Assalamualaikum wbt...
Selamat Menyambut Isra' Mi'raj 1435H...
Hari ini Kedah cuti Isra' Mi'raj. Jam 8 malam tadi, tuan blog sudah tiba Ipoh!.Tak sabar-sabar nak balik walaupun tau tak de siapa di rumah Ipoh. Akhirnya, malam tadi tidur ber2 sahaja dengan si Abdul kecil.
Petang semalam, selepas menjemput si Abdul sulung di asrama, Encik Suami bawa dia bermalam di hotel. Actually Encik Suami menghadiri satu persidangan seMalaysia. Lokasi hotel tempat persidangan 4 hari tu hanya 15 minit saja dari rumah.
Waktu diberitahu tentang itu, kami berada di Hentian Sebelah Taiping. Si Abdul kecil mengajak Anim ke hotel tersebut, tak perlu balik rumah. Memikirkan ada stok ikan basah dan ikan pekasam dalam bonet kereta, tak berminat pulak rasanya. Lagipun malam-malam ni, nak guna Waze kat Ipoh ni, tak confident pulak (siang hari pun kadangkala sesat!).
Nak jadi cerita, Encik Suami tak leh jemput kami atau hantar si Abdul sulung pulang rumah kerana kena attend dinner di Casuarina Meru. Keputusan dibuat...biarlah Anim dan si Abdul kecil tidur di rumah dan Encik Suami balik semula ke hotel selepas dinner kerana kasihan si Abdul sulung dok sorang-sorang di hotel,
Seawal jam 7.00 a.m tadi, Encik Suami sudah menjemput si Abdul kecil di rumah. Bolehlah 2 Abdul mandi pool katanya sementara dia bermesyuarat. Anim minta izin tak ikut serta. Depa dah besar sekarang. Dah boleh lepaskan sedikit demi sedikit.
Biarlah Anim duduk merelakskan diri di rumah. Letih bertugas di bahagian jamuan murid dan guru di temasya sukan sekolah semalam belum hilang lagi. Kertas exam yang diangkut balik pun belum habis mark lagi. Berita terbaru, ada tetamu dari Johor nak mai berkunjung sehari dua ni. Konon-konon nak berkemasle tu..
Breakfast dengan baki Domino pizza yang diorder malam tadi. Nilah sekeping!
Sebentar lagi 2 Abdul akan dihantar pulang ke rumah.
Set Ayamas Delivery ini sudah dalam perkiraan untuk diorder :-))
P/S Stok bawang tak de, sayur tak de. Encik Suami sibuk minggu ni sampai tak sempat nak berbelanja dapur agaknya.Nak keluar sorang2, malas. Kat SP, tak berpeluang nak order online kerana tiada service disediakan di kawasan perumahan kami. Bila balik Ipoh, tangan gatal nak mendail dan mengorder bila tahap kemalasan sudah melampaui tahap gaban:-))
Sekolah Johor pun dah mula cuti hari ini Anim. Tapi kakak dgn abang kerja.
BalasPadamSeronoklah abang Abdul dan adik mandi pool sementara menanti ayahnya balik meeting.
salam Israq dan Mikraj kak..
BalasPadamkami kerj agak hari ni... dok kat opis ni ha.. hehe.. wah! akak cuti ye? sedap nengok baki piza Domino tu... set utk anak2 tu pun menggoda...ayam panggang! wow...
seronok lah ye 2 abdul mandi kolam tu.....hihi
awal da cuti ya kak...
BalasPadamwah , dahsyat ayam tuh ... perghhh ...bikin ngences gitu . selamat bercuti . cikgu biasanya klu school break mmg kena mark kertas ...
BalasPadamAlahai siannya Nim jauh jauh datang.....kena tidur sesorag heheh
BalasPadamTak pelahkan demi tugas.....
Tengok pizza tu teringat pizza ikan bilis yg masih belum dapat makan lagi
Sekali sekala merelakskan diri tanpa gangguan best juga :)
BalasPadamKat sini mmg mudah sgt nak order makanan halal online for delivery… Nak western ada, nak beriani pun ada.. Cuma selera melayu jer takde… hihihi...
amboii.. sekali sekala ye anim.. berpizza gitu....
BalasPadamcahayacinta..
BalasPadamoh tak saya nak piza hut juga heeee..sis dok taiping umh sapa? umh sendiri ker heee..cuti sekolah dah bermula harap akan dapat jumpa sis section 18 nanti jumpa MD depan pasar bina best gak...
erk..hii....
Hehehe, biasanya kalau tangan kanan gatal, nak dapat duit tu. Kalau tangan kiri gatal, nak keluar duitlah gamaknya beli makanan online :) Dah takda siapa di rumah, order jelah Anim. Nanti bila keponakan datang dah tentu nak kena tunjuk skill memasak. Mehlah bagi sikit buku anak-anak murid saya tolong tandakan. Cepat aje saya buat dengan pejam mata. Hahaha ....
BalasPadamAnim, thanks again yeah!
http://mummydearie.blogspot.com/2014/05/hadiah-daripada-kawan-kawan.html
Selamat bercuti Kak Anim. Biasalah...bila masa cuti ni...bertambah malas nak masak, makan kat luar atau order jer, hehe. Seronoklah akak dapat bersama sekeluarga semula. Ada program bercuti kemana?
BalasPadamselamat bercuti cikgu...
BalasPadamWah breakfast mkn dominos gitu..
BalasPadam