Home · About Me · Sitemap ·

Lempeng Telinga Gajah



 Terkejut bila Bonda kata nak buat Lempeng Telinga Gajah untuk hidangan berbuka puasa sunat Khamis semalam . 1st time dengar ni. .Makan bercicahkan lauk sambal udang hidangan tengahari 3 Abdul .  Adunan seperti membuat karipap. Adunan 1/2 kilo tepung gandum ni menghasilkan lebih 15 keping roti berukuran 6".

1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan margerin
air garam yang dilarutkan di dalam sedikit air
~ uli adunan seperti membuat kulit karipap ~

Kemudian ambil sedikit adunan dibulat-bulatkan dan dicanai nipis.
Goreng dalam minyak panas terendam.
Kalau dah menggelembung buncit tu...kira jadilah..
Makan bersama kuah pilihan
Note: Nak makan baru goreng. Kalau dibiarkan sejuk lama...liat. So, jangan buat banyak2...


P/S Macam2 nak belajar masak ngan Bonda...masa anak dara dulu malas pulak....

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Lempeng Telinga Gajah"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai