Berkumpul di lobi hotel jam 7.30 pagi untuk dibawa menziarahi Makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat. Jemaah lelaki akan dibawa menziarahi perkuburan Baqi'. Kami kemudiannya dipisahkan kepada 2 kumpulan, jemaah lelaki mengikut ustaz Aryan Suparno dan jemaah wanita mengikut Ustaz Faiz. Maka bergeraklah kami berjalan kaki menuju ke Masjid Nabawi.
Olehkerana mutawwif kami lelaki, maka Ustaz Faiz meminta kami bersama-sama mengikutnya berdoa satu persatu di luar masjid "Kita pun bisa berdoa dari luar masjid". . Dia kemudiannya meminta jemaah wanita yang pernah ke sini sebelum ini menunjukkan jalan masuk laluan wanita ke Makam Rasulullah dan makam para sahabat sambil mencari peluang menziarahi Raudhah. Jemaah wanita hanya dibenarkan ke Raudhah sebelum waktu Zuhor dan selepas waktu Isyak.
Anim didekati seorang perempuan Melayu berusia 50an yang duduk bersebelahan di dalam pesawat Saudi Airlines tempohari. Dari perbualan pendek kami sebelum ini, Anim dapat mengagak dia adalah ustazah yang mengajar agama kepada orang-orang kenamaan. Setiap tahun dia dan suaminya akan ke Madinah/Mekah samada menunaikan umrah atau haji.
"Ikut saya. Kita tak boleh pergi satu group ramai-ramai macam ni..Dia tak bagi masuk nanti"
Dialah yang membawa Anim menyusup masuk ke Makam Rasulullah dan makam para sahabat. Bagaimanapun...kawasan Makam tersebut telah ditutup kepada jemaah wanita. Hanya nampak kubah hijau sahaja. Jemaah??? Masya-Allah, punyalah ramai..berhimpit-himpit..berasak-asak. Jemaah diasingkan mengikut negara. Kalau jemaah Asia (Indonesia, Malaysia, Singapura)..dikumpulkan di satu tempat dan diarahkan menunggu giliran. "
Ibu...duduk...sobar ibu...sobar". Petugas-petugas Arab ni pandai berbahasa Indonesia.
Dengan pengalaman Ustazah berkenaan (kadang2 Anim panggil kakak, kadang2 tersasul panggil Makcik) dia memimpin dan mengheret Anim melepasi kawalan petugas Masjid. "Kami 2 saja. Saya, anak saya." katanya sambil memberikan isyarat meminta dilepaskan masuk. Anim pun ikut arus badan..ditolak ke kanan, ditolak ke kiri.
"Kita baca doa untuk Rasulullah di sini, lepas tu di Maqam Saidina Abu Bakar al-Siddiq..kemudian Maqam Saidina Umar al-Khattab" (buku doa tergantung di leher)
Selesai berdoa, diheretnya sekali lagi Anim ke hadapan.
"Inilah kawasan Raudhah. Tempat untuk perempuan terhad tak macam jemaah lelaki. Kita solat kat sini"
Macam mimpi....ibarat budak masuk sekolah, Anim ikut saja arahan Makcik tadi. Anim sediakan ruang untuknya bersolat di hadapan Anim (jemaah berasak-asak...boleh dipijaknya kepala orang yang sedang sujud). Kemudian Anim mendapat sedikit ruang bersebelahan dengannya..Ya Allah...syukur ke hadrat Illahi, hajat bersolat Dhuha di Raudhah di makbulkan Allah. Alhamdulillah.
"Lepas ni kita sendiri-sendiri ya. Mungkin kita ada hajat sendiri. Saya nak solat lagi. Ingat, kena yakin Allah makbulkan hajat kita. Cuba pergi sendiri lain kali "
Mihrab Rasulullah s.a.w
Rasulullah s.aw menjelaskan fadhilat Raudhah di dalam sebuah hadis bermaksud: "Antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman dari taman-taman syurga"
Walaupun tahu risiko dipijak kepala waktu bersujud (dilangkahi kepala memang sudah pasti!) tapi masih ramai yang mencuri peluang bersolat di Raudhah. Mana mungkin jemaah melepaskan peluang bersolat dan berdoa di tempat mustajab doa. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala keinginan dan hajat hambaNya.
P/S Jemaah wanita tidak dibenarkan membawa handphone berkamera masuk ke masjid Nabawi . Beg sandang dan uncang kasut turut diperiksa. Lain pula dengan jemaah lelaki. Kawalan tidak seketat jemaah wanita.
Belum ada komen untuk "Jejak Musafir Hari ke2"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai