Home · About Me · Sitemap ·

10 jam di jalan....akhirnya mengalah juga


Assalamualaikum wbt...

Lepas breakfast dan bersiap untuk bertolak ke Sg.Petani, Bonda mengajak Anim ke rumah Cik Din, jiran setaman. Rumah Cik Din dah macam mini museum katanya, bolehlah Anim ambil gambar, Haha. dia tau anak dia ada blog tu..

Anim kata, pukul 8 pagi takkan nak p rumah orang. Awal lagi ni. Ehh..takpe. Cik Din tinggal berdua . katanya. Nanti dia telefon Cik Din.

Terdengarlah perbualannya di telefon dan terkejut gak bila tetiba dengar "........anak kat Kedah ni nak tengok rumah"..Haaaa....nama kita pulak yang kena jual. Sabaq jelah...hihi

Cik Din ni tukang rumah. Rumah Bonda adalah antara rumah yang pernah mendapat sentuhan tangannya.

 Selama ni dengar Bonda bercerita tentang minat Cik Din dan isterinya. Bila lihat sendiri, ternganga mulut. Ni ruang tengah.

 Set teko menuju ruang dapurnya...

 Tu dia. lesung dari saiz XS sampai  XXXXXL

Ruang tamu. Cik Din (t-shirt biru) sudi bercerita tentang koleksi yang dikumpulnya. Macam tourist guide lak

 Semua ada cerita dan sejarah. Kerang, udang tu semua betul..bukan plastik hiasan

 Pernah nampak pemain piring hitam seperti ini?

 Koleksi duit lama, duit pokok pisang zaman Jepun ni, duit kerbau dan macam-macam lagi ditampal di mug. Letak kat meja bercermin, asyik ada yang hilang saja kalau ada orang datang..huhu. Banyak lagi tak terupload. Kemas dan tersusun. Cucu Cik Din pun tak pernah kacau..

Jam 9 pagi baru bertolak keluar. Otw, Anim called pengantin baru. Nak ziarah dia suami isteri di Sg.Mati, Muar. Tak sempat nak berkenalan dengan adik ipar baru. Dahlah 1st jumpa masa depa bernikah.

 Kami berbeza umur 20 tahun .Masa adik kecil, setiap kali cuti sekolah, kami akan bawa dia ke rumah kami di Klang. Kalau tak dia merayap satu kampung, hihi.

 Jam 11.30 pagi, siap dah adik ipar masak nasi. Kata my SIL, adik Anim yang suruh masak...hmmm, sah bersuamikan orang Jawa. Airtangan mak sedara baru, ayam masak kicap dan sayur campur. 2 Abdul siap menambah nasi. Pinggan mangkuk orang baru nak memulakan kehidupan rumahtangga, biasalah kan. 

Kami tak tunggu solat Jumaat di Muar. Perjalanan perlu diteruskan. Dek kerana keluar selepas Subuh, maka tak gugurlah tuntutan solat Jumaat  (musafir).  Exit tol KLIA dan cari masjid berdekatan.

Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Luas parking lot dalam kawasan masjid. Tapi ramai parking di luar. Patutle, memang ambil masa nak keluar dari masjid. Kena ada polis traffik bertugas macam di Masjid Bukit Jelutong, Pernah solat Jumaat di situ waktu bermusafir.

Tersilap ambil jalan. Agaknya ambik exit Nilai instead of Nilai/Elite kot. Terpusing-pusing dalam kesesakan hingga nampak signage Kota Warisan. Kalau tak memikirkan perlu terus perjalanan ke Utara, mahu saja singgah minum teh kat rumah adik lelaki Anim di situ. Pusing-pusing jugalah hampir 45 minit.

Kota Warisan..2015. Terkejut lihat, meriah dengan construction...

Gambar diambil waktu kunjungan 2012

Berhenti minum dan Anim bersolat jamak di Hentian Rehat Rawang. Kemudian meneruskan perjalanan dalam hujan. Bila sampai Ipoh, dah 6.30 petang . Encik Suami mengadu letih, nak singgah asrama dulu, mandi, rehat dan solat. Maklum, 10 jam dah perjalanan kami.

Kononnya, lepas Maghrib kami bertolak balik SP. Hmmmm...bila transit, tau ajalah. Baru terasa penat. Kalau travel jauh ni, tak boleh banyak persinggahan sebenarnya. Badan lagi penat. Pagi esokle baru bergerak ke SP, in sha Allah. Namun puas rasanya. Bak kata Encik Suami, kita bukan singgah tempat tak tentu. Adalah sebabnya Allah nak bagi kita rehat kat Ipoh. Kalau teruskan perjalanan, mungkin lain jadinya.

P/S  Menoleh kembali 10 hari yang dilalui. Macam-macam yang kami pergi dan laksanakan. Malah dapat jumpa kesemua adik beradik, saudara mara dan minta maaf  dengan mertua, dengan Bonda dan Ayahnda sebelum Ramadhan. Bagi Anim yang jarang-jarang dapat pulang Johor, puas rasanya walaupun penat.....


Artikel berkaitan:

9 Komen untuk "10 jam di jalan....akhirnya mengalah juga"

  1. betul la rumah En Din tu dh ala2 mini muzium dah..

    BalasPadam
  2. Minat cik din ni btl2 mengujakn Cikna.... Mcmne la suami isteri ni jaga brng2 tu klu Cikna maunye b'sawang....;-)

    BalasPadam
  3. Waa seronoknye dpt berjalan dn jumpe family..
    Salam perkenalan..

    Blogwalking Sini..
    Jombaca artikel baru saya

    Kedudukan Giveaways EFG Terkini

    Gempa Bumi Di Sabah Awal Pagi 2.30am

    BalasPadam
  4. rajinnya isteri cik din tu nak membuang habuk . banyak tu anim , saya yg bilik sekangkng kera pun kena paksa diri buang habuk ... duit jepun pokok pisang tu my bonda masih lagi simpan anim ... klu dah 10 jam , kaki pun lenguh tergantung je anim . lagi lah yg dok tekan brek tu ...

    BalasPadam
  5. wowwww gila gempak rumah pakcik tu.. serius..
    hebat lah.. lawa pulak tu dia susun.. kemas..

    BalasPadam
  6. Nasib baik Anim tak bawak nekcik ke rumah pakcik Din tu..kalau tidak memang tak balik rumah..leka membelek teko dan mug PakDin....macam sama jer minat kami ni

    BalasPadam
  7. Huishhh banyaknya koleksi Cik Din tu, rajinnya mereka suami isteri menjaganya.

    BalasPadam
  8. banyaknya koleksi teko tekot tu
    yg depan tu mug erk ?
    rajin bennor kan.nak mengelap habuk semua tu..
    kalau dh minat mmg boleh aje.

    betul tu kak, sama la saya masa ddk JB dlu.
    setiap kali nk balik utara begitu lah ragamnya. mmg akan bertolak selepas subuh. selalunya sebelum maghrib baru sampai di kedah.

    ada betulnya kata suami akak tu..

    BalasPadam
  9. Walaupun lama dan penat, janji hati puas tak apalah, Anim. Banyak orang dapat bertemu, banyak kerja dapat buat. Penat tolak tepi. Dah landing atas katil at the end of the day, barulah mengeluh penat ^_^

    Wah, memang macam-macam koleksi Pak Din ni ya. Saya kagumlah orang yang suka buat koleksi unik ni. Puas saya fikir apa benda nak dibuat koleksi supaya nanti bila sesekali tengok barang koleksi, terasa berbunga aje hati ~_^

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai