Mencuba restoran baru di Lagenda Height berdekatan Tesco. Ni percubaan ke3 kami ke sini. Percubaan pertama, malam minggu...gagal masuk kerana full house. Malas pulak nak menunggu. Kali ke 2 pun sama. Ada majlis tertentu agaknya...dari luar restoran, pelanggan dah berkumpul. Restoran barulah katakan. Mestilah ramai nak mencuba.
Percubaan kali ke3 malam tadi...baru berjaya. Memang cosy restorannya. Alunan lagunya pun menenangkan fikiran. Nak berbual pun selesa. Hiasan restorannya pun menarik. Macam2-macam. Dari set pinggan mangkuk, basikal, kayu baseball...Yang paling seronok, budak-budak ber2 tulah. Sementara menunggu makanan terhidang, depa ambil kesempatan bermain congkak. Kami memilih Western Food untuk dinner malam ini.
Ni pilihan Ummi. Lamb chop bersama 2 free side linenya...Italian salad dan potato salad.
Encik Suami dengan pan dory bersama nasi goreng dan coselaw ( 2 free side line)
Si Abdul bungsu dengan meatball spaghetti bolognese kegemarannya. Disertakan Italian salad sekali
Si Abdul sulung yang tak memilih panjang menu malam ini. Spaghetti carbonara, favourite foodnya. Disertakan salad juga.
Restoran anak Melayu ini dikunjungi oleh semua bangsa. Bangga bila diberitahu ownernya adalah seorang anak muda (bujang) yang turut memasak di dapur. Ada pilihan ke2 yang lebih menjimatkan dan lebih mengenyangkan dari duduk makan di "Resepi Rahsia".
P/S Service charge 10% tu je rasa tinggi sangat....
Salam
BalasPadamPerahu layar nak pegi mana tuh
follow pula blog saya
i follow....
BalasPadam