Kuak udang laut..baru nampak mee. RM8.50 mee udang special nih
Timbul nama Mee Udang Kuala Sepetang bila bertanyakan makanan yang best kat receptionist selepas check in di Taiping Golf Resort. Dia kata Mee Udang Kuala Sepetang pernah masuk TV3.Teruja nak compare dengan Mee Udang Pulau Sayak di Kuala Muda & Mee Udang di Sg.Dua .
Perjalanan (hujan renyai2) lebih kurang 30 minit dari TGR ke Kuala Sepetang...menemukan beberapa restoran/gerai menjual Mi Udang di tepi jalan. Alahai...napelah lupa tanya adik tu tadi nama gerai yang ummphh. Kami mencari gerai yang banyak kenderaan parking di depan gerai. Psikologi tu..gerai yang ramai pelanggan..tu yang biasanya sedap.
1st kami jumpa Mak Teh Mee Udang. Penuh pelanggan di gerainya . Anim minta Encik Suami terus memandu. Tak jumpa, u-turn sajalah nanti. And then 2nd gerai tertera Pak Hashim Mee Udang. Ramai juga pelanggan. Tak tergerak hati pula nak berhenti. Last stop, jumpa gerai ke 3. Nak tau sebab apa kami berhenti singgah?
Signboard MAK JAH dari kulit kerang ni menarik perhatian. Ramainya pelanggan. Tak putus-putus keluar masuk.
Si Abdul dengan nasi goreng udang specialnya
P/S Kalau yang ni dah buat Anim teringat2...tak taulah perbezaannya dengan 2 gerai mee udang lain lagi yang belum sempat dirasa tu... Nak compare dengan Pulau Sayak...ibarat memilih intan dan permata..Dua-dua sedap!!!!
Belum ada komen untuk "Mee Udang@Kuala Sepetang"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai