Antara buku yang Anim beli sewaktu mengerjakan umrah 2 bulan lalu ialah perkuburan al-Baqi. Oleh kerana jemaah wanita tidak dibenarkan menziarahi perkuburan al-Baqi ini (nampak dari atas bas) buku ini dapat melepaskan keinginan Anim membayangkan gambaran perkuburan yang selalu diziarahi Rasulullah SAW di mana Baginda SAW mengucap salam, berdoa dan memohon keampunan serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan disitu.Di sini jugalah kawasan perkuburan penduduk Madinah termasuk jemaah haji@umrah di Madinah.
---------------------------------------------------------------------------------
Menurut penulis, bila penziarah memasuki perkuburan al-Baqi dari gate utama sebelah barat, kesemua kubur disusun seperti berikut:
A. Perkuburan puteri-puteri Rasulullah S.A.W
1. Sayyidah Ummu Kulthum
2. Sayyidah Ruqayyah
3. Sayyidah Zainab
Kubur-kubur ini terletak dihadapan pintu masuk utama (dalam 30 m)
B. Perkuburan ahli keluarga Rasulullah S.A.W
1. Sayyidah Fatimah Az-Zahraah
2. Ayah saudara Rasulullah SAW, Al-'Abbaas bin Abdil-Muttalib
3. Al-Hasan bin Ali
4. Zainul 'Aabideen bin Al-Husain bin Ali
5. Muhammad Al-Baaqir bin Zainil 'Aabideen
6. Ja'far As-Saadique bin. Muhammad Al-Baaqir
Kubur-kubur ini terletak arah timur ke sebelah kanan bertentangan dengan kubur puteri-puteri Rasullullah SAW (jarak dalam 25 meter)
C. Perkuburan isteri-isteri Rasulullah S.A.W
1. Sayyidah Fatimah Az-Zahraah
2. Ayah saudara Rasulullah SAW, Al-'Abbaas bin Abdil-Muttalib
3. Al-Hasan bin Ali
4. Zainul 'Aabideen bin Al-Husain bin Ali
5. Muhammad Al-Baaqir bin Zainil 'Aabideen
6. Ja'far As-Saadique bin. Muhammad Al-Baaqir
Kubur-kubur ini terletak arah timur ke sebelah kanan bertentangan dengan kubur puteri-puteri Rasullullah SAW (jarak dalam 25 meter)
D.Perkuburan 'Aqeel bin Abi Talib
1. Abdullah bin Ja'far At-Tayyaar
2. Abu Sufyaan bin Al-Harith bin Abdil Mutalib, anak bapa saudara Rasulullah SAW (sepupu)
Kubur-kubur ini terletak sebelah utara perkuburan isteri-isteri Rasulullah SAW)
E. Perkuburan Imam Maalik bin Anas dan gurunya Naafi' bin Abi Nu'aim
Kubur-kubur ini terletak di sebelah barat perkuburan 'Aqeel bin Abi Talib
F. Perkuburan Uthmaan bin Mazh'oon (Muhajairin pertama dikebumikan di Baqi)
1. Ibrahim (anak Rasulullah SAW)
2. Abdur Rahmaan bin Awf
3. Sa'd bin Abi Waqqaas
4. As'ad bin Zuraarah
5. Faatimah bint Asad (Bonda Ali bin Abi Taalib)
6. Khunais bin Hudhaafah As-Sahmy
G.Perkuburan Para Syuhada Al-Harrah
Mereka adalah syuhada yang terbunuh di jalan Allah sewaktu mempertahankan Madinah semasa pemerintahan Kalifah Yazzed Muawiyyah. Kubur-kubur ini terletak 70m ke sebelah timur kubur Uthmaan bin Mazh'oon. Kubur-kubur ini dikelilingi dinding empat segi tidak melebihi 1 meter.
H. Perkuburan Kalifah Uthmaan bin 'Affaan
I. Perkuburan Sa'd bin Mu'aadh Al-Ash-haly
J. Perkuburan Abu Sa'eed Al-Khudry dan Haleemah As-Sa'diyyah
K. Perkuburan Isma'eel bin Ja'far As-Saadique
L. Perkuburan Ibu Saudara Rasulullah SAW (sebelah bapa)
1, Safiyyah binti Abdil Muttalib
2. Aatikah binti Abdil Muttalib
Sumber : Al-Baqee':Its History, Virtue and the most prominent people buried in it by Hilal Mohammad Sha'ban - Al-Madinah Al-Munawarah, 2009
P/S Isteri-isteri Rasulullah ; Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwalid wafat di Mekah dan dikebumikan di perkuburan Maa’la Mekah. Saidatina Maimunah binti Haris Al-Hilaliyyah pula dikebumikan di Sarif, Mekah. Sarif kini dikenali sebagai Nawariyyah dan terletak kira-kira 18 km dari Mekah.
Belum ada komen untuk "Buku : Perkuburan Al-Baqi"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai