Home · About Me · Sitemap ·

Gong Xi Fa Chai di PHSP

Sejak muntah-muntah sewaktu assembly di sekolah Ahad lalu, tekak si Abdul tak boleh terima makanan. Lembik badan, tidur memanjang dan tak boleh angkat badan...Tak boleh jadi ni...malam Isnin, 31 Januari...admitted Pantai Hospital.Tulah....payah nak suruh makan. Kadang2 siap berjanji itu..berjanji ini.

Jauh benar perbezaan 2 Abdul ni.Sorang payah nak makan...sorang lagi kena stop bila makan...Setandan kelapa..tak semua sama.

Terkejut bila dimaklumkan caj hospital pun naik. Deposit RM300 sebelum ini (bulan 12 tahun lepas), naik ke RM400, 2 bedded room RM110 ni dah jadi RM130 semalam. Raya Cina ni...kita bercuti 5 hari 4 malam ni sajalah di kamar 205-1  Pantai Hospital Sg.Petani. 

Bukan takat barang2 je naik sejak akhir2 ni...kos perubatan pun naik jugak??. 

Bertuahnya badan bila Bonda yang tiba dari Johor menawarkan diri bermalam menemankan si Abdul di hospital di malam ke 4. Nikmatnya tidur menelentang di rumah (3 hari tidur meringkuk macam udang!!!) .

P/S Makan kena on time, perut kena ada isi dulu sebelum makan makanan "masam"... banyak kali dah pesan...tapi tak dengar nasihat, haaa...baru tau bosannya duduk baring 5 hari di hospital...

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Gong Xi Fa Chai di PHSP"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai