Home · About Me · Sitemap ·

Hajat tertunai di Plaza Angsana

Assalamualaikum wbt...

gambar dari google

Nak cerita tentang hajat tertunai dalam entry sebelum ini. Tiada niat nak canang apa yang diberi. Sekadar berkongsi pengalaman. Allah menunaikan hajat kita dengan berbagai cara.

Alkisah, sedang asyik menikmati Mee Rebus Hj Wahid di Medan Selera Plaza Angsana datang satu gadis bertudung dalam belasan tahun menghampiri meja kami. Di tangannya ada sebotol madu dan sebekas krim sapu. 

Dia memberitahu hasil jualan itu ialah untuk sebuah badan@rumah kebajikan anak-anak yatim (Anim tak berapa dengar nama badan/rumah yang disebutnya).

Tambahnya, kalau kami tak mahu membeli barang-barang yang dijualnya, bolehlah bersedekah kepada badan/rumah kebajikan anak-anak yatim itu.

Encik Suami mencari-cari wang di dalam kocek bajunya. Dari airmukanya, dia nampak kehairanan, tadi ada katanya.

Anim bagi hint. Biarlah Anim yang beri. Krim sapu tu RM22. Madu tu tak tanya pula berapa harga. Tak nak belilah, nak sedekah saja.

Sambil makan, Anim raba RM dalam handbag. RM bersepah dalam handbag bukan kerana banyak duit. Petang semalam p cari barang kat shopping mall. Bila diberi balance, main sumbat dalam handbag. Maklum, handbag besar gedabak, tak sempat nak susun cantik dalam purse, huhu, buruk perangai... 

Berbalik kat gadis muda tadi, waktu Anim kata RM itu Anim sedekahkan,  dia ada berkata sesuatu  tetapi Anim tak tumpu perhatian. Entah kenapa, tiba-tiba rasa sebak.  

Sebaik Adik itu berlalu, Anim bertanya samada Encik Suami ingat apa yang Anim rungutkan malam sebelum. Ya, Encik Suami kata dia ingat.

Malam sebelum, Anim merungut kat Encik Suami. Sejak hari pertama tiba hotel, Anim belum dapat sedekah (duit). Duduk hotel, takkan sedekah kat orang kaya. Pelanggan hotel 4 bintang tu ramai Chinese Singapore. Ada tak ada, kerepek ubi pedas ole-ole kenduri adik dan buah mangga yang kak long petik dari rumahnya, Anim berikan pada 2 Nepalese (housekeeping) selesai depa mengemas bilik.

Masha Allah... Adik tu entah dari mana tiba-tiba muncul di depan kami. Membawa barang untuk dijual walaupun kemudian kami sedar yang dia hanya membawa 2 barang ditangannya. Tak nampak pun dia usung beg. Hanya dua tu saja.

Satu lagi kata Encik Suami, dia heran ke mana RM dalam kocek bajunya pergi. Masha Allah, bila diingat kembali,yang menyebut nak sedekah itu ialah Anim. Dan akhirnya, sedekah itu dari duit Anim sendiri!

Sekejap saja kelibat adik itu hilang. Encik Suami tertinjau-tinjau kepala melihat ke mana dia pergi, kot-kot ada sesiapa lagi bersamanya.Tapi tak dapat dikesan.

Anim tak boleh lupa kata-katanya, kalau tak mahu beli, bolehlah BERSEDEKAH saja. Tiba-tiba Anim sebak. Allahu Robbi, Allah lorongkan hati Anim ke Plaza Angsana tengahari itu kerana ada seseorang yang Allah datangkan untuk tunaikan hajat Anim.

P/S  Buat mereka yang sering ke Plaza Angsana, Anim ingin bertanya, adakah gadis muda itu memang ada di sana menjual madu dan krim sapu. Sungguh, Anim inginkan kepastian....

Artikel berkaitan:

7 Komen untuk "Hajat tertunai di Plaza Angsana"

  1. Pernah sampai sana tahun lepas. Tapi tak perasan.

    BalasPadam
  2. Allah nak tunaikan hajat anim sebenarnya ... alhamdulillah .

    BalasPadam
  3. Saya amat jarang memberi pd peminta spt itu.

    Sumbang terus pd ngo

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak cara utk kita memberi. namun saya tertarik dgn tazkirah satu ustaz, orang minta kita kena bagi. Allah yg datangkan orang tu kat kita. bak kata UAI..kalau kita kena tipu pun, kita dpt 2 pahala. satu, pahala memberi dan kedua, pahala kena tipu. wallahua'lam

      Padam
  4. itulahh.. niatlah ikhlass in sha Allah, Allah bg ganjaran pahala..

    BalasPadam
  5. Kakak boleh katakan tiap minggu akan ke Angsana tu Anim.
    Tak kiralah walau takat nak beli pencuci muka ke, beli roti ke tapi tak pernah pulak jumpa.
    Mungkin Allah turunkan dia utk Anim bersedekah yg Anim mahukan.. Wallahualam.

    BalasPadam
  6. Saya pun sebelum ini kalau ikutkan hati nampak orang minta sedekah tak mahu beri sebab adakalanya mereka datang dari sindiket. Selalunya saya belek-belek dulu, betul-betul ke peminta sedekah atau ada orang suruh meminta duit. Tapi teringat pulak kata kawan kakak saya, tak kiralah mereka betul atau menipu yang penting kita beri sedekah. Sama macam pendapat Anim dalam komen di atas, kalau pun ditipu, dua pahala dah kita perolehi :)

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai