Assalamualaikum wbt...
Salam 1 Ramadhan..
Baru sebentar tadi Encik Suami menelefon dari Ipoh. Sambutan 1 Ramadhan 1436H kali ni tanpanya. Apa nak buat, Perak tak cuti. Anim nak drive ke Ipoh, dok bayang camna nak sahur, duduk asrama, dapur pun tak ada.
Lagipun, kesihatan Anim tak mengizinkan. Dua hari ni kepala Anim ting tong. Rasa melayang dan mata berpinar-pinar. Bila bangkit dari tidur, bangun dari duduk, Anim rasa macam baru keluar dari roller coaster. Anim tak boleh nak rukuk dan sujud. Terpaksa solat duduk. Sedih...solat terawih malam tadi buat di rumah sahaja. Tak dapat ikut sama di masjid.
Semalam Anim cuti sakit. P jumpa doktor. Darah ok. Tinggi tidak, rendah pun tidak. Doktor kata maybe cecair dalam telinga tak seimbang. Kalau ubat yang diberi tak jalan juga dua tiga hari ini, kenalah rujuk dengan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).
Sempat bertanyakan dirinya juga. Dia pun diuji dengan kesihatan juga. Isnin lalu, dia cuti sakit. Dah beberapa hari selepas pulang dari Johor, dia mengadu sakit di perut. Makan pun sakit, bergerak pun sakit. Dia beritahu Anim, dia nak ke hospital (swasta). Tu dah sure sakit sangat sebab sepanjang perkahwinan kami, dia ni cukup payah kalau nak ke hospital bila sakit.
Hasil scan tak nampak apa. Kami bimbang usus sebab dia kata n***snya berwarna hijau. Melalui urine test, sah batu karang. Kalau usus kata doktor, n***s berwarna hitam. Doktor kata kalau ubat diberi tak memberi kesan dan dia masih merasa sakit, kena rujuk balik hospital untuk buat laser.
Namun semua itu bagai lenyap seketika bila Encik Suami beritahu tentang surat yang baru diterimanya. Ya...1 Ramadhan 1436H..ianya merupakan satu hadiah buat kami sekeluarga.
Syukur Ya Allah...Encik Suami dapat balik semula ke Sg.Petani. Bukan balik ke pejabat lama tapi menjaga satu projek di Kota Kuala Muda. Dia diarahkan untuk melaporkan diri pada 1.7.2015 ini. Alhamdulillah, sempat bersujud syukur. Terima kasih ya Allah...
Anim teringat entry sewaktu keputusan Anim menolak tawaran pertukaran ke Perak 2015 yang muncul pada Februari lalu setelah dua bulan berpindah rumah dan bersekolah (di sini ) dan rasa belah bagi bila membaca komen-komen yang diberikan. Doa-doa kalian diperkenankan Allah, terima kasih. Allah Knows Best....
Buat silent reader, Zaini, terima kasih. Doa anda telah Allah perkenankan. In sha Allah, saya akan berada di sisi suami saya...
P/S Walaupun kami mungkin tak dapat berkumpul dalam dua minggu awal Ramadhan ni, mudah2an dapat melakukannya pada dua minggu terakhir Ramadhan. Cuti raya pun tak pening lagi sebab cuti hujung minggu dah sama.
alhamdulillah . diseblik ujiankesakitan itu , diberi pula hikmah ... saya terfikir ttg anemia . sbb tanda2 anim tu mcm ada kaitan ...
BalasPadamOhhh... inilah sebabnya Anim tak dapat ke masjid. Tapi utk kita perempuan sebenarnya lebih baik buat di rumah pun Anim. Tak banyak dipandang itu-ini. Ujian buat Anim. Mak Zah kakak pernah kena macam Anim ni. Sampai muntah tau. Tapi selepas injek apa entah dah ok cuma telinga dia jadi bunyi ngiiiinnnggg itu katanya. Kesian. Anim kena pantang makan seafood utk sementara waktu. Dia ada connection dgn symptom sinus juga (kalau Kak Zah lah).
BalasPadamMoga Anim cepat sembuh. Kesian betul kakak bila dpt tahu..
selamat berpuasa kak.. jaga diri yaa...
BalasPadamAlahaii..Anim tak sihat rupanya ye..iyalah nekcik pun lama tak bukak blog ni...terkejut pulak baca ceritanya..di bulan mulia ni mari kita sama sama doa muga sakitnya segera beransur pergi...semuga Anim sihat dapat melaksanakan ibadah kepadaNya dan juga pada keluarga..amiin ya Allah perkenankan lah doa doa kami.....
BalasPadamini yg dinamakan disebalik kesulitan ada hikmahnya...
BalasPadamOh, Anim tak sihat rupanya.... Takpalah kalau tak dapat solat tarawikh di masjid, buat di rumah aje. Tak dapat berdiri, solat duduk aje. Dah keadaan kita tak mampu walaupun kita cuba yang terbaik.
BalasPadamAlhamdulillah, Tuhan mendengar permintaan insanNya. Tak perlu lagi khuatir nak menyelesaikan masalah berbeza cuti yerk :)