Assalamualaikum wbt...
Masih belum mampu solat fardhu berjemaah di masjid. Solat terawih berjemaah pun masih belum berpeluang lagi. Kat Utara ni kan meriah, rugi tak join. Walaupun solat dah mampu berdiri tapi nak kena slow-slow turun kepala untuk rukuk dan sujud. Kalau ikut imam, sure tertinggal. Bimbang Imam dah sujud, kita masih tak lepas rukuk.
Hari ni try tak makan ubat. Bukan apa, mengantuk sangat dibuatnya. Makan ubat lepas sahur dan buka. Aduh, beratnya mata.
Dok google juga simptom pusing ni. Terjumpa "Vertigo". Antara nasihat diberikan, kena tinggikan kepala waktu tidur. Kalau tidur menelentang, memang berpinar alam sekeliling. Bila meniarap, ok sikit. Yang pastinya kepala tak boleh nak menunduk.
Komen kakzakie,berdasarkan masalah sama dihadapi mak zah, Anim kena pantang makan seafood. Geng bas sekolah pula suruh Anim makan buah waktu perut kosong. Digestion failure boleh cause angin, katanya. Anim akan cuba, in sha Allah. Kalau boleh dalam keadaan berpuasa ni, tak maulah p Pakar ENT. Dok sedut, masuk alat dalam telinga karang batal lak puasa. Kalau ABC nanti, tak taule.
Dek kerana lama tak cium bau karpet masjid, lepas p market, Encik Suami bawa Anim singgah satu masjid di SP untuk Kuliah Dhuha. Dah kita dok belakang cari tempat bersandar (dinding). Maklumlah nak bangun, nak berdiri kena ada sesuatu untuk dipegang.
Ternampak si kecil ni yang datang bersama ibu dan ayahnya..
Anim agak dia ni berusia dalam 16 bulan-18 bulan..tengok cara dia terkedek-kedek berjalan
Ralit pula melihat gelagatnya walhal Ustaz Sheikh Ahmad Fisol sedang membacakan maksud ayat 183-185 surah Al Baqarah tentang perintah puasa sebulan bulan Ramadhan, turunnya Al Quran dalam bulan Ramadhan (bukan sekaligus), lihat anak bulan sebelum berpuasa dan menyambut hari raya (membesarkan Allah)
Snap lagi bila dia sibuk pula membongkar isi beg..
Tergelak melihat aksinya cuba memakai seluar pendek yang dia jumpa. Haha, Aunty tak boleh fokus dah dengan tazkirah Ustaz. No wonderlah anak-anak murid yang dok belakang kelas selalu kena sebut nama dengan cikgu. Tumpuan depa kerap terjejas bila jauh dari cikgu. Heee...samalah kita ya
P/S Buat ibu dan ayah si kecil ni, maaf ya..Ambil aksi si kecil tanpa izin. Terhibur...
mak selalu kena vertigo.. tngk2 sbb mmg x makan sngt..
BalasPadamso doc suruh makan ikut time.. and yes.. tido kepala kena lebih tinggi..
CT x pegi solat trawih kat masjid jugak.. buat kat rumah..
sbb masjid kat kawasan rumah banyak sngt org lelaki n org prempuan huurm..
huurm..
Makchaq besa kena vertigo ni... makan masa jugak nak ok... solat memang slow motion.. klu x tertonggeng..
BalasPadammakchaq klu nak jadi telinga rasa bengang berdesing.. kadang2 ada echo....macam ada presure dlm telinga..pernah sekali teruk sampai muntah2.. x makan ubat apa pun.. biaq baik sendiri ja..
Sonok tgk gelagat si kecik tu yerr..cute jer heheheeh
BalasPadamNeway..moga cepat sembuh yer...sy leh bygkan keadaannye mcm mn....
mcm gelagat my anak buah ni . baru pandai jalan , pastu suka menyelongkar beg ... semoga cepat sembuh dan dipermudahkan ...
BalasPadamMintak maaflah...jarabg dgr mslh vertigo ni. Baru paham apa itu vertigo. Semoga anim cepat sembuh dan sihat sperti sediakala....
BalasPadamSalam ramadan!
Bunda pun tak pergi masjid, semoga dipermudahkan dan cepat sembuh..
BalasPadamAlhamdulillah masih berpeluang walau tak mampu berjemaah Anim - tak kisahlah kuliah dhuha pun penuh pengisian. Ujian Allah sakit dtg tanpa di duga. Moga cepat berlalulah hendaknya.
BalasPadamGelagat budak memang boleh jadi terapi kan Anim
Kakak pun boleh jadi macam Anim ralit kalau tengok budak - apa lagi comel macam tu:)
comel..usia tengah ligat kan
BalasPadamcomel je..yg penting dia x buat bising kan ;-)
BalasPadamADEHH COMEINYA KAK... SAYA PUN MESTI RALIT TGK BABY NI., SILAP2 SAYA YG JOIN SEKALI..
BalasPadamhihi.
BalasPadammenghiburkan hti
tp akak tetap bg tumpuan juga kan
Baru dengar nama penyakit ni..Semoga cepat sembuh ya anim
BalasPadamalahai comelnya...kadang-kadang kita tak boleh marah anak-anak bising di masjid.dah itu fitrah diorang.kena nasihat elok-elok.
BalasPadamsemoga vertigo akak cepat sembuh ye
Kalau diet tak ikut cara betul pun boleh buat dapat vertigo sebab perut kosong. Mulalah bila berdiri aje pening semacam.
BalasPadamComel alahai tengok keletah budak-budak ni. Nasib baik dia menyelongkar aje, kalau merengek kesian pulak pada emaknya; pun tak khusyuk mendengar ceramah juga :)
Ohhh vertigo.....kita pernah jena jugak Nim.... Mmg mcm mcm rasa, nak muntah ada, pusing jangan ceritalah berpeluh dibuatnya....okje tak gi klinik pun, takut haha.....udahnya baik sendiri.
BalasPadam