Home · About Me · Sitemap ·

Al Fatihah buat sahabatku, Sameha


Assalamualaikum wbt..

Dah dua hari kami berbuka 5 minit lebih awal dari Sg Petani. Jangan salah faham ya. Anim balik Ipoh. Pusing kepala tu macam berkurangan sikit, tu yang berani drive. Sikit je pun sakitnya.

Berbicara tentang sakit dan kesulitan yang dialami, Anim teringat nasihat yang diberikan Ustaz Haslin Bahrim (Ustaz Bollywood) di Kg Sg.Kinta bulan lalu.

Katanya, "lantaklah" apa yang Allah nak buat kat kita. Sakit, sihat, senang, susah. Dah kita ni hambaNya. Ikut DIAlah nak buat apa kat kita. Kita terima saja. Yang penting, keredhaan Allah di dunia dan akhirat yang kita mahu. Mati kita dalam keadaan Allah redha...

Pagi tadi sambil mendengar tazkirah Ustaz Ahmad Dusuki Rani ,"Rahsia Kematian & Alam Akhirat" di youtube, ayahnda telefon. Terkejut juga..7 pagi, awal lagi ni. Lagi-lagi dapat tau dia keluar jemaah 3 hari di satu tempat.


Ayahnda sampaikan berita mengejutkan. Berita pemergian sahabat Anim di Batu Pahat. Tambah mengejutkan dan membuatkan hati bertambah sebak ialah arwah meninggal dunia bulan Mac lalu. Berita ini Anim terima pagi ini, setelah 3 bulan berlalu.

Menurut Ayahanda, suami arwah (pernah satu markas jemaah tabligh dengannya) telah menyampaikan pesan kepada rakan jemaah ayahnda untuk menyampaikan berita itu kepada ayahnda dan meminta ayahnda menyampaikan berita itu kepada Anim kerana arwah merupakan sahabat Anim.

Arwah merupakan rakan sekelas Form 6 di High School, Batu Pahat. Bila Anim dapat masuk Maktab, kami masih meneruskan persahabatan melalui surat. Kemudian Anim dikhabarkan, dia juga memilih  bidang perguruan sebagai kerjaya. Hubungan kami kemudian terputus.

16 tahun kemudian, sewaktu Encik Suami bertukar dari Kulim ke Batu Pahat, Anim berpindah ke Peserai. Hari pertama melapor diri, Anim terpandang satu nama yang amat dikenali di notis board sekolah. Anim ingat nak buat surprise, nak tunggu hingga hari buka sekolah.

 Malangnya Anim tak jumpa pun sahabat Anim ni. Mungkinkah nama saja yang sama. Dari rakan-rakan lain, Anim bertanyakan cikgu yang punya sama nama dengan sahabat Anim ni. Depa tunjuk sorang cikgu yang berpurdah. Masha Allah....tentu sekali Anim tak mengenalinya. Dia berubah 100%. Lucunya...dia tak mengenali Anim kerana Anim nampak putih. Haha...

6 tahun di Batu Pahat, hubungan kami terjalin semula. Kami kerap menziarahi satu sama lain. Sehinggalah Encik Suami diarahkan berpindah ke KL kemudian ke Sg.Petani dan kami hanya berSMS dan berWhatsapp saja.

Sayunya hati membelek kembali ucapan hari raya tahun lalu...

 Tambah sayu mengenangkan kelapan-lapan orang anaknya yang berusia dalam 23+ hingga 10 tahun.

Tiba-tiba...kerinduan menusuk jiwa. Menurut kata kawan sekelas Form 6 dulu, arwah ada berpesan kepadanya kalau menjengok anaknya yang belajar di Alor Setar, singgahlah rumah Anim. Pasti Anim akan masak macam-macam nanti. Allahu Robbi...sedihnya..

Anim tak salahkan geng bas sekolah lama yang tak maklumkan pada Anim berita pemergiannya. Mungkin mereka terlepas pandang. Anim pulak tak aktif FB. Arwah dikhabarkan tidak lama sakit, dalam 2 bulan saja (kanser usus). Menurut kawan Anim yang menziarahinya di hospital, arwah redha dan mengatakan apalah sangat sakitnya, jika dibandingkan dengan oranglain. Allah uji sikit saja.

Khabarnya, jenazahnya diangkat dan dimandikan oleh suami dan anak-anaknya. Beruntungnya arwah. Sebelum dibawa ke masjid, kawan bercerita suaminya tazkirah atas kepala arwah surah yang arwah suka baca. Redha suami...syurgalah tempatnya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Damailah kamu di sana, sahabatku, yang disayangi rakan, ahli keluarga dan anak-anak murid. Doaku mengiringimu. Al fatihah..

P/S  Bila rakan seusia meninggalkan kita dahulu, terasa kita sendiri pun semakin dekat dengan kematian. Namun takut memikirkan, cukupkah bekalan kita...




Artikel berkaitan:

Gelagatnya menghiburkan kepala pusing


Assalamualaikum wbt...

Masih belum mampu solat fardhu berjemaah di masjid. Solat terawih berjemaah pun masih belum berpeluang lagi. Kat Utara ni kan meriah, rugi tak join. Walaupun solat dah mampu berdiri tapi nak kena slow-slow turun kepala untuk rukuk dan sujud. Kalau ikut imam, sure tertinggal. Bimbang Imam dah sujud, kita masih tak lepas rukuk.

Hari ni try tak makan ubat. Bukan apa, mengantuk sangat dibuatnya. Makan ubat lepas sahur dan buka. Aduh, beratnya mata.

Dok google juga simptom pusing ni. Terjumpa "Vertigo". Antara nasihat diberikan, kena tinggikan kepala waktu tidur. Kalau  tidur menelentang, memang berpinar alam sekeliling. Bila meniarap, ok sikit. Yang pastinya kepala tak boleh nak menunduk.

Komen kakzakie,berdasarkan masalah sama dihadapi mak zah, Anim kena pantang makan seafood. Geng bas sekolah pula suruh Anim makan buah waktu perut kosong. Digestion failure boleh cause angin, katanya. Anim akan cuba, in sha Allah. Kalau boleh dalam keadaan berpuasa ni, tak maulah p Pakar ENT. Dok sedut, masuk alat dalam telinga karang batal lak puasa. Kalau ABC nanti, tak taule.

Dek kerana lama tak cium bau karpet masjid, lepas p market, Encik Suami bawa Anim singgah satu masjid di SP untuk Kuliah Dhuha. Dah kita dok belakang cari tempat bersandar (dinding). Maklumlah nak bangun, nak berdiri kena ada sesuatu untuk dipegang.

Ternampak si kecil ni yang datang bersama ibu dan ayahnya..

 Anim agak dia ni berusia dalam 16 bulan-18 bulan..tengok cara dia terkedek-kedek berjalan

Ralit pula melihat gelagatnya walhal Ustaz Sheikh Ahmad Fisol sedang membacakan maksud ayat 183-185 surah Al Baqarah tentang perintah puasa sebulan bulan Ramadhan, turunnya Al Quran dalam bulan Ramadhan (bukan sekaligus), lihat anak bulan sebelum berpuasa dan menyambut hari raya (membesarkan Allah)

Snap lagi bila dia sibuk pula membongkar isi beg..

Tergelak melihat aksinya cuba memakai seluar pendek yang dia jumpa. Haha, Aunty tak boleh fokus dah dengan tazkirah Ustaz. No wonderlah anak-anak murid yang dok belakang kelas selalu kena sebut nama dengan cikgu. Tumpuan depa kerap terjejas bila jauh dari cikgu. Heee...samalah kita ya

P/S  Buat ibu dan ayah si kecil ni, maaf ya..Ambil aksi si kecil tanpa izin. Terhibur...

Artikel berkaitan:

Jadual Masuk Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri Kedah 1436H/2015M


Assalamualaikum wbt...

Nak share Jadual Masuk Waktu Imsak & Berbuka Puasa Ramadhan 1436H sebab dok check pageviews yang tinggi kat entry jadual puasa tahun negeri Kedah dua tahun lalu .

Lengkap dengan waktu solat

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa sahaja

P/S Semoga dapat membantu mereka yang masuk blog Anim kerana mencari jadual waktu imsak & berbuka puasa Negeri Kedah tahun ini.

Artikel berkaitan:

Hadiah 1 Ramadhan 1436H


Assalamualaikum wbt...

Salam 1 Ramadhan..

Baru sebentar tadi Encik Suami menelefon dari Ipoh. Sambutan 1 Ramadhan 1436H kali ni tanpanya. Apa nak buat, Perak tak cuti. Anim nak drive ke Ipoh, dok bayang camna nak sahur, duduk asrama, dapur pun tak ada.

Lagipun, kesihatan Anim tak mengizinkan. Dua hari ni kepala Anim ting tong. Rasa melayang dan mata berpinar-pinar. Bila bangkit dari tidur, bangun dari duduk, Anim rasa macam baru keluar dari roller coaster. Anim tak boleh nak rukuk dan sujud. Terpaksa solat duduk. Sedih...solat terawih malam tadi buat di rumah sahaja. Tak dapat ikut sama di masjid.

Semalam Anim cuti sakit. P jumpa doktor. Darah ok. Tinggi tidak, rendah pun tidak. Doktor kata maybe cecair dalam telinga tak seimbang. Kalau ubat yang diberi tak jalan juga dua tiga hari ini, kenalah rujuk dengan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).

Sempat bertanyakan dirinya juga. Dia pun diuji dengan kesihatan juga. Isnin lalu, dia cuti sakit. Dah beberapa hari selepas pulang dari Johor, dia mengadu sakit di perut. Makan pun sakit, bergerak pun sakit. Dia beritahu Anim, dia nak ke hospital (swasta). Tu dah sure sakit sangat sebab sepanjang perkahwinan kami, dia ni cukup payah kalau nak ke hospital bila sakit.

Hasil scan tak nampak apa. Kami bimbang usus sebab dia kata n***snya berwarna hijau. Melalui urine test, sah batu karang. Kalau usus kata doktor, n***s berwarna hitam. Doktor kata kalau ubat diberi tak memberi kesan dan dia masih merasa sakit, kena rujuk balik hospital untuk buat laser.

Namun semua itu bagai lenyap seketika bila Encik Suami beritahu tentang surat yang baru diterimanya. Ya...1 Ramadhan 1436H..ianya merupakan satu hadiah buat kami sekeluarga.

Syukur Ya Allah...Encik Suami dapat balik semula ke Sg.Petani. Bukan balik ke pejabat lama tapi menjaga satu projek di Kota Kuala Muda. Dia diarahkan untuk melaporkan diri pada 1.7.2015 ini. Alhamdulillah, sempat bersujud syukur. Terima kasih ya Allah...

Anim teringat entry sewaktu keputusan Anim menolak tawaran pertukaran ke Perak 2015 yang muncul pada Februari lalu setelah dua bulan berpindah rumah dan bersekolah  (di sini ) dan rasa belah bagi bila membaca komen-komen yang diberikan. Doa-doa kalian diperkenankan Allah, terima kasih. Allah Knows Best....

Buat silent reader, Zaini, terima kasih. Doa anda telah Allah perkenankan. In sha Allah, saya akan berada di sisi suami saya...



P/S Walaupun kami mungkin tak dapat berkumpul dalam dua minggu awal Ramadhan ni, mudah2an dapat melakukannya pada dua minggu terakhir Ramadhan. Cuti raya pun tak pening lagi sebab cuti hujung minggu dah sama.

Artikel berkaitan:

Jumpa Mufti Perak


Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi, dah bersiap nak balik Sg.Petani. Nak breakfast peknga Tok Ayah di Kg, Sri Kinta, tutup pulak. Mana lagi? Roti sanggul Ijam di Taman Temara dihajati. Hari Sabtu biasanya ada kari daging disediakan. Kari kambing pun ada juga. Kalau nak makan roti canai di sini, kena sabar menunggu ya. Don't worry, ada juga gerai jual lontong, soto dan kuih muih di situ.

Elok melabuhkan punggung, terpandang seseorang di depan meja kami. Eh, macam kenal je, macam tau je, macam femes je..

Mufti Perak, Tan Sri Dr Hj Harussani Zakaria. Yang membelakangkan kami ni sure Puan Sri. Gambar ni Anim snap dengan hp si Abdul kecil. 

Sedang menunggu makanan kami sampai. tiba-tiba lelaki yang bersama Tan Sri Harussani datang ke meja kami dan menuju ke arah si Abdul kecil. Ingatkan ada apa. Rupa-rupanya dia minta si Abdul kecil tolong snapkan gambar dengan hpnya. 

Tergelak kecil Anim dan Encik Suami. Dari banyak pelanggan di gerai Ijam, dia memilih si Abdul kecil. Dek kerana baju yang kami paksa beli awal cuti lalu kot. Dari jauh dah nampak..hihi

Kami rakamkan aksinya sebagai kenangan. Nak minta dia bergambar dengan Tan Sri, tak manis rasanya. Hormat sebenarnya .

Kakinya termasuk lubang yang ada di gerai.sewaktu snap gambar. Lelaki yang bersama Tan Sri (tak tahu siapa, maaf ya. Tok Imam ke?) ni begitu prihatin melihat jari kaki si Abdul yang berdarah sedikit. Kemudian isterinya pula datang. Bersalam-salamanlah kami mengenalkan diri. Ustazah rasanya berdasarkan ceritanya yang pernah mengalami tragedi sama, termasuk kaki dalam longkang.

Kami datang ke meja mereka, bersalam dan meminta diri dulu. Tahulah mereka yang kami akan berangkat ke Sg.Petani. Tan Sri dan Puan Sri pun tahu fasal kaki si Abdul kecil dan menyuruh Anim meletakkan minyak. Dan waktu didalam kereta, dia bertanya tangan siapa yang diciumnya tadi...hee, budak ni. Itulah Mufti Perak. Boleh cam nanti jika terpandang wajahnya di paper atau di kaca TV.

P/S  Ada hikmah kami transit Ipoh malam tadi, direzekikan dapat bertemu dengan orang alim/ulamak pagi ini.

Artikel berkaitan:

10 jam di jalan....akhirnya mengalah juga


Assalamualaikum wbt...

Lepas breakfast dan bersiap untuk bertolak ke Sg.Petani, Bonda mengajak Anim ke rumah Cik Din, jiran setaman. Rumah Cik Din dah macam mini museum katanya, bolehlah Anim ambil gambar, Haha. dia tau anak dia ada blog tu..

Anim kata, pukul 8 pagi takkan nak p rumah orang. Awal lagi ni. Ehh..takpe. Cik Din tinggal berdua . katanya. Nanti dia telefon Cik Din.

Terdengarlah perbualannya di telefon dan terkejut gak bila tetiba dengar "........anak kat Kedah ni nak tengok rumah"..Haaaa....nama kita pulak yang kena jual. Sabaq jelah...hihi

Cik Din ni tukang rumah. Rumah Bonda adalah antara rumah yang pernah mendapat sentuhan tangannya.

 Selama ni dengar Bonda bercerita tentang minat Cik Din dan isterinya. Bila lihat sendiri, ternganga mulut. Ni ruang tengah.

 Set teko menuju ruang dapurnya...

 Tu dia. lesung dari saiz XS sampai  XXXXXL

Ruang tamu. Cik Din (t-shirt biru) sudi bercerita tentang koleksi yang dikumpulnya. Macam tourist guide lak

 Semua ada cerita dan sejarah. Kerang, udang tu semua betul..bukan plastik hiasan

 Pernah nampak pemain piring hitam seperti ini?

 Koleksi duit lama, duit pokok pisang zaman Jepun ni, duit kerbau dan macam-macam lagi ditampal di mug. Letak kat meja bercermin, asyik ada yang hilang saja kalau ada orang datang..huhu. Banyak lagi tak terupload. Kemas dan tersusun. Cucu Cik Din pun tak pernah kacau..

Jam 9 pagi baru bertolak keluar. Otw, Anim called pengantin baru. Nak ziarah dia suami isteri di Sg.Mati, Muar. Tak sempat nak berkenalan dengan adik ipar baru. Dahlah 1st jumpa masa depa bernikah.

 Kami berbeza umur 20 tahun .Masa adik kecil, setiap kali cuti sekolah, kami akan bawa dia ke rumah kami di Klang. Kalau tak dia merayap satu kampung, hihi.

 Jam 11.30 pagi, siap dah adik ipar masak nasi. Kata my SIL, adik Anim yang suruh masak...hmmm, sah bersuamikan orang Jawa. Airtangan mak sedara baru, ayam masak kicap dan sayur campur. 2 Abdul siap menambah nasi. Pinggan mangkuk orang baru nak memulakan kehidupan rumahtangga, biasalah kan. 

Kami tak tunggu solat Jumaat di Muar. Perjalanan perlu diteruskan. Dek kerana keluar selepas Subuh, maka tak gugurlah tuntutan solat Jumaat  (musafir).  Exit tol KLIA dan cari masjid berdekatan.

Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Luas parking lot dalam kawasan masjid. Tapi ramai parking di luar. Patutle, memang ambil masa nak keluar dari masjid. Kena ada polis traffik bertugas macam di Masjid Bukit Jelutong, Pernah solat Jumaat di situ waktu bermusafir.

Tersilap ambil jalan. Agaknya ambik exit Nilai instead of Nilai/Elite kot. Terpusing-pusing dalam kesesakan hingga nampak signage Kota Warisan. Kalau tak memikirkan perlu terus perjalanan ke Utara, mahu saja singgah minum teh kat rumah adik lelaki Anim di situ. Pusing-pusing jugalah hampir 45 minit.

Kota Warisan..2015. Terkejut lihat, meriah dengan construction...

Gambar diambil waktu kunjungan 2012

Berhenti minum dan Anim bersolat jamak di Hentian Rehat Rawang. Kemudian meneruskan perjalanan dalam hujan. Bila sampai Ipoh, dah 6.30 petang . Encik Suami mengadu letih, nak singgah asrama dulu, mandi, rehat dan solat. Maklum, 10 jam dah perjalanan kami.

Kononnya, lepas Maghrib kami bertolak balik SP. Hmmmm...bila transit, tau ajalah. Baru terasa penat. Kalau travel jauh ni, tak boleh banyak persinggahan sebenarnya. Badan lagi penat. Pagi esokle baru bergerak ke SP, in sha Allah. Namun puas rasanya. Bak kata Encik Suami, kita bukan singgah tempat tak tentu. Adalah sebabnya Allah nak bagi kita rehat kat Ipoh. Kalau teruskan perjalanan, mungkin lain jadinya.

P/S  Menoleh kembali 10 hari yang dilalui. Macam-macam yang kami pergi dan laksanakan. Malah dapat jumpa kesemua adik beradik, saudara mara dan minta maaf  dengan mertua, dengan Bonda dan Ayahnda sebelum Ramadhan. Bagi Anim yang jarang-jarang dapat pulang Johor, puas rasanya walaupun penat.....


Artikel berkaitan:

Hajat tertunai di Plaza Angsana

Assalamualaikum wbt...

gambar dari google

Nak cerita tentang hajat tertunai dalam entry sebelum ini. Tiada niat nak canang apa yang diberi. Sekadar berkongsi pengalaman. Allah menunaikan hajat kita dengan berbagai cara.

Alkisah, sedang asyik menikmati Mee Rebus Hj Wahid di Medan Selera Plaza Angsana datang satu gadis bertudung dalam belasan tahun menghampiri meja kami. Di tangannya ada sebotol madu dan sebekas krim sapu. 

Dia memberitahu hasil jualan itu ialah untuk sebuah badan@rumah kebajikan anak-anak yatim (Anim tak berapa dengar nama badan/rumah yang disebutnya).

Tambahnya, kalau kami tak mahu membeli barang-barang yang dijualnya, bolehlah bersedekah kepada badan/rumah kebajikan anak-anak yatim itu.

Encik Suami mencari-cari wang di dalam kocek bajunya. Dari airmukanya, dia nampak kehairanan, tadi ada katanya.

Anim bagi hint. Biarlah Anim yang beri. Krim sapu tu RM22. Madu tu tak tanya pula berapa harga. Tak nak belilah, nak sedekah saja.

Sambil makan, Anim raba RM dalam handbag. RM bersepah dalam handbag bukan kerana banyak duit. Petang semalam p cari barang kat shopping mall. Bila diberi balance, main sumbat dalam handbag. Maklum, handbag besar gedabak, tak sempat nak susun cantik dalam purse, huhu, buruk perangai... 

Berbalik kat gadis muda tadi, waktu Anim kata RM itu Anim sedekahkan,  dia ada berkata sesuatu  tetapi Anim tak tumpu perhatian. Entah kenapa, tiba-tiba rasa sebak.  

Sebaik Adik itu berlalu, Anim bertanya samada Encik Suami ingat apa yang Anim rungutkan malam sebelum. Ya, Encik Suami kata dia ingat.

Malam sebelum, Anim merungut kat Encik Suami. Sejak hari pertama tiba hotel, Anim belum dapat sedekah (duit). Duduk hotel, takkan sedekah kat orang kaya. Pelanggan hotel 4 bintang tu ramai Chinese Singapore. Ada tak ada, kerepek ubi pedas ole-ole kenduri adik dan buah mangga yang kak long petik dari rumahnya, Anim berikan pada 2 Nepalese (housekeeping) selesai depa mengemas bilik.

Masha Allah... Adik tu entah dari mana tiba-tiba muncul di depan kami. Membawa barang untuk dijual walaupun kemudian kami sedar yang dia hanya membawa 2 barang ditangannya. Tak nampak pun dia usung beg. Hanya dua tu saja.

Satu lagi kata Encik Suami, dia heran ke mana RM dalam kocek bajunya pergi. Masha Allah, bila diingat kembali,yang menyebut nak sedekah itu ialah Anim. Dan akhirnya, sedekah itu dari duit Anim sendiri!

Sekejap saja kelibat adik itu hilang. Encik Suami tertinjau-tinjau kepala melihat ke mana dia pergi, kot-kot ada sesiapa lagi bersamanya.Tapi tak dapat dikesan.

Anim tak boleh lupa kata-katanya, kalau tak mahu beli, bolehlah BERSEDEKAH saja. Tiba-tiba Anim sebak. Allahu Robbi, Allah lorongkan hati Anim ke Plaza Angsana tengahari itu kerana ada seseorang yang Allah datangkan untuk tunaikan hajat Anim.

P/S  Buat mereka yang sering ke Plaza Angsana, Anim ingin bertanya, adakah gadis muda itu memang ada di sana menjual madu dan krim sapu. Sungguh, Anim inginkan kepastian....

Artikel berkaitan:

Jalan-jalan cari makan@JB


Assalamualaikum wbt..

Ambil kesempatan waktu rehat Encik Suami tengahari dan petang untuk keluar ronda bandar JB. Dia pun dah jemu makan di hotel dan nak cari angin di luar. Pening kepala duduk dalam bangunan sepanjang masa dan tak dapat hirup udara luar. Maklumlah..dah nama mesyuarat. Kadang menjangkau ke jam 12 malam.

Selasa lalu, kami lunch + dinner (jam 6.30 petang) di restoran kegemaran kakzakie, Restoran Singgah Selalu.

Order makanan cukup untuk berdua (itupun mengah nak menghabiskan)..Of course menu yang tak jumpa di Sg.Petani, huhu.

Shark's fin soup (ketam)

Daging rusa black pepper

Vietnamese spring roll

Tengahari Rabu pula, Encik Suami ajak lunch kat luar. Anim ajak dia ke Plaza Angsana. Bolehlah shopping baju di sana. Baju dah habis..mana sempat cuci. Kat KSL shopping mall tak jumpa baju yang sesuai. Serupa Bukit Bintang pulak.

Ke Medan Selera Plaza Angsana. Mula-mula nak merasa Kacang Pool Haji buat pertama kali. Tapi bila lihat kacang pool itu dimakan bersama roti bakar, cancelled lah pulak. Menu petang ok kot.

Then, ke gerai Mee Rebus Hj Wahid. Lama sangat tak pekena. 

Terlebih masam. Dok belek kot-kot kerana limau kasturi tapi tak jumpa pulak.Bila terpandang botol berisi air jernih di gerainya, mungkin masam dek cuka.

Namun kedatangan kami ke Plaza Angsana dan menikmati Mee Rebus Hj Wahid ni menyentap perasaan. Hajat yang diungkapkan malam sebelum tertunai. Bukan hajat makan mee rebus. Tapi hajat lain. Nanti Anim cerita next entry ya..

Dek kerana Encik Suami tak dapat nak habiskan mee rebus kerana terlebih masam, Anim google pulak Restoran ZZ Sup Tulang di Jalan Petri.

Tempat biasa-biasa aja rupanya. Ada tempat bersila juga..Kami tak order Mee Rebus Tulang sepertimana yang disarankan dalam blog yang digoogle. Iyalah...baru makan mee rebus. Makan dengan roti pun tak mau. Order nasi, sup tulang (kambing) dan telur dadar.

4 tulang semangkuk. Tulang ya..jangan ingat ada isi bagai. Telur dadar dah habis katanya. Next time kalau mai (entah bila) boleh rasa Mee Sup Tulang lak.

Malam tadi, kami keluar lagi. Konon-konon nak pekena Murtabak Singapore di Medan Selera Jln Sg Chat dari info yang digoogle. Biasa kami pekena Murtabak Singapore@Muar .

Tersalah masuk jalan pula. Kami berada area Jalan Kolam Air. Banyaknya tempat makan di situ. 

Mata tertarik dengan Restoran Malay Village dan The Cave bersebelahan Masjid Kolam Air. Makan dalam gua, you.. Depa ni satu company. So, kalau makan di Restoran Malay Village, leh order Western Menu di The Cave. Begitu juga sebaliknya.

Anim dicarikan tempat duduk oleh pelayan Restoran Malay Village . Cantikkan..penuh munge, sesuai untuk couple tua berhoneymoon ni. Kalau dengan 2 Abdul, sure depa mahu kami duduk di The Cave.
.
Small size menu tapi boleh makan berempat. Seafood Tom Yum, Mango Salad dan Butter Prawn (10 ekor). Order juga Ayam Pandan. Nasib baik sampai ke sudah tak sampai ke meja. Kalau dak....memang kena tapau. Tapi...sapa nak makan nanti? Syukurlah..

Pagi ni (Khamis), kami bersedia untuk check out. Cukuplah 5 hari 4 malam. Encik Suami pun dah settlekan semua bahagian dia. Tak mahu dah tunggu sehari lagi. Sat g nak ke Kota Tinggi jemput si Abdul sulung. Petang karang nak ke Kluang, ambil si Abdul kecil pula. Then, bertolak balik ke Sg Petani. Kalau penat, kami transit Ipoh. Kalau dak..teruskan perjalanan. Ahad ni dah naik sekolah.. huhu.

Sejarah berulang. Kalau dulu rezeki kami di Bayview Penang . La giliran voucher bertukar tangan. Kali ni, rezeki siapalah agaknya. Dah bagi room card dan breakfast voucher kat urusetia tadi.

P/S  Pernah ada pengalaman menginap sebulan di sebuah hotel di JB satu masa dulu sewaktu menetap di Batu Pahat. Camnapun, hujung minggu Anim akan balik basuh baju. Kali ni...naya. Lepas kenduri terus ke sini. Mana sempat basuh baju. Dok spray perfume jelah jawabnya..huhu

Artikel berkaitan:

Berhibernasi@KSL Hotel dan Resort, JB


Assalamualaikum wbt...

Tengah malam Ahad, lepas kenduri dan hantar si Abdul sulung ke rumah mertua di Kota Tinggi, kami terus bertolak ke Johor Bahru. Encik Suami ada mesyuarat di KSL Hotel dan Resort hingga Jumaat. Si Abdul kecil pula mahu ditinggalkan di rumah Bonda. Sepupu sepapatnya masih ada. Tadi dia called, mak sedaranya nak bawa dia jalan-jalan ke Melaka. Ok..janji hampa gembira.

So, di sini, hanya kami berdua...

Pemandangan dari bilik kami di Tingkat 16. Katanya, resort ni adalah yang terbesar dan terbaru di Johor. Kami di Tower 1. Bangunan sebelah Tower 2 . No wonder ada 868 bilik dan suites.

Main attraction di sini, Dinosaur Alive Water Theme Park. Sure tak naik-naiklah 2 Abdul kalau dapat join Ummi dan Abah di sini. Tak pe....bermain dengan sepupu sepapat yang jarang sekali dapat kumpul sama lagi best buat mereka.

Survey lagi, dalam kawasan hotel dan resort ni ada shopping mall. Tesco pun ada. Cari tempat makan untuk Anim sebenarnya. Encik Suami tak de masalah, semua provided.

Tak dapat bayangkan kalau si Abdul sulung nampak kedai ni...

Boleh berjam-jam duduk mengadap dan sure naik rimas lihat dia "memujuk dan merayu" si Bapak..

Kedai aksesori, kedai jual HP macam ni berlambak dalam shopping mall. Setiap floor ada. Ni tempat kegilaan si Abdul kecil. Casing hp kalau boleh nak tukar setiap minggu. PANTANG nampak yang baru. Selamat..selamat.

Walaupun kat SP tak dapat harga murah begini...tak mahulah apa yang Anim survey ni diketahui 2 Abdul.

Dah survey restoran dalam shopping mall. Yang boleh masuk list Anim, biasalah restoran makanan segera Pizza Hut dan KFC. Yang lain, bunyi Korea, bunyi Jepun, bunyi Taiwan....ampun, tak sanggup masuk bila tertera "No pork, No lard". Kopitiam pun tak berani nak masuk. Tak nampak tanda halal.

Makan di resort saja? Ooo noo...

1st day buffet breakfast after 10% discount untuk room guest..RM40.50. Hari ke 2, Anim makan biskut cecah Milo, haha. Sayang duit oo..banyak mana boleh masuk perut untuk breakfast. Hari ke 3, Anim dipaksa turun breakfast pula sebab  Encik Suami dah tak lalu katanya. Lagipun break pukul 10 pagi, dapat minum lagi, tambahnya.

Anim tau Encik Suami temberang saja tu. Dia kesiankan Anim agaknya. Anim setuju dengan syarat kami take turn, haha.

Syukur alhamdulillah, 2 Abdul tak ikut serta. Setakat Anim sorang, makan breakfast+lunch atau lunch+dinner. Top up dengan biskut dan kerepek, orait saja. Encik Suami bermesyuarat hingga malam. Tak sempat nak bawa kami keluar cari makan. Anim tak yakin lak nak drive sendiri cari makan di JB. Kereta Encik Suami tu payah sikit Anim nak parking. Haha...bertahun duduk bandar kecil, bila p bandar besar, mulalah keyakinan memandu tu goyah.

Dengan bertemankan free Wifi nilah...merehatkan diri sepanjang hari. Berpeluang melayari video Dr.Zakir Naik, Nouman Ali Khan dan Sheikh Yusuf Estes di Youtube.Satu peluang yang jarang dapat diikuti di Sg Petani dengan broadband yang ada, huhu.

P/S  Nikmati keadaan istirehat dan tidur sepanjang hari dalam bilik berhawa dingin. Balik SP, bakal sibuk semula.


Artikel berkaitan:

Anniversary, aqiqah dan majlis kahwin...penatnya


Assalamualaikum wbt....

Selepas majlis pernikahan adik di Bukit Gambir, Muar, Sabtu lalu selesai, keluarga besar kami bergerak pulang ke rumah Bonda pula. Masing-masing dah keletihan. Camnapun dah diingatkan, segera tiba rumah Bonda sebelum Maghrib kerana ada majlis surprise dari adik beradik perempuan Anim (berempat) buat Ayahnda dan Bonda...

50th Anniversary (Jubli Emas) Ayahanda dan Bonda  "Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah kedua mereka sepertimana mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil"

Selepas Maghrib pula, majlis aqiqah Nur Aishah Amani, cucu Bonda ke 27 merangkap anak saudara Anim ke 25. Aishah adalah anak adik lelaki Anim ke 9. Tahun ni, bajet duit raya bertambah..hee

Rasa macam baru buat entry masa hang kahwin dulu, Wan. Tau-tau anak dah dua, alhamdulillah..

Betapa sibuknya kami sekeluarga dalam sehari, huhu. Pusing dah kepala. Tak cukup rehat. Keesokan hari bermula satu lagi majlis..

Majlis sambut menantu pihak lelaki lah pulak. Selang sehari saja dengan majlis pihak perempuan di Muar. Sib baiklah satu negeri kan...
Nilah warna baju yang dicadangkan oleh Ayahnda untuk kami semua.

Tapi biasalah...bukan buta warna tapi kualiti gambar dalam hp masing-masing (Bonda send melalui WhatsApp) kepada kami adik-beradik menimbulkan berbagai persepi tentang warna itu..hihi
.
3 beradik dengan 3 warna berbeza..huhu. Seorang lagi adik perempuan Anim (cikgu) tak ada bersama kami. Kena attend mesyuarat di PPD Kluang dan dapat pulang hanya selepas jam 12 tengahari. Kesian dia...hari Ahad kan hari bekerja di Johor.

3 anak saudara Anim ni juga punya lain persepi tentang warna baju Atok dan Nenek mereka, haha. Dah serupa purple pulak. Macam-macam...

Janji majlis adik lelaki Anim yang ke 10 ni, Muhammad Radhi dan pasangannya Nurul Hafifah berjalan lancar. Nak tahu tak, 1st time jumpa Iffah masa majlis nikah mereka di Muar. Anim tak dapat hadir majlis pertunangan mereka 6 bulan lalu. Lihat wajah bakal adik ipar dalam hp saja, huhu.

Alhamdulillah. mereka pasangan yang direstui oleh semua ahli keluarga baik sebelah keluarga perempuan mahupun lelaki. Semoga perkahwinan dan kebahagiaan mereka kekal hingga ke Jannah.

P/S  Nampaknya sejarah berulang. Kalau dulu selepas majlis kahwin adik ke 9, Anim ikut Encik Suami bertraining, kali ni samalah juga. Petang selepas majlis dah minta izin kat Bonda dan Ayahnda untuk bertolak pergi.

Artikel berkaitan: