Home · About Me · Sitemap ·

Rempeyek Resipi Emak


Si Abdul sulung peminat rempeyek no.1. Dek kerana dia ni cukup cerewet, hanya rempeyek air tangan neneknya saja yang digemari. Tapi...jumpa waktu raya sajalah. Kali ni pandai pulak dia mengusulkan agar Anim belajar buat rempeyek dari Bonda sementara Bonda ada di SP. "Senang nanti nak makan....Ummi boleh buat sendiri"


1 peket tepung beras
6 sudu besar tepung ubi
20-25g ketumbar biji
1 camca besar jintan putih(halus)
1 camca kecil jintan manis (kasar)
1 cawan ikan bilis@udang kering ~ direndam dan kisar kering(tanpa air)
5OOml santan dari sebiji kelapa
2 butir telur
Garam
Kacang tanah [dijemur/goreng tanpa minyak sekejap]

Cara:
Ketumbar, jintan putih dan jintan manis dikisar bersama telur dengan menggunakan sedikit santan. [bukan air]
Tepung beras digaul bersama tepung ubi bersama garam.
Masukkan adunan yang diblend tadi ke dalam mangkuk tepung.
Masukkan ikan bilis@udang kering kisar.
Masukkan sedikit adunan ke dalam mangkuk lebih kecil, masukkan kacang tanah.
Dengan menggunakan sudip rata...gunakan kreativiti untuk membentuk rempeyek..



UPDATE: Guna tepung beras 3 Gajah untuk hasil terbaik

P/S Buat besar gedabak sebab nak cepat siap ....

Artikel berkaitan:

8 Komen untuk "Rempeyek Resipi Emak"

  1. bunda suka makan rempeyek..tapi nak buat tak tau..lepas ni boleh try..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak nora, cara mak saya ni paling senang tapi taklah comel cam org jual tu...

      Padam
  2. Mcm sedap je Anim cicah dengan sambal kicapkan1... teringin nak buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cicah dengan sambal kicap? 1st time dengar nih..heee

      Padam
  3. Tepung ubi ke tpung jagung yg ok...

    BalasPadam
  4. Tepung ubi dgn tpung jagung mne ok..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai