong informationlah pulak dari Mislia. Patutlah dekat sejam pusing tak dapat cari....last2 singgah di stesen minyak dan bertanya. Bukannya berdekatan Econsave...tapi berdekatan Kipmart. Berhadapan dengan Esso dan stor JPS Kota Tinggi.
Rezeki orang jauh. Actually pekerja dah mengemas gerai ( 2 petang).
"Tinggal belangkas dan ikan mayong sikit je bang. Abang ber4 aja kan. Ikan lain, siput dan lain-lain habis".
Memang niat nak makan belangkas....keluarkanlah apa yang ada. Dibuka setiap hari kecuali Ahad. Dibuka 11 pagi dan waktu kemuncak 12 tengahari. Syoknya jadi tukang masakkan? Makanan habis cepat. Boleh rehat cepat..huhu
Mula-mula, Anim dan si Abdul kecil je yang berani menyentuh belangkas yang dihidangkan (kami ber2 memang tak tolak rezeki). Si Abdul sulung dan Encik Suami hanya menggeleng kepala. Yang berbiji-biji tu telurnya.Bila dah rasa...depa pulak lebih-lebih. Encik Suami kata isi belangkas lagi sedap, lagi lemak dari ketam. Haaa...tau tak pe!!
Siput gonggong yang dimaksudkan oleh pekerja gerai....tak de rezeki nak rasa.
Hanya belangkas betina sahaja yang ditangkap dan dimasak. Belangkas ni dijual ikut ekor..bukan ditimbang macam ketam! Kalau musim takde belangkas, harga boleh mencecah hingga RM10 seekor..
Berkat kebaikan pekerja gerai...kami dipelawa melihat cara menyiang dan membuang racun di bahagian tengkuk belangkas di dapur .
"Kalau tak pandai siang...boleh mabuk pelanggan nanti"
Semua bahagian belangkas diambil...hanya bahagian berduri sahaja dibuang. Persis ketam cuma...ketam tu lawa le sikit...takle "ngeri" dipandang. Tapi...bila dah siap masak...boleh kalah ketam dibuatnya
P/S 'Macam belangkas' dalam peribahasa Melayu bermaksud lelaki dan perempuan yang berjalan berdua-duaan ke mana-mana sahaja. Belangkas yang ditemui di laut cetek berjalan dalam keadaan berdua-dua iaitu betina di hadapan dan jantannya di belakang. Agak-agak apa jadi kalau belangkas betina ditangkap tanpa kawalan?
waahhhh...bestttt..rasa macam nak g lagi...sori la salah info..hehehhe
BalasPadamhihi..pusing2 kota tinggi,
BalasPadamtak jumpa. mmg frust.....
dulu ingat telurnya saja dimakan
rupa2nya...isi pun dimasak sekali
saya dulu kecik-kecik makan dgn cara bakar jee... lepas bakas tu kan saya tarik ekornya kopakkan terus... makan tepi pantai ramai2.. tinggal helmet jee... apa yg ada dalam helmetnya tu la yg saya makan (daging + telor) peerghh...sedappp.... lemakkk... kalau makan isi kaki dgn badan mahu jalan macam ketam terus.... heee3x
BalasPadamsedapnya.. google pasal belangkas ni terjumpa lak blog ni.. berangan nak pegi sini esok lusa.. harap2 jumpa dan ada rezeki hendaknya..
BalasPadamselamat menjamu selera..
BalasPadamboleh cuba siput gonggong pulak
assalamualaikum....wow sedapnye..tumpang tanya kat sana ada hotel tak...saya nak pegi la esok....terus teringin rasanya...
BalasPadamada rasanya...tengah bandar kota tinggi
BalasPadambila tgk warung kita si farouk hussein mkn belangkas ni teringin pulak nak cuba..
BalasPadamwow..dh masuk dlm warung kita rupanya..
BalasPadamtambah glamer le gerai ni nanti, payah nak cari seats..
belangkas x jln dpn blkg. jntn akan kekal berada di atas betina sebenarnya.
BalasPadamtu kaaa? tq sebab betulkan fakta tentang belangkas tu. selama ni igt mcm cerita p.ramlee...yg jantan "kejar" si betina
Padam