Home · About Me · Sitemap ·

Anniversary, aqiqah dan majlis kahwin...penatnya


Assalamualaikum wbt....

Selepas majlis pernikahan adik di Bukit Gambir, Muar, Sabtu lalu selesai, keluarga besar kami bergerak pulang ke rumah Bonda pula. Masing-masing dah keletihan. Camnapun dah diingatkan, segera tiba rumah Bonda sebelum Maghrib kerana ada majlis surprise dari adik beradik perempuan Anim (berempat) buat Ayahnda dan Bonda...

50th Anniversary (Jubli Emas) Ayahanda dan Bonda  "Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah kedua mereka sepertimana mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil"

Selepas Maghrib pula, majlis aqiqah Nur Aishah Amani, cucu Bonda ke 27 merangkap anak saudara Anim ke 25. Aishah adalah anak adik lelaki Anim ke 9. Tahun ni, bajet duit raya bertambah..hee

Rasa macam baru buat entry masa hang kahwin dulu, Wan. Tau-tau anak dah dua, alhamdulillah..

Betapa sibuknya kami sekeluarga dalam sehari, huhu. Pusing dah kepala. Tak cukup rehat. Keesokan hari bermula satu lagi majlis..

Majlis sambut menantu pihak lelaki lah pulak. Selang sehari saja dengan majlis pihak perempuan di Muar. Sib baiklah satu negeri kan...
Nilah warna baju yang dicadangkan oleh Ayahnda untuk kami semua.

Tapi biasalah...bukan buta warna tapi kualiti gambar dalam hp masing-masing (Bonda send melalui WhatsApp) kepada kami adik-beradik menimbulkan berbagai persepi tentang warna itu..hihi
.
3 beradik dengan 3 warna berbeza..huhu. Seorang lagi adik perempuan Anim (cikgu) tak ada bersama kami. Kena attend mesyuarat di PPD Kluang dan dapat pulang hanya selepas jam 12 tengahari. Kesian dia...hari Ahad kan hari bekerja di Johor.

3 anak saudara Anim ni juga punya lain persepi tentang warna baju Atok dan Nenek mereka, haha. Dah serupa purple pulak. Macam-macam...

Janji majlis adik lelaki Anim yang ke 10 ni, Muhammad Radhi dan pasangannya Nurul Hafifah berjalan lancar. Nak tahu tak, 1st time jumpa Iffah masa majlis nikah mereka di Muar. Anim tak dapat hadir majlis pertunangan mereka 6 bulan lalu. Lihat wajah bakal adik ipar dalam hp saja, huhu.

Alhamdulillah. mereka pasangan yang direstui oleh semua ahli keluarga baik sebelah keluarga perempuan mahupun lelaki. Semoga perkahwinan dan kebahagiaan mereka kekal hingga ke Jannah.

P/S  Nampaknya sejarah berulang. Kalau dulu selepas majlis kahwin adik ke 9, Anim ikut Encik Suami bertraining, kali ni samalah juga. Petang selepas majlis dah minta izin kat Bonda dan Ayahnda untuk bertolak pergi.

Artikel berkaitan:

7 Komen untuk "Anniversary, aqiqah dan majlis kahwin...penatnya"

  1. hehehe.. family sy dulupun pernah jadik macam nih jgk msa kawen kakak sy dulu.. nak kaler purple muda tapi bila hari jadiny banyak pulak variasi kaler purple jadinya.. hehehe btw happy anniversary to ur mak n ayah sis n jgk pd ur adik n adik ipar moga kekal selamanya.. amin

    BalasPadam
  2. tahniah buat adik..baju sedondon,,

    BalasPadam
  3. Tahniah...dapat adik ipar...musim cuti mmg banyak org kahwin kan...

    Salam perkenalan...singgah blogwalking :)

    BalasPadam
  4. Tahniah buat pasangan pengantin. Semoga berkekalan bahagia hendaknya...

    Membacanya pun macam terasa penat yang ditanggung tuan punya badan. Banyak betul majlis penting kena hadiri tapi takpalah, asal semuanya gembira! Oh, lepas nilah baru bertolak ke JB ya. Bestlah Anim. Ini baru namanya betul-betul cuti sekolah *_*

    BalasPadam
  5. hahahaaa ... mmg dah jadi tone warna . nak buat camna kan . dah mmg kualiti gambar kat setiap phone berbeza ... klu baju abah anim tu more kepada pink tapi mak anim dah banyak versi . ada purple juga ... yg ptg majlis berjalan lancar anim ... mmg penatlah . saya masa majlis abg sampai x tidur mlm . makcik saya pujuk suruh tidur selepas solat subuh . tapi cuma boleh tidur2 ayam je . pukul 10 dah kena turun padang lagi .

    BalasPadam
  6. Hepi anivessary buat ayah dan bonda Anim..klau boleh nekcik pon nak jugak rasa anivesari ke 50...amiin amiin
    Letih nekCik bca cerrita Anim tapi hati mesti gumbiraa kaan..anyway take care...kna rehat rehat jugak

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai