Home · About Me · Sitemap ·

Mati Keldai Lagi Sedih Dari Mati Bini

Nak tergelak bila terbaca cerita ini di buku cerita anak. Kisah si Juha@Abu Nawas@Nashruddin, tokoh jenaka yang terkenal dari Timur Tengah. Keh..keh...fakta bukan auta punya!

 
Pada suatu ketika Juha telah kematian isteri yang amat disayanginya. Walaupun begitu, Juha tidak sedikit pun kelihatan bersedih hati. Dia kelihatan redha dengan kematian itu.
Seminggu kemudian, Juha ditimpa satu lagi musibah. Kali ini, keldainya pula yang mati. Namun teman-teman dan jiran tetangga yang menziarahinya kehairanan melihat Juha menangis tersedu-sedu. Dia kelihatan amat sedih. Mereka kemudiannya bertanyakan Juha:

"Wahai Juha, kami hairan melihat kamu. Mengapa ketika isterimu meninggal dunia, kamu sedikitpun tidak kelihatan sedih. Tetapi apabila keldaimu pula mati, mengapa engkau sangat bersedih hati?"
"Tahukah kamu mengapa aku bersedih kerana kematian keldaiku berbanding kematian isteriku?" tanya Juha kembali. Jiran-jirannya menggeleng-gelengkan kepala masing-masing.

"Begini. Ketika isteriku meninggal dunia, ramai jiran tetangga yang menghampiriku sambil menenangkan dan menasihatkan aku agar jangan bersedih kerana mereka akan mencarikan aku seorang isteri yang lebih baik dari isteriku yang meninggal dunia. Sebab itulah aku tidak bersedih"

"Malangnya ketika aku kehilangan keldaiku, tidak ada seorangpun yang menghampiriku dan berjanji akan menggantikan seekor keldai yang lebih baik." Sebab itulah aku bersedih hati.

P/S  Camna lak dengan "pepatah"...muka monyok macam orang mati bini?

Artikel berkaitan:

Kerangka Besi Eiffel Tower@Paris



Cerita fasal tower....rasanya Eiffel Tower yang paling special. Kalau tower lain...dari simen...dia pulak dari besi. Sebut fasal Paris...selalu disebut tentang kota raya romantisnya. Bagi Anim sendiri...yang berkesempatan ke sana lebih sedekad yang lalu...pengalaman mengunjungi Paris di musim panas sewaktu mengikut suami berkursus di Germany..adalah kenangan terindah. Terindah kerana kami mengembara berdua dari Frankfurt - London - Paris - Holland -Berlin - Frankfurt dalam masa 10 hari dengan menaiki bas dan train.Dahla tu..dalam setiap perjalanan...kami ber2 saja Melayu dan orang Malaysia....ishhh...nekad betul waktu itu.

Beratur beli tiket naik lif ke 2nd floor. Masa tu tiket 88franc.(Matawang Euro diperkenalkan pada 2004}. Ada yang memanjat kerangka besi tu tau...Tiket pun kena bayaq juga..ni yang spesis berani la..tak gayat. Depa panjat sampai level 2 sahaja. Level 3 dan yang puncak..kenalah naik lift.

Mamat tuan hamba ni lebih gayat dari bini dia...Dari Level 2...menikmati keindahan kota Paris.
Tak ada jaring @ cermin penghadang. Boleh jengok kepala ke bawah...tu yang mamat I ni gayat. ..

Kerangka besi berusia 122 tahun ini dinamakan sempena nama engineernya , Gustave Eiffel .

P/S Kekurangannya....dulu tak ada kamera digital, tak guna fokus. Kami guna kamera berfilem. Huhuhu....tawakal sajalah masa snap gambar!!!

Artikel berkaitan:

Carlsberg Sky Tower@Singapore

Carlsberg Sky Tower sekarang dikenali dengan nama Tiger Sky Tower [berubah sponsor}...menara pemerhati tertinggi di Sentosa, Singapore, Nak tengok panorama keseluruhan Singapore...p lah sini. Kalau cuaca baik, bolehle nampak sebahagian Johor Bahru dan Indonesia.

Asia's tallest free standing obeservation tower. Suasana 6 tahun lepas. Cabin berbentuk circular ini bergerak ke atas hingga ke puncak dan berpusing dan membolehkan pengunjung menikmati view 360 darjah Sentosa, Singapore. Pendekata...di manapun kita duduk, pemandangan menarik dapat dilihat dari setiap arah

Duduk sahaja di sini..tak berani nak berdiri bila lif naik ke atas. Gayat......[Boleh nampak view sambil duduk]. 6 tahun lepas, entrance fee dalam S$10 sahaja[of course sekarang dah naik]

P/S Rasanya...tiada tempat lain untuk melihat keseluruhan Singapore melainkan dari tower ini. Singapore kecil negaranya.


Artikel berkaitan:

Biar betul notis ni......

Terperasankan notis yang ditampal di sebuah dinding sebuah surau taman perumahan di Sg.Petani sewaktu berhenti solat Maghrib malam semalam.
---------------------------------------------
Alamak....punyalah "seksi" a.k.a seksa sewaktu mengambil wuduk berhampiran ruang solat muslimah (dalam surau)..Almaklum..membayangkan aksi si makcik ni mengambil wuduk. Of course, pertama...tudung dibuka dan disangkutkan. Kedua...terbongkok-bongkok...dengan menyinsing lengan baju dan kaki seluar. Fuh..bukan seinci kaki seluar diangkat..mau sampai lutut. Maka...terpampanglah "bunting padi".."bunting jagung"..depan mata. Apa nak dihairankan...situasi sama berlaku di semua surau dan masjid yang pernah disinggah. Semua muslimah kan....
-------------------------------------------------
Tak ke kerja2 mengawasi CCTV tu kerja orang lelaki? Iyalah...kalau AJK Surau, mestilah lelaki kan? Tak taule kalau AJK surau taman berkenaan pompuan kot?
Tapi hati tetap berdetik...Apahalnya dengan aksi, aurat yang terdedah dalam ruang solat Muslimah yang dirakamkan dalam CCTV?
Adakah itu hanya "notis amaran" yang direka? Wallahu'alam...nanti Anim buat edisi siasat.

P/S Kurang cerdiklah Jawatankuasa Surau ni kalau betul pasang CCTV dalam ruang Muslimah

Artikel berkaitan:

Paus terdampar di Kg. Pulau Sayak

Bangkai paus yang hampir seminggu mati. Dah mereput. Ke Kg.Pulau Sayak ...teruja nak tengok dengan mata sendiri..Waaargh....boleh tahan bau ke? Tapi  ok lah. Ikan bukan makan pelik2 sangat..makan spesis dia jugak. Lainlah mayat manusia ke..bangkai haiwan karnivor ke....

Bukannya dekat nak pi menjengok...Nun di sana. Berjalan hampir 500m dari jalan tar melintasi laluan berbatu di tepi pantai (masa ni air surut...)

Bukti ini paus jantan....

Orang dari Pendang ni dok men"gapak" tulang paus. Bila ditanya..'Nak buat ubat".

 Tulang paus yang dikerat . Ubat pelaris rupanya..


P/S Kg.Pulau Sayak terkenal dengan mee udangnya....

Artikel berkaitan:

Hari Pongal Jiran Depan Rumah...


Diundang ke rumah jiran depan rumah untuk sama-sama meraikan Hari Pongal..Alamak...lupalah nama tuan rumah. Seronok juga dapat melihat sendiri bagaimana sambutan Hari Pongal ni. Pernah berjiran dengan family India di Selangor tapi tak pernah pula diajak join. Kali ni...tak lepas peluang...
-------------------------------------------
Pesta Pongal ni bukannya upacara keagamaan. Ia sebenarnya pesta menuai bagi masyarakat Hindu . Pongal tu bermaksud masa menuai. Ceritanya, setiap kali selesai menuai, satu pesta akan diadakan bagi menandakan "kesyukuran". 

 "Pongal" iaitu beras manis yang dimasak bersama susu, air dan gula merah. di dalam periuk tanah.

Simbolik Pesta Pongal....beras yang dimasak itu akan dibiarkan membuak-buak melimpah keluar. Orang yang memasak akan menjerit Pongal!Pongal!Pongal! (Tumpang menjerit sama....kihkihkih)
  Diajak makan nasi yang dimasak tadi..tapi  minta diri dulu yaa..Ada urusan lain yang perlu dikejar..

P/S Selamat Hari Pongal buat jiran depan rumah yang terlupa namanya....

Artikel berkaitan:

Bye Bye Nenek, Nanti Mai SP Lagi....


9 hari di Utara, 11 pagi tadi Bonda bertolak ke KL (rumah adik). Esok ada majlis kahwin anak sepupu di Serdang. "Kalaulah tak ada majlis ni esok, seminggu lagi kat SP pun tak apa. Seronok duduk kat SP ni. " katanya. 

Bonda yang berusia 64 tahun. Sudah biasa travel dengan bas sorang-sorang kalau abah tak mahu ikut. Ke rumah Along di Terengganu pun 2,3 kali dengan bas. Kali ni duduk selesa dalam Sani Express. Sorang aja dia di tingkat bawah. Jumaatlah katakan....lenganglah bas nak ke KL. 

"Bestnya bas ni . Abah, kalau kita orang ikut nenek boleh tak"
Si Abdul buka suara
Amboi...."Sapa nak hantar hangpa 2 orang balik SP?"
  "Nenek la bah"...pandai...pandai
------------------------------------------------
Bye..bye Nenek...nanti mai SP lagi. Pujuk Atuk ikut sekali. Boleh kita sambung aktiviti yang Nenek idamkan tempohari.
Gembira betul Bonda bila Pasaraya Longwan di buka semalam (benda yang pernah dibelinya di cawangan di Perak tu sedap dipakai dan murah harganya....tu pasal nak cari lagi kat sini. Laaa, awat tak habaq benda kecil tu? Hihi..suspen..)

P/S Satu lagi hajat yang diidamkan Bonda ialah memancing di sawah. Hobinya masa kanak-kanak itu (memancing di parit) timbul kembali sewaktu melintasi sawah padi. CNY tempohari dah ronda-ronda sawah di Yan...tapi mencari umpan pulak tak ketemu...Insya-Allah, bila mai lagi....sure kami bawa dia p memancing.

Artikel berkaitan:

Lempeng Telinga Gajah



 Terkejut bila Bonda kata nak buat Lempeng Telinga Gajah untuk hidangan berbuka puasa sunat Khamis semalam . 1st time dengar ni. .Makan bercicahkan lauk sambal udang hidangan tengahari 3 Abdul .  Adunan seperti membuat karipap. Adunan 1/2 kilo tepung gandum ni menghasilkan lebih 15 keping roti berukuran 6".

1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan margerin
air garam yang dilarutkan di dalam sedikit air
~ uli adunan seperti membuat kulit karipap ~

Kemudian ambil sedikit adunan dibulat-bulatkan dan dicanai nipis.
Goreng dalam minyak panas terendam.
Kalau dah menggelembung buncit tu...kira jadilah..
Makan bersama kuah pilihan
Note: Nak makan baru goreng. Kalau dibiarkan sejuk lama...liat. So, jangan buat banyak2...


P/S Macam2 nak belajar masak ngan Bonda...masa anak dara dulu malas pulak....

Artikel berkaitan:

Hati Orang Tua Payah Diduga...

Sekarang musim memotong padi di Kedah. Nak cari pemandangan kehijauan sawah bendang yang indah, saujana mata memandang...dah payah. Setelah puas pusing2...hajat Bonda terkabul semasa meronda Yan. Dapatlah dia bergambar berlatarbelakangkan sawah padi yang belum dipotong (almaklum, kat Johor cuma ada pokok getah dan sawit). 

"Macam bergambar dengan pokok lalang je Nim"

Hati orang tua tak boleh dijangka. 7 hari di SP...puas rasanya bawa Bonda meronda-ronda area Alor Setar, Yan, Merbok, Sg.Petani... Menara Alor Setar dah naik, Tanjung Dawai dah sampai....

Ke rumah kelahiran Tun Mahathir pun sudah....

"Tempat mesti singgah" kalau ke Alor Setar. Pekan Rabu pun dah pi...

Sembahyang di Masjid Negeri Kedah....Masjid Zahir (antara masjid tercantik di Malaysia)...pun dah bawa solat kat sini..Rupa-rupanya ada hajat lain yang diidamkan dihatinya. 

Terkedu bila pagi-pagi nak ke sekolah pagi semalam, dia sempat bertanyakan Anim, "Bila nak bawa mak pergi Longwan?"  (Psss...Longwan tu nama pasaraya. 

Kabonya...Bonda berkesempatan mengikut makcik ke salah sebuah cawangan di Perak. Apa yang best agaknya...sampai menyebut nak ke sini bila dapat tahu kat SP pun ada branch..Aduhhh, dekat 2 tahun dok sini...tak pernah sekali Anim jejak kaki ke sana. Teruja juga kita nak tau apa ada dalamnya...heee.)

P/S Memenuhi permintaan Bonda....membawanya ke Pasaraya Longwan selepas menghantar anak2 ke kelas Pengajian Al-Quran petang tadi, malangnya...TUTUP lagi...sakan CNY nih...Frust Bonda nampaknya...

Artikel berkaitan:

Rempeyek Resipi Emak


Si Abdul sulung peminat rempeyek no.1. Dek kerana dia ni cukup cerewet, hanya rempeyek air tangan neneknya saja yang digemari. Tapi...jumpa waktu raya sajalah. Kali ni pandai pulak dia mengusulkan agar Anim belajar buat rempeyek dari Bonda sementara Bonda ada di SP. "Senang nanti nak makan....Ummi boleh buat sendiri"


1 peket tepung beras
6 sudu besar tepung ubi
20-25g ketumbar biji
1 camca besar jintan putih(halus)
1 camca kecil jintan manis (kasar)
1 cawan ikan bilis@udang kering ~ direndam dan kisar kering(tanpa air)
5OOml santan dari sebiji kelapa
2 butir telur
Garam
Kacang tanah [dijemur/goreng tanpa minyak sekejap]

Cara:
Ketumbar, jintan putih dan jintan manis dikisar bersama telur dengan menggunakan sedikit santan. [bukan air]
Tepung beras digaul bersama tepung ubi bersama garam.
Masukkan adunan yang diblend tadi ke dalam mangkuk tepung.
Masukkan ikan bilis@udang kering kisar.
Masukkan sedikit adunan ke dalam mangkuk lebih kecil, masukkan kacang tanah.
Dengan menggunakan sudip rata...gunakan kreativiti untuk membentuk rempeyek..



UPDATE: Guna tepung beras 3 Gajah untuk hasil terbaik

P/S Buat besar gedabak sebab nak cepat siap ....

Artikel berkaitan:

Masakan Kampung@Dee Pumpong

Turun dari Alor Setar Tower...lapaq lah perut. Berdekatan Kedah Medical Centre(KMC), di deretan rumah kedai 2 tingkat...nak bawa Bonda makan masakan kampung Kedah. Sebelum ni kami makan di  Sri Pumpong.

Kali ni kami berganjak 3 pintu dari situ..Dee Pumpong pulak. Khabarnya mereka ni adik beradik..dari satu restoran dah berpecah jadi 3 restoran...semua terletak berdekatan...dan mengekalkan nama Pumpong di restoran masing-masing.

Bingung tengok deretan lauk. Anim surrender dah. Anim minta Encik Suami ajak Bonda pilih lauk. Jujurnya, Anim tak reti pilih makanan kalau ada banyak pilihan. Gambar ihsan Mr.Google

Berbanding dengan Sri Pumpong, tempat makan untuk family besar lebih selesa di Dee Pumpong. View di tepi sungai ...seronoklah makan. Menu masakan kampungnya memang kelas. Bonda kata...sedap semua lauknya. Bagi Anim, rasa 2X5 dengan Sri Pumpong. Iyalah...satu asal usul keturunan...mestilah sama rasa. 

Menu  ayam kurma, ayam kampung goreng, hati lembu tumis, sup daging, ikan keli dan haruan goreng, tumis cendawan dan ulam-ulaman ini dikenakan RM65. Kami ber5 tak toleh kiri kanan lagi..

P/S "Emak nak puasa esok lah Nim...Sejak datang asyik makan je..."

Artikel berkaitan:

Alor Setar Tower@Kedah laaa...


Photographer amatur...guna kamera handphone jek...

Hari ni bawa Bonda ke  Alor Setar Tower. Kami 4 beranak ni pun 1st time ke sini. Alor Setar Tower setinggi 165.5m  merupakan tower ke19 tertinggi di dunia. Baru dibuka selepas kerja naik taraf sejak Disember lalu. Tiket dewasa RM6, warga emas RM4 dan kanak-kanak RM3.
----------------------------------------------------
 Ini pengalaman pertama buat 2 Abdul. KL Tower yang ke4 tertinggi di dunia pun kami tak pernah sampai lagi... 
Namun pengalaman mengunjungi tower seperti ini merupakan pengalaman ke-4 buat Anim. 
----------------------------------------------------
Anim pernah ke Eiffel Tower di Paris, Carlsberg Sky Tower di Singapore dan Fernsheturm Tower di Berlin, Germany . Encik Suami pula lebih satu tower (5 la dia...) iaitu Oriental Pearl Tower di Shanghai (ke3 tertinggi di dunia) sewaktu lawatan kerja ke China pada 2008. (Insya-Allah...Anim akan cuba scan gambar-gambar lama kami tu nanti untuk tatapan readers pada n3 akan datang)

Lif membawa kami ke 4th floor (Open Deck), 3rd floor (Seminar, Meeting Rooms), 2nd floor (Restoran Seri Angkasa ~ tutup hari ni) tapi....tak dibenarkan keluar lif . Kalau ada functions sahaja boleh ke floor yg dinyatakan tadi.

Kami hanya dibenarkan keluar dan melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar di Observation Deck sahaja di 1st floor (88 m ~ tak gayat le...). Bolehlah guna free binoculars yang ada...tengok sawah padi..tengok apa yang ada di bawah nu....Orang tak ramai pulak hari ni. Kata guard, sejak CNY hari tu...pengunjung punyalah ramai . Kalah cuti Hari Raya Puasa lalu..
-----------------------------------------------------
Menara ini juga menjadi menara pemerhatian untuk melihat anak bulan menandakan permulaan kalendar Islam (bulan Ramadhan dan sebagainya.


P/S Souvenir shop tak buka la pulak...Bonda macam anak dia jugak...suka kumpul fridge magnet!!


Artikel berkaitan:

Bonda Jadi Hakim Rasa Mee Udang

Si Abdul discaj hospital semalam. Adik-adik dan anak-anak saudara dah balik ke Bangi malam tadi. Bonda saja yang tertinggal (abah ada di Johor...tak nak ikut berjalan). 

Mana nak bawa Bonda ni sementara cuti raya Cina berbaki 2 hari? Jom bawa dia tengok sawah padi dan laut...selama ni mata Bonda tengok pokok sawit je kan? Lepas tu...kita pekena Mee Udang Pulau Sayak laaa....

Budak baru kuar hospital ni bagitau Bonda, jangan balik cepat sangat. Dia nak bawa Nenek jalan-jalan tempat lain.

Amacam? Apa kata hakim? Bonda kata lebih sedap dari  Mee Udang Mak Teh di Kuala Sepetang. Manis kuah udangnya terasa.

Tapi Bonda, hari ni naik RM1 sepinggan. Alasannya harga udang  raya Cina ni naik...so, mee udang biasa RM7 sepinggan ni jadi RM8 sepinggan. 

Nak pekena Ketam Masak Sos....tapi jam 6.30 petang...ketam dan sotong dah habis. Nak kata apa , .. cuti raya lah katakan. Kami biasa mai sini bukan waktu cuti, takdelah ramai sangat, sampai parking kereta pun berlapis-lapis. Takde rezeki Bonda hari ni..

P/S Dah bertambah gerai Mee Udang di Pulau Sayak. Satu perkembangan sihat....

Artikel berkaitan:

Jalan-jalan@Tanjung Dawai

Si Abdul dah tak keruan bila diberitahu family Johor nak ke Tanjung Dawai setelah melawatnya di hospital. Merayu-rayu nak ikut. Kesian la pulak. Dah 4 hari duduk terbaring atas katil. Sepanjang hari ni, tak muntah lagi.(Nurse memberi keizinan dengan syarat pulang semula ke wad sebelum 9 malam)

Kami ke bangunan Arked Mara dulu. Tempat favourite dituju..gerai Kak Ta, No.18. Toke dia boleh lebih kurang. Tak dapat nak ambik gambar hari ni sebab....dah macam sardin gerai dia. Berhimpit-himpit. Beli sedikit ole-ole untuk Gee bawa balik ke Bangi dan emak untuk dibawa balik ke Johor.

Kemudian, 6 petang dah ke Ikan Bakar Mak Njang. First time bawa emak, adik lelaki bujang, Gee (adik perempuan) dan 2 anak saudara Anim ni

Cuti Raya Cina lah katakan. Orang punyalah ramai...Dari nampak batang hidung di sini...sampai gelap dah baru dapat makanan. Tak apa...Fahmi, Farah, dan 2 Abdul sibuk nak main layang-layang tepi laut. Anim, emak, Encik Suami, Gee dan Wan ada banyak topik yang dibualkan. So...tak terasa menanti. Yang pasti, time cuti2 dan orang ramai lebih dari kebiasaan ni. 

Cara yang sering Anim lakukan di sini untuk memastikan tak menunggu terlalu lama ialah:
1) Encik Suami terus pilih ikan/udang/sotong di hadapan restoran
2) Anim bawa family cari tempat duduk sesuai dan pastikan clue/nama/no.meja
3) Pi tolong Encik Suami..tentang menu yang dikehendaki, bakar ke..goreng bertepung ke...Bagitau meja/pondok kat adik yang menimbang di bahagian ikan tersebut.
4) Pelayan akan ambil order makanan lain (nasi, Tomyam, sayur dan sebagainya) serta minuman di pondok/meja kita. Pastikan order betul2 @ cukup. Kalau order kemudian...jenuh menunggu.
5) JANGAN tukar meja/pondok sebelum makanan/minuman tiba.

P/S Simpati kat keluarga di pondok sebelah...sehingga kami selesai solat Maghrib (ada surau) dan nak berangkat balik..belum ada makanan atas meja mereka.

Artikel berkaitan:

Siapa Yang Kahwin Ni?

 "Lari" sekejap ke Taman Ria untuk menghadiri jemputan perkahwinan bekas boss Encik Suami di KL satu masa dulu (dah pencen dan sekarang menetap di SP) . Bonda tolong jaga anak di hospital jap...Encik Suami ajak Anim ikut serta. Kami tertarik sebenarnya melihat banner yang terpampang.

"Siapa yang kahwin ni?  Amboi...mak dan bapa pengantin pun tumpang sekaki...letak gambar di banner.

Tak nampak pasangan pengantin. Jumpa mak ayah pengantin perempuan yang cun bergaya. Tak bolehlah lama-lama...Lepas makan..mohon diri. Tahniah terima menantu pertama. Meriah dan kenyang dibuatnya.  Khabarnya 2 ekor lembu, 5 ekor kambing dan 250 ekor ayam tumbang hari ini....

P/S Jangan mare haaaa....

Artikel berkaitan:

Gong Xi Fa Chai di PHSP

Sejak muntah-muntah sewaktu assembly di sekolah Ahad lalu, tekak si Abdul tak boleh terima makanan. Lembik badan, tidur memanjang dan tak boleh angkat badan...Tak boleh jadi ni...malam Isnin, 31 Januari...admitted Pantai Hospital.Tulah....payah nak suruh makan. Kadang2 siap berjanji itu..berjanji ini.

Jauh benar perbezaan 2 Abdul ni.Sorang payah nak makan...sorang lagi kena stop bila makan...Setandan kelapa..tak semua sama.

Terkejut bila dimaklumkan caj hospital pun naik. Deposit RM300 sebelum ini (bulan 12 tahun lepas), naik ke RM400, 2 bedded room RM110 ni dah jadi RM130 semalam. Raya Cina ni...kita bercuti 5 hari 4 malam ni sajalah di kamar 205-1  Pantai Hospital Sg.Petani. 

Bukan takat barang2 je naik sejak akhir2 ni...kos perubatan pun naik jugak??. 

Bertuahnya badan bila Bonda yang tiba dari Johor menawarkan diri bermalam menemankan si Abdul di hospital di malam ke 4. Nikmatnya tidur menelentang di rumah (3 hari tidur meringkuk macam udang!!!) .

P/S Makan kena on time, perut kena ada isi dulu sebelum makan makanan "masam"... banyak kali dah pesan...tapi tak dengar nasihat, haaa...baru tau bosannya duduk baring 5 hari di hospital...

Artikel berkaitan: