(View dari bilik kami di tingkat 3)
Pulang dari Pulau Payar. Mr.Hubby bawa kami check-in hotel yang baru setahun dibuka..de Baron Resort. Kak Wan, adik ipar pemilik hotel, sama mengajar satu sekolah dengan Anim di SP. Terletak di Bandar Baru Baron di Kuah. de Baron Resort milik anak Melayu ni dibina di atas tanah bertambak. Kerap dengar Kak Wan bercerita tentang keindahan resort ni yang mengadap laut...xcited pulak nak p menginap. Tak sangka available pulak sebab nampak banyak kenderaan petugas media Le Tour De Langkawi di perkarangan parking.
Bilik kami ada 2 katil King Size.
Swimming pool yang dibuka sampai malam. Jam 6 petang masih panas. View mengadap laut tu yang menarik.
Wakaf-wakaf yang dibina...ramai yang mengambil kesempatan makan di sini semasa breakfast dan dinner. Boleh bersila..mengadap laut. Kata kak Wan, wakaf yang diberi nama Tok Majid, Tok Dayang dll tu..nama bapa dan adik-beradiknya.
P/S Teringat kepala shower di bilik mandi...besarnya!! Puas mandi...hihi
Lain-Lain Artikel:
kak, hotel nie dekat ke dgn pekan kuah? boleh jalan kaki ke?
BalasPadamyg dekat dgn pekan kuah tu..
BalasPadambaron hotel kot.
baron resort ni kalau menapak,
jauh tu..