Adik lelaki Anim, isteri dan 3 anak-anaknya datang ke bilik kami di Hijjaz Palace sebaik sahaja kami selesai bersarapan. Mereka bertolak mengikut Andalusia juga cuma awal sehari. Sejak tiba di Mekah tak pernah terserempak dengan mereka 5 beranak. Hotel penginapan mereka tak sama jalan...so, bila ke Masjidil Haram..ikut pintu lain.
"Rezeki kak Anim dapat sini. Banyak kedai makan..senang nak shopping. Tempat kami jauh.Kedai makan tak banyak"
Esok mereka akan bertolak balik ke tanahair. Ketiga-tiga anak saudara Anim (lelaki ) yang berusia 9, 11 dan 12 tahun menyatakan seronok mengerjakan ibadah di Mekah. Insya-Allah, ada kesempatan waktu, ada lebih rezeki..teringin juga membawa 2 hero Anim tu kemari bila mereka telah benar-benar "bersedia".
Pada pandangan Anim , terpulanglah kepada kemampuan ibu bapa itu sendiri untuk membawa anak-anak mereka bersama. Bukan setakat kemampuan wang ringgit, tetapi juga kemampuan tenaga dan kesabaran. Ada jemaah (yang membawa anak) tidak membuat umrah kerana anak sudah keletihan, ada yang tidak bersolat jemaah di Masjidil Haram kerana anak belum bangun tidur, ada yang bergegas keluar masjid untuk mencari makanan di restoran kerana anak tidak lalu makan makanan yang disediakan pihak travel..selera budaklah katakan. Pendekata...terpulang kepada ibu bapa itu sendiri. Kita tahu kemampuan diri kita..kita faham dan kenal anak-anak kita..
jangan terikut-ikut oranglain.
Sewaktu menunggu azan Asar, terserempak dengan group 4 beradik jemaah kami.
"
Anim, jumpa Siti kat masjid?" Eh, Siti mana pulak ni?
"Dato' Siti lah. Ada orang nampak dia kat masjid. Datuk K pun ada. Siti datang dengan family dia"
Kalau Siti tak nampaklah. Kalau Remy Ishak (Nur Kasih) adalah. Seorang pelakon cilik TV (datang satu keluarga) pun satu hotel dengan kami.(Balik Malaysia baru tahu,,,dia pelakon siri Qalesya Musim 2 di Astro. Dalam siri tu dia jadi Mustafa ).
Di Madinah pula, Anim terserempak dengan MB Johor, Datuk Ghani Othman.Kalau ke D'Saji, Restoran Felda di Safa Tower tu...memang banyak muka-muka orang politik sedang minum-minum. Kita je tak ingat nama...ingat rupa je.
Sempat shopping selepas Asar. Teringin nak mencari jubah. Nampak Jubah Minah-Minah Arab yang keluar masuk masjid...cantik dan teringinlah pulak. Dah survey jubah kat Safa Towers (paling murah 180 riyal.Harga rata-rata dalam 300 riyal - 500 riyal. ). Try meronda kedai-kedai berdekatan hotel. Baru masuk satu kedai...hujan turun lebat. Sempat bertanya harga jubah "lip-lap" di satu kedai. 140 riyal katanya. Alahai..payah pulak nak memilih jubah dalam hujan.
Plan nak membeli esok sajalah
.
Hujan-hujan di Mekah ni...sedap pekena makaroni bersama kuah tomato (macam kuah spaghetti bolognese cuma isinya tomato). 6 riyal sahaja
P/S Sejuk betul Mekah waktu hujan. Seronok nampak pekerja Bangladesh yang membersihkan perkarangan Masjidil Haran "bermain hujan". Agaknya begitulah seronoknya bila hujan di Mekah. Hujan yang membawa rahmat.
Belum ada komen untuk "Jejak Musafir Hari Ke13 ~ Hujan di Mekah"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai