Assalamualaikum wbt..
Hampir seminggu tak berkesempatan berkunjung ke blog. Masa 24 jam sehari begitu mencemburui. Banyak yang nak dikongsi. Kita mula dengan entry warming up dulu, kay.
Jam 12 tengah malam tadi tiba Ipoh. Ambil Cuti Rehat Khas hari ini kerana ada urusan penting dan
urgent yang perlu dilakukan.
Singgah
Gerai Roti Canai Ijam untuk
breakfast. Order Roti Sanggul (Orang Utara kata Roti Boom) 2 keping sorang . Pagi ni, tak taulah nape.Bila tengok depa menebar roti,
dan dan tu rasa 2 tak cukup. Walhal sama je saiz adunan ngan roti canai biasa, bezanya dicanai nipis atau disanggul.
Sementara tunggu Roti Sanggul siap, sempat bisik kat Encik Suami, macam tak cukup je 2 keping Roti Sanggul untuk Anim tu. Almaklum, kecil je saiznya. Terasa malu pulak bila dinasihatkan supaya makan dulu, tak cukup baru order lain. . Manataknya itulah ayat power yang keluar dari mulut kita bila berdepan perkara "tamak makan" ni dengan anak-anak.
Ijam ni pun cam tau-tau aja bila Roti Sanggul sampai ke meja. Telinga bionik ke, haaa? . 4 keping Roti Sanggul yang diorder ada 3+2 di pinggan.
"Ayah belanja 1 keping." kata anak perempuannya semasa menyuakan pinggan. Hmm..bila 2 keping Roti Sanggul masuk perut, kembang dah dalam perut..
full rasanya. Dok tolak pinggan kat Encik Suami, " Baki satu roti ni. kita
share separuh, no",
P/S Banyak pengetahuan tentang pemakanan pun tak guna bila tak dipraktikkan. Walhal maklum dah, sebelum makan kena kenangkan kapasiti biasa perut sendiri. Jangan ikut kapasiti mata kerana jika berdasarkan keupayaan mata,
semuanya nampak hendak dimakan.
nampak sedap roti sanggul tu, tak pernah try lagi.
BalasPadamnampak menyelerakan la kak...cicah sambal sardin mesti sedap
BalasPadamSalam Kak..
BalasPadamwahh! macam menyelerakan plak roti sanggul ni... tak pernah makan lagi ni... agak2 kat kedai mamak sini ada jual ke idak...hehe
pergh... baca n3 dah teringinlag pulak hehehe
BalasPadamApa lagi kalau sednag lapar tengok portion besar rasa macam sikit aje kan..
BalasPadamBila dah masuk perut baru tahu sendat tak sendat:)
wahh unik nie.. tak pernah rasa lagi ^_^ jadi nak cuba pula
BalasPadamTergoda pulak akak tengok roti sanggul.. memang nampak sedap tu anem :)
BalasPadamaiyooo kak...sy trs lapo ni tgk roti boom aaaaaaaaaaaaaaaaarghhh
BalasPadamRoti canai ni memang nampak kecik tapi bila makan, cepat jer terasa kenyang...kembang kot dalam perut.
BalasPadamkalau saya , mkn satu jer dah kenyang sebab campur dengan air segelas = kembang dalam perut .
BalasPadamroti bom pernh dgr..sanggul sebab pusing ek..
BalasPadamMemang betul. Saya pun selalu macam tu. Bila tengok sesuatu makanan tu rasa macam tak cukup aje. Tapi bila dah pekena, baru tahu senak perut ke tidak nak menghabiskan. Kalau masak pun sama. Yang makan 4 orang sahaja tapi memasak macam nak makan 10 orang. Bila suami tegur, jawab baliklah...'Mana tahu tak cukup nanti sedap sangat, tak mahulah ada yang kempunan!" Selesai makan, bersaki-baki banyak lagi kena masuk fridge, sambung makan untuk esok. Itulah kalau dah tamak haloba menguasai diri. Memang tak dapat nak menolong kalau sendiri tak mahu berubah :)
BalasPadamLama [pulak tak makan roti boom ni Nim...Ah sudah macam teringin pulak hehe....
BalasPadamTapi mmg betul kadang tu nafsu mata dgn nafsu perut sama naik.....