Cerita 1:
"Madam ni macam Mami Jarum lah"
Haaaah??? Nak ketawa pun ada. Amboi, advancenya budak sekarang. Sedapnya dia mengata cikgu dia depan-depan.Belum ada 30 hari masuk Tahun 1..dah berani kuar statement fasal cikgu dia.
"Kenapa pulak? Muka saya macam Mami Penang ke chek?"
"Tu haah, pakai gelang banyak-banyak macam Mami Jarum!"
Baru nak melaram ala-ala Bollywood dengan gelang 2+1 (diikat bersama jam tangan) hangpa dah mengata cikgu noo...
"uddin aku cinta kamu selamanya bila kita dah khawin baru kita dapat anak uddin pun dah jadi papa"
(ditaip semula tanpa sebarang pindaan)
Terbeliak biji mata Anim sewaktu menyemak beg sekolah tahun lalu si Abdul untuk "dihapuskira" sempena program "overhaul rumah" semasa cuti Keputeraan Sultan Kedah semalam.
Hai, huruf besar huruf kecil pun main langgar...tanda nokhtah, tanda koma pun tak ada..berani main tulis surat cinta.
Bila ditanya siapa yang menulis. dijawabnya, kawan sekelas di Tahun 2
Laaa...baru 8 tahun dah boleh tulis statement begini....memang advance budak ni.
(Nota tambahan : Tak padan gedebab si Abdul ni, ada jugak yang meminatinya ke?)
P/S Kedua-dua situasi berlaku di sekolah kampung...yang masih dikelilingi kehijauan bukit bukau dan sawah padi....yang kebanyakan penduduknya bekerja sendiri..
Belum ada komen untuk "Advancenya Murid Sekarang...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai