Home · About Me · Sitemap ·

Hari Pongal Jiran Depan Rumah...


Diundang ke rumah jiran depan rumah untuk sama-sama meraikan Hari Pongal..Alamak...lupalah nama tuan rumah. Seronok juga dapat melihat sendiri bagaimana sambutan Hari Pongal ni. Pernah berjiran dengan family India di Selangor tapi tak pernah pula diajak join. Kali ni...tak lepas peluang...
-------------------------------------------
Pesta Pongal ni bukannya upacara keagamaan. Ia sebenarnya pesta menuai bagi masyarakat Hindu . Pongal tu bermaksud masa menuai. Ceritanya, setiap kali selesai menuai, satu pesta akan diadakan bagi menandakan "kesyukuran". 

 "Pongal" iaitu beras manis yang dimasak bersama susu, air dan gula merah. di dalam periuk tanah.

Simbolik Pesta Pongal....beras yang dimasak itu akan dibiarkan membuak-buak melimpah keluar. Orang yang memasak akan menjerit Pongal!Pongal!Pongal! (Tumpang menjerit sama....kihkihkih)
  Diajak makan nasi yang dimasak tadi..tapi  minta diri dulu yaa..Ada urusan lain yang perlu dikejar..

P/S Selamat Hari Pongal buat jiran depan rumah yang terlupa namanya....

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Hari Pongal Jiran Depan Rumah..."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai