Turun dari Alor Setar Tower...lapaq lah perut. Berdekatan Kedah Medical Centre(KMC), di deretan rumah kedai 2 tingkat...nak bawa Bonda makan masakan kampung Kedah. Sebelum ni kami makan di Sri Pumpong.
Kali ni kami berganjak 3 pintu dari situ..Dee Pumpong pulak. Khabarnya mereka ni adik beradik..dari satu restoran dah berpecah jadi 3 restoran...semua terletak berdekatan...dan mengekalkan nama Pumpong di restoran masing-masing.
Bingung tengok deretan lauk. Anim surrender dah. Anim minta Encik Suami ajak Bonda pilih lauk. Jujurnya, Anim tak reti pilih makanan kalau ada banyak pilihan. Gambar ihsan Mr.Google
Berbanding dengan Sri Pumpong, tempat makan untuk family besar lebih selesa di Dee Pumpong. View di tepi sungai ...seronoklah makan. Menu masakan kampungnya memang kelas. Bonda kata...sedap semua lauknya. Bagi Anim, rasa 2X5 dengan Sri Pumpong. Iyalah...satu asal usul keturunan...mestilah sama rasa.
Menu ayam kurma, ayam kampung goreng, hati lembu tumis, sup daging, ikan keli dan haruan goreng, tumis cendawan dan ulam-ulaman ini dikenakan RM65. Kami ber5 tak toleh kiri kanan lagi..
kat sini memang mahal... tak disyorkan makan kat sini kalau datang ke kedah.. banyak lagi tempat lain yang murah... kedah bukan macam KL, tapi kedai ni buat harga sama macam KL, kekadang time perayaan harganya lebih mahal dari KL... percayalah...
BalasPadamAnon_mahal, murah bergantung kpd kemampuan individu. mungkin yang berminat dgn "ketulenan" masakan melayu tak berkira tentang harga. pendekata..tepuk dada, bukan tanya selera dah tapi tengok duit dalam dompet...
PadamKenapa org melayu kalau pegi kdai mlayu ada sj xkna, mahal n mcm mcm tp kalau mkn kt tmpt makanan yahudi xberbunyi plak lau harga berlipat kali ganda, kna fikir org yg meniaga bknnya pegi market siap terus bnyk keja yg kna buat, lu rasa mahal p market n masak sendiri
BalasPadamnasriz rw_tiga baris ayat (pandangan) tu saya setuju...sebab tu saya publishkan comment ni..cuma ayat terakhir tu saya tak setuju...setiap orang ada pendapatnya sendiri. tak salah nak menegur dan kita jgnlah cepat melenting..
PadamBukan melenting cm rasa kecewa dgn sikap org melayu kita, sampai bla org kita nk maju asyik nk kritik? Ini adalah realiti sikap sesetgah org kita, wa
BalasPadam