Macam tak percaya dah tiba Johor.
Kami yang paling jauh tapi kami yang tiba dulu!. Rasa macam baru pagi tadi makan sahur di SP. Alhamdulillah, perjalanan 8 jam tanpa henti (tukar driver saja) berjalan lancar tanpa menempuh kesesakan berbanding mereka yang hendak ke Utara. Kami ni melawan arus! Dan tersenyum lebar bila nampak "something" atas meja telefon emak. Wah, dah ada line internet rumah nenek...cayalah. Cucu-cucu tak de alasan nak bising line broadband mereka semput bila balik kampung. Tengok haaa...Mak Ngah try update blog guna streamyx rumah nenek.
Tazkirah Ramadan malam tadi bersama Ustaz Shahul Hamid
Malam tadi Masjid Taman Keladi buat 4 rakaaat solat terawih. Berhenti
untuk Tazkirah oleh Ustaz Shahul Hamid. kemudian kami sambung 4 rakaat lagi beserta 3 rakaat witir hingga 11.30 malam. Dek kerana tak tahu ada tazkirah, Anim tak sedia mencatat (sempat rakam dalam hp je). Tak cukup masa nak dengar semula untuk berkongsi ilmu semuanya hari ini. Yang Anim ingat kata Ustaz, sepertimana kita melakukan tawaf wida' semasa nak meninggalkan Baitullah, ziarah wida' Rasulullah Sallallahu Alahi Wassalam semasa nak meninggalkan Madinah.
Begitu jugalah dengan Ramadan. Sewajarnya kita ucapkan "Selamat Tinggal" (wida') kepada Ramadan. Banyakkan bertasbih (solat Tasbih) .
Ustaz buat perumpamaan suami isteri yang tinggal berjauhan, balik sebulan sekali dalam setahun, bila tiba saat nak berpisah....dok berkepit siang malam. Macam tu jugak dengan amalan kita. Di penghujung Ramadan, Allah akan balas apa yang kita lakukan sepanjang Ramadan. Dan selalunya kita terleka dalam persiapan raya dan ralit bersembang dengan adik-beradik...I lah tu...
Ustaz juga kata walaupun Lailatul Qadar dipercayai pada malam 21 Ramadan yang lalu berdasarkan suasana dan keadaan cuaca pada esok harinya, kita tetap teruskan amalan di malam-malam terakhir. Lailatul Qadar tu rahsia yang hanya Allah SWT saja tau. Manalah tau bukan malam 21 kerana la ni cuaca berjerebu..tu yang nampak mendung saja pagi 22 Ramadan. Mungkin malam 25, mungkin malam 27 @ mungkin malam 29 (malam ni). So, malam ni jangan dok rumah saja. Jom pakat-pakat p masjid....
ada banyak masa nak bersembang nanti kan...
Satu lagi kata Ustaz,hari raya yang wajib disambut cuma sehari. So, hari lain tu bukan hari raya tapi hari dalam bulan Syawal. So, kita yang dah "belajar" ni kena sebut "3 Syawal" @ "10 Syawal" ke..jangan sebut raya ke 3, raya ke 10..nampak sangat kita tak belajar katanya.
P/S Hari lain yang disambut sehingga 30 Syawal tu dah jadi satu adat yang perlu diubah supaya tak jadi tradisi anak-anak kita.Tak salah ziarah menziarahi cuma kat Johor ni ( juga pengalaman tinggal di KL )..ada kala "terlebih sambut". Mana taknya... "31 Syawal, 32 Syawal" depa masih buat open house raya!
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Selamat tiba kampung.....tazkirah sikit"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai