Home · About Me · Sitemap ·

Jumpa Mufti Perak


Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi, dah bersiap nak balik Sg.Petani. Nak breakfast peknga Tok Ayah di Kg, Sri Kinta, tutup pulak. Mana lagi? Roti sanggul Ijam di Taman Temara dihajati. Hari Sabtu biasanya ada kari daging disediakan. Kari kambing pun ada juga. Kalau nak makan roti canai di sini, kena sabar menunggu ya. Don't worry, ada juga gerai jual lontong, soto dan kuih muih di situ.

Elok melabuhkan punggung, terpandang seseorang di depan meja kami. Eh, macam kenal je, macam tau je, macam femes je..

Mufti Perak, Tan Sri Dr Hj Harussani Zakaria. Yang membelakangkan kami ni sure Puan Sri. Gambar ni Anim snap dengan hp si Abdul kecil. 

Sedang menunggu makanan kami sampai. tiba-tiba lelaki yang bersama Tan Sri Harussani datang ke meja kami dan menuju ke arah si Abdul kecil. Ingatkan ada apa. Rupa-rupanya dia minta si Abdul kecil tolong snapkan gambar dengan hpnya. 

Tergelak kecil Anim dan Encik Suami. Dari banyak pelanggan di gerai Ijam, dia memilih si Abdul kecil. Dek kerana baju yang kami paksa beli awal cuti lalu kot. Dari jauh dah nampak..hihi

Kami rakamkan aksinya sebagai kenangan. Nak minta dia bergambar dengan Tan Sri, tak manis rasanya. Hormat sebenarnya .

Kakinya termasuk lubang yang ada di gerai.sewaktu snap gambar. Lelaki yang bersama Tan Sri (tak tahu siapa, maaf ya. Tok Imam ke?) ni begitu prihatin melihat jari kaki si Abdul yang berdarah sedikit. Kemudian isterinya pula datang. Bersalam-salamanlah kami mengenalkan diri. Ustazah rasanya berdasarkan ceritanya yang pernah mengalami tragedi sama, termasuk kaki dalam longkang.

Kami datang ke meja mereka, bersalam dan meminta diri dulu. Tahulah mereka yang kami akan berangkat ke Sg.Petani. Tan Sri dan Puan Sri pun tahu fasal kaki si Abdul kecil dan menyuruh Anim meletakkan minyak. Dan waktu didalam kereta, dia bertanya tangan siapa yang diciumnya tadi...hee, budak ni. Itulah Mufti Perak. Boleh cam nanti jika terpandang wajahnya di paper atau di kaca TV.

P/S  Ada hikmah kami transit Ipoh malam tadi, direzekikan dapat bertemu dengan orang alim/ulamak pagi ini.

Artikel berkaitan:

13 Komen untuk "Jumpa Mufti Perak"

  1. Rezeki .
    Perasaan malu nak bergambar dgn org ternama mcm saya juga.

    BalasPadam
  2. Rezeki tu.. bersarapan di tempat sama...
    Lagi beruntung Abdul kecil.. tolong ambik gambar dan tentu dapat pula doa kesembuhan dari orang alim.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah... untung dapat jumpaa

    BalasPadam
  4. tu lah kan , rezeki manusia x de siap yg tahu ...

    BalasPadam
  5. Salam kenal.

    Alhamdulillah dapat jumpa dengan orang alim yang ternama.

    BalasPadam
  6. alahdmulillah..rezeki bjumpa dgn org y hebat

    BalasPadam
  7. as-salam kak anim...
    salam Ramadhan & selamat berpuasa

    BalasPadam
  8. bertuahnya si Abdul
    Salam Ramadan cikgu

    BalasPadam
  9. Rezeki Anim sekeluarga. Dalam ramai pelanggan katanya, si Abdul Kecil juga mereka nampak nak minta tolong ambil gambar yerk. Kotnya masa tu Abdul Kecil pun sibuk dok belek smartphone, itu yang suruh dia jerk senang :)

    Takpalah termasuk longkang janji dapat bersalam dengan Mufti Perak yerk :)

    BalasPadam
  10. lelaki tu Af ustaz Wahab Damuri, Naib khadhi, merangkap imam msjid ibnu salam pengkalan pegoh, selawat jawanya mantap mendayu dayu

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai