Nak makan Briyani Gam? Tak payahle balik Johor semata2 nak pekena Briyani Gam Batu Pahat. Kat Sg.Petani ada 2 restoran yang menjual briyani (kecuali restoran mamak) yang memenuhi selera tekak Anim. Restoran pertama ialah Restoran Ishar di Taman Sejati (tuanpunyanya orang Peserai, Batu Pahat). Satu lagi restoran Briyani Aqeem berhadapan IKM Sg.Petani (adik tuanpunya Restoran Ishar)
Hari ni selepas kelas terakhir di OUM, Encik Suami bawa Anim dan anak2 (yg kelaparan menunggu Anim) ke restoran Nasi Beryani Gam di Perdana Height, Sg.Petani yang terletak tak jauh dari bangunan OUM Amanjaya, Sg.Petani. Restoran ni baru dibuka. Makanan yang paling best...makan waktu kita lapar!!!! Kalau ikut tekak kami ber2 (orang B.Pahat, Johor)..nasi okey. Lauk kambing okey..lauk ayam saja tak kena dengan tekak sebab rempah tak meresap ke ayam. Ayam goreng kampung tak try pulak sebab takut liat (tak pe...lain kali boleh cuba)
Boleh tahanlah sedapnya. Orang memang ramai...keadaan restoran yang sempit, dengan meja serta kerusi disusun rapat saja mengundang ketidakselesaan di waktu puncak.
Inilah restoran Nasi Briyani pertama di Sg.Petani yang tak perlu beratur untuk ambil makanan (rasanya)
P/S Ini restoran Nasi Briyani Gam Johor Bahru. Ada sedikit perbezaan dengan Nasi Briyani Gam Batu Pahat.
Lain-Lain Artikel:
Jika anda penggemar nasi beriani, saya cadangkan anda ke Restoran d'Balak di Taman Tuanku Haminah, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.Saya pernah makan di kedai-kedai yang anda nyatakan tetapi jujurnya saya katakan ianya tidak dapat menandingi d'Balak....http://www.panoramio.com/photo/43029464
BalasPadamsy dah ke tempt yg dimaksudkann.sy kurang mggemari rasa nasi dan ayam goreng berempahnya yang sejuk. nampaknya selera kita berbeza. dpn emerald puteri yg boleh masuk tekak namun...tau2 sajalah. org queue..tu yg malas...
BalasPadam