Sabtu, 14 Mei 2011

Program Susu 1 Malaysia

 Pek  Susu 1 Malaysia (ni yang kena reject!!!)

Program Susu Sekolah 1Malaysia yang dilancarkan tahun lepas telah bermula sejak minggu lalu.
Program Susu 1Malaysia yang dinikmati  lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685 sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.
-------------------------------------------------------------------
Dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta, bekalan susu 1Malaysia diperoleh daripada penternak susu di Sabah. Ini kerana Sabah menjadi pusat pengeluaran susu yang tinggi. Justeru, pada masa yang sama kerajaan telah  membantu pengusaha dan penternak di Sabah memperoleh pendapatan lebih tinggi di samping dapat menentukan bahawa anak-anak kita dapat protien dan kalsium yang mencukupi.

Susu yang dihantar seminggu sekali (diberi 2 kali seminggu) diagih-agihkan kepada semua pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 (kecuali murid Pra Sekolah) yang telah mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa.
Kali ini pelaksanaan Program Susu Sekolah lebih "cerewet". Selain dari kebenaran bertulis ibu bapa, susu yang diterima ini tidak dibenarkan dibawa balik. So, setiap kali susu diagihkan...maka berhimpunlah anak-anak SKS di tapak perhimpunan. Maka, guru-guru kelas menerima satu lagi tugas baru iaitu mengagih-agihkan susu tersebut dan mengambil kedatangan murid yang minum susu pada hari tersebut.
Selepas membaca doa dan minum susu beramai-ramai...syarat tak terhenti di situ....

Kotak susu dikumpul dan dibuang sebagai bukti...hmmmmmm

P/S Cikgu pun kena test rasa gak tau.....

4 ulasan:

  1. assalamu'alaikum wbt.
    adakah susu 1 Malaysia yang diberikan kepada murid-murid telah disahkan oleh pihak JAKIM/ pihak berkuasa agama sebagai produk susu/ kandungan susu/ bahan campuran/ dll HALAL diminum untuk murid-murid yang beragama ISLAM?
    mohon penjelasan dan terima kasih.

    BalasPadam
  2. setakat hari ni, agihan susu 1 malaysia kpd murid2 telah dihentikan buat sementara...

    BalasPadam
  3. Saya suruh adik saya bawak balik jangan minum.. saya kebas.. hihi

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Anim : Inilah Ceritaku 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi